Alhamdulillah, gambar di bawah ni adalah balang untuk Ibu Kombucha. Rumah scoby lah kiranya ni.
Air dari Ibu kombucha dalam ni tak boleh minum direct tau. Jenuh masyam berdengung nanti. 😅
Kita hanya ambil secawan air dalam ni. Juga ambil satu scoby dan masukkan keduanya dalam balang baru untuk di buat teh kombucha (untuk kita minum).
Gambar di bawah semasa saya mandikan scoby, bersihkannya, cuci balang dan tapis semula air dalam tu.
Lepas siap semua. Saya buat bancuhan teh baru dan tuang dalam balang bila teh tu dah sejuk.
In Shaa Allah, akan terhasil scoby baru bahagian atasnya nanti.
Saya sendiripun baru nak faham ragam kombucha ni. Masih belajar dan terus belajar.
Selain ambil kelas kombucha ni. Saya ada juga belajar dari tiktok. Kita boleh follow tips yang di berikan sebagai tambahan ilmu.
No comments:
Post a Comment