Wednesday, 2 December 2015

TIPS UNTUK YIS KERING



Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, bertemu kita lagi. Dah lama nak share tentang yis kering.

Tips yang saya nak share ni simple sangat. Bagaimana hendak tahu yis kering tu masih lagi hidup atau tak.

Memang simple bagi kita yang tahu. Bagi beginner yang baru nak mula buat roti. Mesti tidak tahu bagaimana nak check kan.

Baik, ada 2 cara bagaimana hendak tahu yis tu masih hidup atau tak.

Pertama, masukkan sudu plastik dalam yis kering. Jika melekat seperti gambar di atas maknanya yis tu masih elok.

Keduanya, Masukkan sedikit yis kering yang di campurkan dengan sedikit gula dan air panas suam ke dalam mangkuk.

Kemudian tutup. Setelah 5 minit yis tu akan berbuih. Seperti di dalam gambar di atas. Itu tandanya yis masih lagi elok.

Jika tidak berbuih maknanya, kena say hi hi bye bye dekat yis tu lah.

Cara penyimpanan yis kering ni. Kebiasaannya di simpan di dalam bekas tertutup dan di simpan di dalam peti sejuk. Supaya tidak masuk angin.

Ha...gitulah ceritanya tentang yis kering.

Harap semua faham penerangan panjang lebar dari saya.

Kalau ada yang tak faham..jangan risau, boleh bertanya.

Jom kita..pergi check yis masing-masing.


10 comments:

  1. Hi, simpan dlm peti sejuk bahagian beku arau chill? kalau chill tak kan ada eap air kat dlm ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, maaf ya. Baru perasan komen ni. Jika selalu digunakan, cadangan saya simpan dalam chiller. Jika jarang digunakan boleh simpan dalam freezer. Oh, ya. Satu lagi, masukkan sekali dengan packaging yis tu dalam bekas tertutup.

      Delete
  2. setelah yis di bancuh berapa lama tahan

    ReplyDelete
  3. Salam. Yis tu nak letka dlm freezer ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa`alaikumussalam Yatt. Maaf ya. Baru perasan komen ni. Jika selalu digunakan, cadangan saya simpan dalam chiller. Jika jarang digunakan boleh simpan dalam freezer.

      Delete
  4. Salam. Yis tu klu dah buka letak dlm bekas, masuk dlm peti ais tu bahagian mn ya? Freezee ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa`alaikumussalam Yatt. Maaf ya. Baru perasan komen ni. Jika selalu digunakan, cadangan saya simpan dalam chiller. Jika jarang digunakan boleh simpan dalam freezer.

      Delete
  5. Kalau yis dah letak dlm balang dalam peti ais, boleh ke kita letak di suhu bilik dalam tempoh sehari?

    ReplyDelete
  6. Boleh tu boleh. Tapi pastikan tutup rapat penutup balang ya. Risau masuk angin.

    ReplyDelete