Resepi roti ni, saya gunakan resepi viral yang pernah di share sebelum ni. Kat bawah nanti, saya bagi link sekali lagi.
CARA BAKAR:
===========
1. Lepas doh di perap. Boleh masukkan dalam periuk yang size besar. Kalau tak ada periuk besar, ampa pi pinjam yang kak lang sebelah rumah punya.
2. Letakkan kaki tiga segi ni. Haish, saya tak reti nak sebut nama dia. Ampa tengok dalam gambar lah na.
3. Tudung tu saya rembat yang periuk lain punya. 😂 Bukannya apa, senang nak tengok roti masak dah ka. Tak payah nak angkat tudung periuk.
4. Letak roti atas kaki tiga segi tu. Tutup tudung periuk. Buka api perlahan. Saya guna api perlahan saja. Sampai siap masak. Sebab tak nak roti masak mengejut. Biar tekstur halus saja dalamnya.
5. 10 minit kemudian, roti dah mula naik tinggi. Teruskan bakar. Masa ni kan memang bau mengembuq roti. Sedap baunya. Teruskan bakar, sampailah ampa tengok roti tu dah perang.
6. Saya bakar dalam 25 minit. Kemudian tutup api. Baru angkat tudung periuk perlahan. Keluarkan roti dari loyang.
7. Kalau nak buat roti gula. Lepas keluarkan roti dari loyang. Masa tengah panas tu. Sapu marjerin dan tabur gula.
8. Alhamdulillah, roti yang lembut dan gebu. Jadi apa tunggu lagi. Dah siap buat roti tu. Pi la hantaq balik periuk tu dekat kak lang. Roti tu bagi la sikit habuan pinjam periuk. 😅
Link untuk ke resepi roti viral:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1014967308644894&id=100003949039799
Mudahan bermanfaat untuk semua. Dapat juga bagi yang tak ada oven. Boleh buat roti selembut ni, In Shaa Allah.
Letak kaki tiga ni dalam periuk. Tak perlu letak air dalam periuk ni.
Letak roti yang dah di perap
Tutup tudung. Boleh buka api dah masa ni.
Proses memasak
Dah nak siap masak
Roti renggang dari loyang. Tandanya roti dah masak
Terus keluarkan dari loyang
Roti nak selpie sat 😝
Masa roti masih panas. Terus sapu marjerin dan tabur gula.
Dah siap dibedah siasat. Kalau tarik bertali tu In Shaa Allah, lembut rotinya
SELAMAT MENCUBA
Maaf nak tanya, periuk tu..mana mana periuk pun boleh ya? Maksud saya ketebalannya memandangkan kita nak bakar dia kosong je kan, tanpa air, cuma letak roti atas kaki tiga tu. Periuk tu tak akan hangit atau gelembung ya? Maaf sekali lagi sebab, tak pernah cuba. Tkasih atas pencerahan nanti.
ReplyDeleteMaaf Teh. Saya baru perasan komen ni. Baru nak reply. Saya guna periuk tebal. Api slow. Setakat ni tak hangit atau gelembung.
DeleteTakperlu, tutup dgn kain ke tudung periuk tu? Dia xakan berwap ke ?
ReplyDeleteSaya tak tutup dengan kain. Mungkin sebab api slow jadi tak ada wap sangat.
DeleteResepi nya apa
ReplyDeleteKlik link yang saya bagi di posting tu untuk resepi.
Delete