Tuesday, 30 July 2024

BAGAIMANA UNTUK ANAK ISTIQAMAH MEMBACA AL-QURAN


Bagaimana nak bagi anak istiqamah membaca Al-Quran?

Soalan ni selalu saya dapat. 

Sebenarnya, saya ni tak pandai sangat bab ni. Banyak lagi yang kami suami isteri kena belajar tips dari ibu bapa yang lain.

Cuma yang boleh saya kongsikan apa yang kami amalkan dalam keluarga.

Mengaji lepas solat subuh adalah rutin harian kami setiap hari. Nak cepat macam mana pun, mesti akan mengaji juga walaupun sekejab. Moga kekalutan tu akan di permudahkan urusan harian oleh Allah swt.

Jika anak dah siap ke sekolah. Sementara nak tunggu si ayah siap. Saya akan minta anak mengaji dulu. Ya lah, dari duk saja kan.

Saya akan cerita kelebihan membaca Al-Quran ni termasuk terang hati. Mudah nak belajar nanti di sekolah. 

Cuma, berapa baris atau muka surat. Saya takkan paksa diaorang. Kita nak didik anak peringkat mula kan. Perlahan-lahan kita didik. 

Macam Adik Siti, permulaan saya tengok dia baca 5 baris saja. Saya ok saja.

Tapi esoknya, dia lajak lagi baris. 

Alhamdulillah, saya tengok kesan positif yang dapat. Dia jadi suka nak mengaji. Agaknya, rasa macam serba tak kena kot kalau tak mengaji. 

Sebelum ke sekolah petang, dia akan mengaji. Lepas maghrib dia akan mengaji lagi. Walaupun tak banyak dia baca. Tapi makin kerap. Alhamdulillah.

Sekarang dia dah besar, dah nak masuk 10 tahun. Selalu saya perati dia dengan Al-Quran. 

Gitulah peringkat mula kami didik anak dengan Al-Quran. Tegas tapi berperingkat. Tambahan, ayahnya rajin duk cerita kelebihan membaca Al-Quran.

Dan juga ayahnya pernah kongsikan. Semasa menguruskan jenazah seorang bekas guru Al-Quran di akhir hayatnya, muka berseri bercahaya. 

Semua ni, buat semangat untuk anak-anak. Ampa tau lah, kita ni manusia biasa. Kadang on off juga semangat tu. Jadi kena sentiasa bagi semangat. 

Dalam gambar ni, Solleh sebelum ke tahfiz dulu. Saya snap gambar senyap-senyap. 😅 Dia pun tak perasan. Duk mengaji sambil tunggu ayahnya siap.

Ni cara kami suami isteri didik anak dengan Al-Quran. Apa yang baik, ambillah. Jika ada yang kurang, tegurlah.

Moga bermunafaat untuk semua. In Shaa Allah, Aamin 🤲

#keluargaibujannah #keluargaalhafiz 

(Repost semua penulisan saya di fb pada 25 Dec 2020)

Thursday, 25 July 2024

RESEPI ROTI BENGGALI PALING MUDAH

RESEPI ROTI BENGGALI PALING MUDAH, GEBU DAN LEMBUT. 

Ini resepi roti benggali yang di tunggu. Kebetulan hari ni ada order. Bolehlah saya ambil gambar step by step. 

Roti benggali ni cicah dengan gulai atau kuah durian memang tak toleh lah kiri kanan. Hihi..

Lihat di setiap gambar untuk lihat bahan dan caranya. 

Yang mana dah buat, tunjuk gambar dekat komen tau. 

Mudahan bermanfaat. Share dan kongsilah untuk semua yang lain. 

Bahan:
Tepung Gandum- 1000 gram
Gula- 100 gram
Garam- 15 gram
Superbake- 10 gram 
Yis- 12 gram
Marjerin- 100 gram
Ais kiub- 200 gram
Air- 400 gram

Nota: 
1) Masukkan semua bahan dalam bowl. 
2) Tepung gandum boleh guna cap apapun tak pa. 
3) Boleh tukar ke tepung high protein.
4) Gula biasa yang duk bancuq ayaq.
5) 1 kg tepung boleh dapat 5 biji roti. Dalam gambar tu maklong buat 3 kilo. Jadi 15 biji roti. 
6) Superbake boleh gantikan dengan bread improver. Kalau ada yang nak beli Superbake boleh beli di shopee. https://shopee.com.my/product/44971815/976525702?smtt=0.55079711-1630828549.9

Cara: 
1) Masukkan semua bahan dalam bowl.
2) Mix bagi sebati dulu guna speed perlahan. Baru tukar ke speed medium atau pertengahan. 
3) Mix selama 15 minit sahaja.

