Sunday, 24 July 2016

TUAN GURU HAJI SALLEH

Tanggal 22 Julai 2016 ( Jumaat )

Perginya seorang Ulama' kesayangan semua Tuan Guru Haji Salleh Bin Musa.

Pertama kali saya mendapat panggilan dari suami yang menyebut Innalillahiwaiinnailaihirojiun..

Saya terus menangis tanpa sempat suami menghabiskan perbualannya tentang kembalinya kekasih Allah ini.

Saya menantikan perkembangan Tuan Guru sejak dari pagi tadi.

Saya menangis teresak-esak sehingga anak datang memeluk saya.

Siapalah yang tidak sayangkan Ulama'

Tuan Guru merupakan guru saya..guru kita semua..

Belum puas saya menadah kitab..dia sudah kembali menemui penciptaNya.

Malam itu juga saya ke rumah Tuan Guru untuk melihatnya buat kali terakhir.

Suami masih di Hospital Alor Setar bersama Tuan Guru.

Suami cukup beruntung kerana berpeluang menjaga Tuan Guru semasa berada di Hospital dan juga di rumah.

Saat Tuan Guru menghembus nafasnya..suami berada di sisinya.

Saya ke sana pada jam 10.15 malam.

Jenazah selamat tiba di rumah Tuan Guru pada Jam 11.23 malam.

Orang ramai sudah memenuhi kawasan Pondok.

Apabila jenazah sudah sampai..semua berpusu melihat.

Saya hanya boleh melihat di balik tembok. Itupun hanya dapat melihat kaki Tuan Guru.

Sebak sangat pada masa tu..saya menangis perlahan..

Saat hidupnya..kami sekeluarga dapat makan bersamanya..berbual bersamanya..

Tapi saat kematiannya..saya hanya dapat melihat kakinya saja.

Sebak dan saya menangis.

Akhirnya..saya berdoa..

"Ya..Allah, permudahkanlah aku untuk melihat wajah Tuan Guru di saat akhirnya sepertimana mudahnya aku melihat wajah Tuan Guru di saat hidupnya.."

Saya mengulang doa ini sebanyak 2 kali..belum sempat saya mengulang kali ke 3.

Tiba-tiba anaknya keluar rumah..dan melihat saya. Dia menyuruh saya masuk ke pintu tepi umah.

Alhamdulillah..saya dapat juga masuk dan melihat wajah Tuan Guru sebanyak dua kali dengan sepuasnya.

Ya Allah..bersih..putih dan tersenyum.

Bertuahnya Tuan Guru..

Allah sudah tunjukkan di dunia lagi..

Saya pulang ke rumah pada jam 12 tengah malam.

Sewaktu saya keluar dari Pondok..orang ramai masih lagi datang.

Saya dapat tahu dari suami. Orang ramai masih lagi datang walaupun sudah jam 4 pagi.

Begitulah kasih sayang orang ramai terhadap Ulama' ini, Al-marhum Tuan Guru Haji Salleh Bin Musa Rahimahullah.




Ketika ini kami sedang menantikan ketibaan jenazah Tuan Guru

Gambar ini semasa saya hendak balik. 
Orang ramai masih berpusu ke Pondok Tuan Guru






No comments:

Post a Comment