Sunday, 5 December 2021

HIMPITAN KUBUR

Dua tiga hari ni saya asyik teringat bab himpitan kubur. 

Terngiang di telinga apa yang Almarhum Tuan Guru pernah beritahu semasa menadah kitab. 

Himpitan kubur ni semua orang akan merasa. Samada lembut atau kuat. Bergantung kepada amalan kita semasa hidup. 

Ada yang di himpit lembut sangat. Dan ada yang di himpit kuat. Tidak ada seorangpun akan terlepas.

Sebelum tidur, amalkan bacaan surah Al-Ikhlas, moga mati kita akan terlepas dari himpitan kuat yang begitu dahsyat.

CALAMINE LOTION

Bagi yang ada masalah kulit. Boleh cuba sapu Calamine Lotion ni. Tidaklah merebak gatal tu.

Baru ni saya ada terbaca di fb, yang ada masalah gegata dan demam campak pun sesuai sapu calamine lotion ni. 

Saya beli di farmasi. 

Sebaiknya, jumpa doktor sama untuk dapatkan ubat makan ya. 




Tuesday, 10 August 2021

Salam Maal Hijrah


 Salam Maal Hijrah buat semua sahabat. 

Hidup kita masih berbaki untuk digunakan sebaiknya.

Jika ada yang lelah, banyakkan bersabar. 
Jika ada yang sulit, berdoalah moga diberi jalan keluar yang mudah.

Sentiasa ingat, Allah ada bersama kita.
Teruskan berdoa dan usah putus asa dalam kehidupan.

Thursday, 29 July 2021

MUTIARA KATA

Jangan Kamu Hasad Akan Seseorang Atas Nikmat (Yang DiPerolehinya), Kerana Kamu Tidak Tahu Apa Yang Allah Ambil Daripadanya.

Jangan Pula Kamu Berdukacita Atas Suatu Musibah Yang Menimpa Kamu, Kerana Kamu Tidak Tahu Apa Yang Allah Akan Ganti Untukmu. Oleh Itu, Ucapkanlah ALHAMDULILLAH. 



Friday, 23 July 2021

POKOK DALAM SANGKAR


Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, setelah bertahun tak updated blog. Hari ini, kita ketemu kembali. 

Semua sihat? Saya doakan, moga semua sahabat yang bertandang di blog ini, diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan. Aamiin Ya Mujib 🤲 

Posting pertama ini, tentang aktiviti di rumah sementara masih lagi lockdown. 

Jangan terkejut tau tengok, pasaipa pokok duk dalam sangkar ni. 😅 

Al-kisahnya, saya ni bela ayam. Hobi depa ni suka bersauna dalam pasu. Sampai habis togei pokok. 

Duk fikir punya fikir. Macam manalah nak menanam. Teringat ada sangkar kucing  yang lama ni. 

Apa lagi, terus mula projek menanam. Bolehlah noh, serba sikit. Baru mula. Harap menjadilah tanaman ni. Senang nak guna untuk memasak nanti. 


Ada pokok daun pandan, daun kari, daun sup, daun bawang. Yang hujung tu cadang nak tanam daun cenehom. 

Seriau juga ni. Harap tak ada ulat daun lah. Sekarang ni saya rajin masuk group tanaman di fb. Nak dapatkan ilmu menanam. Nanti saya snap gambar terbaru. Yang dalam gambar ni beberapa minggu lepas.