Maklong cadang nak prep beraslah. Kebetulan, stok beras maklong dah habis dalam botol ni.
Jadi, maklong ambil sekampit beras dan masukkan dalam freezer untuk matikan bubuk. Biasanya, 3 hari maklong letak dalam freezer.
Sebenarnya, maklong tak lah prep semua beras. Nak buat sebotol dua saja. Yang lain nak guna. Kebetulan, beras di rumahpun dah nak habis.
Untuk matikan bubuk ni. Ada yang jemur beras. Macam tu pun boleh juga. Tapi kan, maklong ni ada bela ayam. Kang bersuka ria ayam maklong seharian kalau jemur di luar.
Lepas 3 hari dalam freezer. Baru maklong letak di suhu bilik untuk keringkan beras. Kemudian, barulah masukkan dalam botol.
Sambil masukkan beras sambil hentak manja botol tu untuk padatkan beras. Jangan hentak kuat sangat. Satgi jiran ingat duk bergaduh apa lah laki bini ni.
Di celah beras tu letaklah cili kering atau OA (oxsigen absorber). Kena padat sungguh. In Shaa Allah, dapat elakkan bubuk masuk.
Buatlah sampai penuh. Alhamdulillah, setakat ni ada sebotol masih elok beras yang maklong simpan dari tahun 2021.
Sebenarnya, cara penyimpanan sebegini cukuplah kita ambil tahu dan menimba ilmu walaupun kita tak mahu buat atau belum bersedia untuk buat lagi. Sekurangnya, bila mana kita perlu buat. Kita sudah tahu caranya.
Perkongsian semula dari fb saya: https://www.facebook.com/share/p/1J1VxxhnSP/
No comments:
Post a Comment