Ini adunan semasa 15 minit sahaja. Doh mesti licin dan berkilat macam tu.

Loyang 8x4x4 atau boleh guna 7x4x4 . 
Boleh spray dengan spray loyang atau sapu shortening pun boleh. Agar roti mudah dikeluarkan dari loyang lepas bakar.

Timbang 180 gram setiap satu. Bulat bagi licin. 

Masa tempoh nak bulat tu, tangan dan tempat canai kenalah sapu dengan minyak. Supaya doh tak melekat dan mudah bulat. 

Cara nak bulatkan doh boleh lihat dalam live saya sebelum. Klik link di bawah tau.

Perap selama 1 jam.

Perap sehingga doh 3/4 sebelum sampai paras loyang.

Panaskan oven. 
Kemudian bakar guna suhu tinggi.
Maklong guna suhu 180'c selama 30 minit dulu. Kemudian buka pintu oven. Pusingkan tray. 

Sambung bakar lagi 15 minit atau sehingga masak. Nak tahu masak atau tak roti tu, akan renggang dari loyang.

Terus keluarkan dari redai dan baringkan sebentar.

Roti yang sudah masak. Sejukkan baru di packing. Harga jual RM2.50 sebiji atau bolehlah ikut harga tempat masing-masing.

Nak buat roti benggali ni ada tips lain supaya roti tak patah pinggang lepas keluar dari oven. Saya ada kongsikan sebelum ni. 

Boleh klik link di bawah:
https://www.facebook.com/share/p/pTDmNobkVxrAt8RA/?mibextid=oFDknk

SELAMAT MENCUBA! 


(Repost semula perkongsian saya di fb pada 26.5.2018) 





 















MICELLAR WATER

 


Saya nak review apa hari ni? 😁
Tentang micellar water kali ni. 

Alhamdulillah, nampak gayanya micellar water ni sesuai dengan wajah saya.

Sebelum ni pakai produk lain. Tapi di sebabkan termasuk dalam senarai yang perlu di boikot.

Saya cuba wardah ni pulak. Pengaruh tiktok lah ni. Saya cari info di sana. Ada pelbagai jenama tapi saya cuba jenis ni dulu. 

Risau juga mula nak pakainya. Kulit muka saya ni kalau tak sesuai akan naik tompok putih di tepi bibir. 

Alhamdulillah, hat ni sesuai. Dah habis sebotol dan saya beli lagi. 

Lepas seharian pakai skincare dan sudah tibanya untuk cuci muka. 

Saya basahkan kapas muka dengan micellar water. Kemudian, sapu di muka untuk buang kotoran dengan perlahan. Barulah cuci muka dengan cleanser seperti biasa.

Micellar water ni di watson pun ada. Bagi yang tak berapa nak rajin keluar rumah macam saya ni. Beli online saja. 😬

Gituh.

Wednesday, 24 July 2024

KAEDAH MENCUCUR IKAN

Assalamualaikum wbt. 

Alhamdulillah, mudahan segala kerja baik kita. Tak kiralah sekecil-kecil kebaikan yang kita lakukan akan di terima oleh Allah swt. 

Saya nak tanya ni. Siapa kat sini yang cuci ikan guna kaedah mencucur ikan? 

Cucur tu apa? Cucuq kodok..cucuq bawang..cucuq durian yang kita duk makan tu ka? 

Bukan cucuq tu la. Cucur hat kita nak belajaq hari ni bermakna mencuci ikan di bawah air yang lalu. 

Saya belajaq kaedah ni dari sedara saya yang belajar di Pondok Pasir Tumbuh pada mulanya. Kemudian bila saya mengaji di Pondok Sik. Dapatlah belajaq dari Almarhum Tuan Guru Haji Salleh sendiri. Kitab fekah. 

Baik;

1)Mula tu kena bersihkan ikan. Buang hitam-hitam darah di celah tulang yang ada. 

2)Lepas tu hampa biasa buang hanyir ikan dengan garam kan? Lepas settle semua tu. Bolehlah mula cucur ikan.

2.1. Buka air paip. Mulut ikan tu letak bawah air yang lalu. 

2.2. Baca Bismillah sampai habis. 

2.3. Selawat. 

2.4. Mulalah cucur ikan. Cucur bagi kena keseluruhan badan ikan. Letak di bawah air lalu. 

Penerangan detail saya dah letak di setiap gambar. Hampa klik saja dan baca.

