Wednesday 27 July 2016

BERKATNYA MENGADAP KIBLAT

Ketika anak-anak masih bersekolah. 

Saya cukup gemar meminta anak menyiapkan kerja sekolah atau mengulangkaji pelajaran dengan mengadap kiblat.

Tak tahulah sebab apa..

Ketika itu, saya tu hanya fikir..

Jika kita hendak solat, mengaji dan berdoa kena mengadap kiblat.

Apa salahnya, jika anak-anak mengulangkaji pelajaran pun mengadap kiblat.

Ini kisah 9 tahun yang lepas. Anak-anak saya pun sudah besar remaja.

Dan bagi yang baru mengikuti kisah anak-anak saya.

Anak-anak saya hampir kesemuanya menghafaz Al-Quran dan ada yang sudah menamatkan 30 juzuknya. Alhamdulillah.

Setelah sekian lama..

Barulah saya tahu..

Mengapa perlu mengulangkaji pelajaran dengan mengadap kiblat.

Saya akan kongsikan di bawah.

Kisah ini saya dapat semasa menadah Kitab Pelita Penuntut.

Sama-samalah kita hayati bersama..

Di riwayatkan bahawasanya, terdapat dua lelaki yang menuntut ilmu fekah.

Setelah beberapa tahun..

Kembalilah mereka ke kampung halaman.

Tapi..bila balik, hanya seorang sahaja yang alim fekah dan seorang lagi tidak.

Jadi, ulama-ulama fekah yang lain tertanya-tanya.

Kenapa kedua mereka pergi menuntut ilmu di tempat yang sama. Tapi seorang saja yang alim.

Merekapun bertanya kepada kedua-dua lelaki tersebut tentang kelakuan mereka di sana.

Rupa-rupanya, lelaki yang alim fekah ini ketika mengulang-ngulang bacaannya. Dia gemar mengadap arah kiblat.

Manakala, seorang lagi pula membelakangkan kiblat.

Maka bersetuju lah ulama-ulama fekah yang lain.

Bahawasanya, lelaki yang alim fekah itu menjadi alim fekah kerana berkatnya mengadap kiblat.

Jadi, kepada Ibu & Bapa di luar sana. Marilah sama-sama kita membantu anak-anak untuk mendapatkan keberkatan dalam menuntut ilmu.

Semoga bermanfaat untuk semua.
.
.
Jangan lupa tau..malam ni sebelum tidur..

Kita Solat Sunat Taubat dulu..

Tidurlah awal..

Agar kita boleh bangun untuk Tahajjud bersama-sama.
.
Jumpa lagi. Assalamualaikum.
.
.

#KeluargaIbuJannah
#KeluargaAlHafiz

No comments:

Post a Comment