Wednesday 27 July 2016

DONUT KAMPUNG MAK JEMAH



[ DONUT KAMPUNG MAK JEMAH - DKMJ ]
.

BAHAN:
Tepung Gandum- 270 gram

Gula biasa- 15 gram

Garam- 4 gram

Yis- 5 gram

Double Action: 1/2 sudu teh

Marjerin- 20 gram

Susu Pekat- 5 gram

Air Sejuk- 150 gram
.

Cara:
1) Sediakan semua bahan.

2) Campurkan semua bahan di dalam mangkuk. Air tidak perlu tuang semua di dalam adunan. Simpan sedikit.

3) Uli tangan sambil tuang air sedikit demi sedikit. Sekiranya doh sudah boleh di kepal. Terus stop tuang air. Uli 15 minit sahaja. Adunan lembik sedikit. Biarkan.

4) Perap adunan selama 30 minit. Lihat gambar adunan selepas 30 minit.

5) Selepas cukup 30 minit. Tabur 1 sudu tepung gandum atas doh. Untuk elakkan melekat di tangan.
6) Uli doh tadi 5 minit lagi.

7) Timbang doh 50 gram dan bulatkan dahulu. Kemudian boleh leperkan menggunakan tangan. Perap adunan 15 minit lagi.

8) Selepas 15 minit. Boleh leperkan sekali lagi dengan perlahan. Selepas itu, boleh buang lubang donut dengan menggunakan nozel yang bersaiz kecil.

9) Bentuk donut akan berkedut sedikit selepas kita buatkan lubang. Tak apa. Biarkan.

10) Perap 5 minit lagi untuk hilangkan kedut akibat donut di tebuk oleh nozel. Jangan risau ya, donut takkan jatuh. Boleh rujuk gambar..donut steady saja walaupun di tebuk. Doh pun makin licin.

11) Selepas itu, donut sudah boleh di goreng. Nak angkat donut memang susah sikit. Sebab akan melekat. Jadi boleh guna spatula untuk angkat donut.

12) Bolehlah mula di goreng dengan minyak sederhana.

13) Selepas itu bolehlah di salut dengan 2 jenis gula iaitu gula biasa dan gula aising.

* Sukatannya; jika 100 gram gula biasa. Gula aising pun 100 gram. Boleh salut apabila donut suam.

* Resepi ini akan mendapat 9 biji donut. Boleh gandakan adunan.

* Resepi ini tidak menggunakan Bread Improver dan Telur.
.

Sedia untuk di hidangkan. Donut Kampung yang akan membuatkan anda terkenang zaman kecil dulu.

Selamat Mencuba..!!
.
.
‪#‎Chepir‬

No comments:

Post a Comment