Thursday, 28 July 2016

NASIHAT DI TANAH PERKUBURAN


Cuti anak-anak dah nak habis.
Pagi tadi selepas suami dan anak-anak ke Masjid untuk solat subuh.
Si Ayah bawa anak ke suatu tempat dalam suasana yang masih gelap dan dingin.
Di sini Ayah banyak menasihati mereka.
Sebelum melangkah pergi. Satu soalan yang di tanya Ayah.
"Anak-anak..Ibu dan Ayah sanggup bersusah payah untuk kalian. Asalkan kalian mahu mengaji.
Sekarang Ayah hendak bertanya kembali.
Apa yang anak-anak boleh berikan apabila Ibu dan Ayah sudah berada di sini?"
Anak-anak tunduk sambil memegang batu nisan milik arwah Toknya. Kelihatan manik-manik halus di bibir mata mereka.
Suasana di Tanah Perkuburan masih sunyi dan sepi. Sesekali embun malam menitis pada batu nisan yang sudah usang.
Wahai anak-anak. Bukan harta yang Ibu dan Ayah dambakan. Cukuplah doa seorang anak yang Ibu dan Ayah dambakan.

No comments:

Post a Comment