Monday, 25 November 2024

RESEPI CUCUQ IKAN BILIS

 

Selalunya time petang duk rempit ambil anak di sekolah petang. Hari ni dah mula cuti, jem tak tau buat apa. Jadilah cucuq ikan bilis. 

Meh saya nak kasi resepi khas untuk bakal pengantin baru. Hat pengantin lama, boleh pi duk jauh. Resepi simple saja. 😆

[ Cucuq Ikan Bilis ]

1 1/2 cwn tepung gandum
1 cawan air panas
5 sb ikan bilis yang di tumbuk kasar
1 bj bawang besar di potong dadu
1/2 sk garam
1/2 gula
sedikit serbuk kunyit (optional)

Cara: 
1) Campur dan gaulkan semua bahan di atas kecuali air panas. 

2)Selepas sebatikan, boleh buat lubang di tengah. Tuang air panas. 

3) Terus kacau dan adunan akan cepat likat. 

4) Ambilkan adunan tu dan bulatkan. Sebelum nak bulatkan adunan ni. Ambil sedikit tepung dan tabur atas tangan. Baru bulatkan. In Syaa Allah, adunan tak melekat.

5) Bulatkan sampai habis. Sambil tu pergi panaskan minyak.

6) Lepas siap. Terus goreng dalam minyak yang panas. Api sederhana. 

Kalau nak campur bahan lain pun boleh seperti cabai merah, dan daun sup/bawang. 

Siap di hidangkan!

Resepi lama fb yang di kongsi semula:

No comments:

Post a Comment