Allahuakbar...
Alhamdulillah..syukur pada Allah..
Malam jumaat. Pada 10.28 malam. Kami mendapat panggilan dari Anakanda kami, Muhammad Fathillah yang memberitahu..
Dia sudahpun tamat 30 juzuk hafalan Al Qurannya..
Allahukbar..memang terkejut.. syukur padaMu Ya Allah..
KebesaranMu..KemuliaanMu..
Anak yang membesar di Tahfiz..yang berjauhan sejak kecil dari kami..
Akhirnya berjaya menguasai 30 juzuk ayat-ayat suci Al QuranMu..
Allahukbar..
Bila tahu saja. Terus kami hubungi atuk, wam dan mak (panggilan datuk dan nenek), sedara mara dan juga gurunya yang mula-mula mengajar alif ba ta..
Yang terlalu banyak memberi sokongan kepada anak-anak.
Semuanya mengucap syukur pada Allah dan ada esak tangis di hujung talian.
Dari usia sekecilnya..di saat kanak-kanak yang lain sibuk berkejaran di halaman rumah..bermain dengan rakan-rakan.
Fathillah berjauhan untuk mendalami Al-Quran.
Sejak usianya 8 tahun pada 26 December..dia sudahpun menjejak kami di Tahfiz untuk orientasi.
Pada usia 9 tahun mula menghafal. Bermacam dugaan di tempuhi dengan sabar dan tabah.
Dia seorang yang sukar untuk mengomel..segalanya dia telan dengan seribu kepayahan..
Alhamdulillah, pada 29 October 2016 dia berjaya juga menamatkan hafazannya.
Alhamdulillah..mudahan cita-citanya untuk menjadi seorang Doktor yang Hafiz Al Quran akan tercapai.
Doakan yang terbaik untuk Anakanda kami, Muhammad Fathillah Bin Yusri.
Gambar terbaru semasa memenangi Pidato Bahasa Arab
No comments:
Post a Comment