Sebenarnya, maklong cadang nak sorok saja. Hanya yang tertentu saja diberitahu sebagai tanda terima kasih. Tapi bila page femes gini. Tidaklah berjaya nak soroknya.
Awal pagi tadi, celek mata saja dapat wasap maklumkan artikel maklong masuk Siakap Keli.
Terima kasih kepada Puan N Azizah dari Siakap Keli yang pm untuk minta izin. Terkejut jugalah apatah lagi sebelum ini berkongsi secara santai tentang prepping dan kali ini mendapat perhatian ramai.
Sampai segan dan takut bilamana followers dan friends meningkat beratus orang. Jadi tersentotlah pulak nak share bab lain.
Sebenarnya, prepping ni meluas. Kita tidak boleh paksa orang untuk ikut cara kita. Cuma, jika tidak mahu buat atau belum bersedia untuk buat. Cukuplah ambil tahu dan menimba ilmu. Sekurangnya, bila mana kita perlu buat. Kita sudah tahu caranya.
Terima kasih juga kepada mama yang setiap kali anaknya balik. Mesti satu plastik besar berisi botol disuruhnya angkut bawa balik. Tahu sangat hobi pelik anaknya ni.
Maklong kongsikan link ke Siakap Keli ya. https://www.facebook.com/siakapkeli/posts/963334545828574
No comments:
Post a Comment