Ada yang tanya. Kalau 100 kg ikan kena buat jugak ka? Buat pi lah. Dah alang-alang hampa nak basuh ikan bersih. Sekali harung cucur ikan. 

Barulah apa yg kita makan ni bersih. Jadi darah daging. Anak dengaq kata. Suamipun sayang. Hihi..

Sayapun tak pandai sangat. Kalau saya ada silap. Bolehlah perbetulkan. Sama-sama kita belajaq na. 

(repost semula posting saya di fb pada 24 Julai 2017)

 

Buang darah ikan sebersihnya. Di celah tulangpun kena buang darah ikan. 

Cuba tengok bersih tak ikan ni? 

Buka air. Buka mulut ikan. Mulalah cucur di bawah air.
Satgi ada yang kata. Kalau kami buang kepala ikan. Manalah nak ada mulut ikan. 
Sebenarnya, step dia sama. Kena bagi ikan tu berdiri. Cucur di bawah air. Tak kiralah kepala ikan dah di buang ataupun tak. 

Bagi kena semua air tu. Keseluruhan badan. 











Tuesday, 23 July 2024

JUS PEGAGA

Assalamu'alaikum wbt. Morning semua. 

Alhamdulillah. Rutin setiap pagi, saya akan siap kisar pegaga ni dulu. Bukannya apa, bila dah start buat kerja rumah. Lupa habis dah. 

Pegaga ni saya buat jus. Saya kisar bersama apple hijau dan air sejuk.

Banyak khasiat di antaranya dapat merawat kulit, awet muda, untuk kecerdasan minda serta melancarkan peredaran darah. Sebenarnya, banyak khasiat lain juga. Saya senaraikan sikit sajalah. 

Dalam gambar ni saya kisar siap untuk 2 kali minum. 

Tetapi kebiasaannya, saya buat untuk sekali minum. Sebab paginya, saya dah amalkan minum air halia campur lemon. 

Sukatan untuk segelas jus seperti di bawah. 

Bahan:

10 helai daun pegaga
Setengah biji epal hijau
Satu gelas air sejuk

Sukatan ni untuk segelas jus atau sekali minum. Jika nak buat dua gelas. Saya letak pegaga 20 helai + air sejuk 2 gelas. Epal hijau tetap saya letak setengah biji. 

Kalau tak ada apple hijau. Saya hanya kisar pegaga dan air. Untuk air tu kalau nak guna air suam pun boleh. Tak kisahpun air apapun. Asalkan bukan air dari rumah jiran dah lah. 😅

Selamat mencuba!

Jom! kita buat jus pegaga.

Sila ambil 10 helai daun pegaga dan basuh bersih.

Kisar pegaga, epal hijau dan air sejuk. 
Jika stok epal hijau dah habis. Saya kisar pegaga tu saja dengan air sejuk.

Siap di kisar. Saya minum sekali serat dan tak tapis tau.

Dalam gambar ni untuk 2 kali minum. Sukatan untuk 2 kali minum.

20 helai daun pegaga
Setengah biji apple hijau
2 gelas air sejuk
Macam biasa, kisar semua.

Biasanya, saya siap kisar setiap pagi. Simpan dalam peti sejuk. Sebelum makan tengahari, saya akan start minum sikit-sikit. Selamat mencuba!












PETAI FROZEN

Lepas masak tadi ni. Terus saya duduk nak perisi petai untuk buat frozen.

Biras bagi petai beberapa hari lepas. Kemudian, hari yang sama. Ada orang lain bagi petai lagi. 

Kelmarin dulu saya dah buat sambal tumis petai campur udang.

Yang lebih ni nak buat frozen. Saya letak bekas kecik macam ni untuk sekali masak. Caranya; tidak perlu basuh lepas perisi petai tu. Terus letak dalam bekas dan letak dalam freezer. 

Ada yang saya nak hiris sekali kulit, rebus sekejab, buang air dan frozenkan.

Tahun lepas saya pernah buat. Tahan lama sangat. Sampaikan suami saya pun hairan. Musim petai dah habis, mana bini dia cari petai. 😅

Dia tak tau, bini dia standby buat frozen masa musim tengah duk ada lagi.

Mudah buat macam ni. Letak dalam bekas kecil untuk sekali masak. Kalau bekas kecil ni untuk kami 3 beranak makan.