Tadi masa kutip baju di ampaian yang dah kering. Saya sempatlah dengar kuliah di Masjid lepas solat zohor tadi.
Bab Mata.
Simple sangat tapi buatkan saya berfikir.
Allah bagi kita nikmat penglihatan.
Jadi kita mesti sangat bersyukur.
Janganlah kita memandang sesuatu yang tak elok atau yang sia-sia.
Masa ni kan, saya dah duduk mencangkung tepi bakul. 😅
Saya teringat bila kita mati nanti.
Semuanya akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT di akhirat.
Mana mau lari. Satu persatu akan di periksa dengan sangat teliti apa yang kita lakukan semasa hidup.
Allah SWT berfirman: "Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya)."
(Surah Qaf, ayat 18)
Wallahu a'lam