Sunday, 6 October 2024

PREP TEPUNG

MasyaAllah, sebenarnya stok tepung ni yang orang sedekah masa moreh dan ada yang saya beli sikit. 

Mulanya, saya simpan dalam freezer. Bila di campur dengan barang lain, jadi penuh freezer. 

Akhirnya, saya vacuum pack kan saja tepung ni. 

Kebetulan, saya ni jenis suka membaca dan mencuba ilmu yang saya dapat. 

Di bawah ni, cara yang saya vacuum pack kan:

▪️ Mulanya, padatkan tepung. Kemudian, bahagian hujung plastik kena lipatkan. 

▪️ Cucuk dengan pin atau apa saja yang hujungnya tajam dekat plastik asal tepung tu. Kalau tak cucuk nanti plastik asal jadi kembung. Susah nak vacuum kan. 

▪️ Letak OA (oxygen absorber) di depan dan belakang plastik tepung dan vacuum kan. 

▪️ Letak di tempat gelap. Bekas besar saya ni transparent. Jadi saya tutup dengan kain dulu dan letak di tempat gelap. 

Rupanya dari 18.11.21 saya prep tepung, bermakna dah 2 tahun lebih saya simpan. Sebenarnya, tak banyakpun saya simpan. Tak sampai 10 bungkus pun. 

Kebetulan, tahun 2021 tersebut saya baru lepas bersalin arwah anak. 

Memang tak sempat nak fikir apa nak kena buat dengan barang yang orang sedekah masa moreh. Saya masih berpantang di bulan Ramadhan tanpa anak di sisi. 

Sampailah saya terbaca di Fb Eco Farm tentang prep tepung. Baru lah teringat yang saya ada prep tepung. 

Alhamdulillah, dengan izin Allah bila saya buka plastik. Tak ada bubuk dalam tepung dan bau hapak tau. Mungkin saya letak OA tu, dengan izin Allah juga. 

Lepas ni nak kena buat FIFO lah. Nak kena habiskan stok lama dan buat stok baru.

Sebenarnya, selain dari prep tepung gandum. Saya pernah prep tepung beras, menggunakan cara yang sama. Cuma saya letak dalam almari tertutup di dapur. Tepung tu saya dah buka awal tahun ni. Alhamdulillah, masih juga elok.


Cara saya vacuum pack kan tepung. Sebenarnya, tak banyakpun tepung yang di prep. Ada dalam 8 bungkus saja. Tapi saya nak cuba apply ilmu yang saya pernah baca. Macam-macam jenama tepung dalam ni yang orang bagi.


Terlupa sungguh yang saya ada prep tepung. Nak kena buat FIFO dah ni. Saya pernah cuba prep tepung beras. Cara yang sama juga.


Selepas padatkan tepung. Kena lipat bahagian atas plastik tepung. Cucuk plastik dengan pin atau apa saja yang hujungnya tajam. Jika tak buat, nanti kembung plastik. Susah nak vacuum kan.

Saya letak OA depan dan belakang.


Alhamdulillah, masih lagi elok Allah bagi.


Kena buat FIFO dah ni. Habiskan stok lama.




IBU KOMBUCHA

Alhamdulillah, gambar di bawah ni adalah balang untuk Ibu Kombucha. Rumah scoby lah kiranya ni. 

Air dari Ibu kombucha dalam ni tak boleh minum direct tau. Jenuh masyam berdengung nanti. 😅

Kita hanya ambil secawan air dalam ni. Juga ambil satu scoby dan masukkan keduanya dalam balang baru untuk di buat teh kombucha (untuk kita minum). 

Gambar di bawah semasa saya mandikan scoby, bersihkannya, cuci balang dan tapis semula air dalam tu.

Lepas siap semua. Saya buat bancuhan teh baru dan tuang dalam balang bila teh tu dah sejuk. 

In Shaa Allah, akan terhasil scoby baru bahagian atasnya nanti.

Saya sendiripun baru nak faham ragam kombucha ni. Masih belajar dan terus belajar.

Selain ambil kelas kombucha ni. Saya ada juga belajar dari tiktok. Kita boleh follow tips yang di berikan sebagai tambahan ilmu.

Balang asal Ibu Kombucha. Ada 3 scoby dalam ni. Tak nampak rupa dalam tu. Jenuh peqembang. 😅

Bila dah bawa keluar scoby tu. Baru nampak air ibu kombucha tak banyak rupanya.
Balang pun kena bersihkan juga. 

Dah siap mandikan. Kelihatan scoby yang bersih bahagian bawah.

Simpan dalam almari semula. Bagi dia rehat sebelum saya masukkan bancuhan teh baru. In Shaa Allah, akan terhasil scoby baru di bahagian atas.

Baru nampak cantik sikit air dalam ni kan, berbanding gambar pertama sebelum di mandikan.