Thursday, 6 April 2017

VASELINE

 
Vaseline untuk melembabkan bibir


Losyen Vaseline



Assalamualaikum & Selamat Malam.

Kali ni, saya nak share tentang produk Vaseline yakni produk yang paling saya suka. Saya guna produk Vaseline yang dalam botol kecil di dalam gambar di atas selama 20-21 tahun tau.

Sepatutnya Syarikat pengeluar produk Vaseline kena bagi hadiah dekat saya sebab jadi pengguna setia. Hihi..

Masa sekolah menengah dulu. Saya alami sakit di bibir mulut.

Mungkin punca dari cuaca panas, kurang minum air ataupun alahan.

Memang sakit sangat sampaikan jadi kepingan hitam di bibir mulut. Sampaikan kita nak senyum dan bercakap pun susah.

Bibir mulut akan cekang dan pecah. Lagi sakit.

Memang menangislah masa tu. Kena selalu spare tisu basah untuk tak nak bagi bibir kering.

Jadi, Ayah saya belikan Vaseline. Sapu di bibir mulut.

Alhamdulillah, dengan izin Allah makin sembuh.

Sejak dari tu sampailah dah kahwin dan ada anak. Saya still dengan Vaseline. Memang selalu ada stok.

Kalau anak sakit di bibir mulut saja..memang saya akan sapu...mulut pecah pun elok sapu. Saya memang akan bekalkan Vaseline untuk anak di asrama.

Yang gambar kedua di atas tu pula, Vaseline yang berbentuk losyen. Produk baru depa kot. Saya baru saja beli sejak mengandung anak ke 6 ni.

Atas perut saya jadi merah dan ada garisan yang berpunca dari stretch mark.

Stretch mark yang berpunca dari kandungan yang makin sarat ataupun perut kita makin cekang di sebabkan baby makin besar dalam perut. Ecehh...macam doktorlah pula cara explain ni.

Kalau saya silap..betulkan saya tau. Ni pun saya dapat maklumat melalui pembacaan dan perkongsian dari rakan-rakan.

Biasanya, orang sapu awal krim ataupun apa-apa losyen.

Tapi, silap saya sebab abaikan bab ni. Bila kandungan 8 bulan baru mula nak cari losyen yang sesuai.

Memang sakit sangat, rasa macam atas perut di hiris dengan pisau tau..sakitnya tu.

Sampaikan jadi merah. Lagi kita berjalan..lagi bergoyang perut kita..lagilah sakit.

Sampaikan ada kawan saya kata, sapu minyak zaiton. Tapi mungkin sebab dah makin teruk merah di atas perut saya. Jadi kuranglah berkesan. Jika dari awal sapu, memang ok.

Bila cuti saja sekolah seminggu. Saya balik ke rumah keluarga. Teruslah mengadu dekat Ayah & Mama saya. Kebetulan Ayah saya doktor. Ayahpun cakap sapu minyak zaiton. Memang bagus.

Tapi..sebab sakit sangat. Saya pujuklah nak ubat..tak mau minyak zaiton. Sebab nak baik cepat. Hihi..

Jadi, Ayah saya bagi ubat sapu. Seminggu juga saya memang rehat di kampung. Alhamdulillah, nampak merah makin kurang. Dah boleh berjalan tanpa rasa sakit dah. Cuma kesan merah tu masih ada sikit lagi. Tu pun makin pudar.

Masa saya ke Supermarket, saya ada tengok losyen Vaseline yang dalam botol hijau. Sebenarnya, ada banyak warna botol Vaseline ni. Tapi sebab saya tengok ada Aloevera. Tu yang saya terus beli.

Saya try sapu di atas perut, Alhamdulillah, kesan merah hilang terus dan dah tak sakit. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat.

Jadi, setiap hari memang saya amalkan sapu losyen ni. Saya try sapu di kaki yang pecah. Alhamdulilllah, berkesan.

Kaki dan tangan pun dah tak kering tau. Jadi lembab. Saya ni memang ada masalah kulit kering.

Kiranya, sebotol Vaseline hijau tu sat saja nak habis. Sebab share dengan anak-anak. Lepas ni boleh beli lagi.

Baunya pun wangi dan tidak melekit bila kita sapu. Cepat menyerap pulak tu.

Saya rekemen siapa yang ada masalah stretch mark, kulit kering atau merekah boleh cuba Vaseline ni. Memang puas hati. Boleh beli di Farmasi ataupun Supermarket.

In Syaa Allah, saya akan jadi pengguna setia losyen Vaseline ni.






Wednesday, 5 April 2017

UBAT KUTU


Assalamualaikum & Selamat malam.

Dah masuk bulan Rejab. Tak beberapa bulan lagi dah nak masuk Ramadhan.

In Syaa Allah, jangkaan saya dah lepas pantang. Boleh puasa sama.

Cuma macam biasalah. Anak-anak tak cukup korum sepanjang bulan puasa. Memang susah untuk kami nak berkumpul untuk berbuka sekali.

Fathillah, biasanya sampai akhir Ramadhan..akan ada masjid masih jemput dia untuk jadi Imam Taraweh. Ammar pula tahun lepas jadi Imam di Tahfiz dia.

Baik, kali ni saya nak share cerita bab kutu.

Mudahan ada yang akan dapat manfaatnya.

Saya ada 2 orang anak perempuan. Yang memang berambut panjang lebih dari paras pinggang tau.

Dalam duk kita jaga kebersihan. Kadang terselit juga kutu ni.

Jangkit dari orang lainlah ni. Biasalah, masa saya kecil dulupun kena jugak.

Ada sekali tu, punyalah banyak sampai naik geli pula tengok di rambut anak.

Puas juga saya google tengok petua apa untuk buatkan kutu mati.

Saya dapat satu petua. Tumbuk bawang putih dan campur dengan minyak. Lumur di kepada.

Alhamdulillah, berkesan dengan izin Allah.

Tapi masalah lain pulak timbul. Macam mana nak bagi luruh dari rambut kutu dan telur tu. Jenuh berminggu nak perisi.

Jadi, saya pergi farmasi beli ubat kutu yang dalam gambar di atas. Alhamdulillah, berkesan.

Satu kepala yang penuh kutu dan telur memang luruh bila kita sikat guna sikat besi yang dapat sekali dengan ubat kutu tu. Harganya, saya tak ingatlah pula.

Ada banyak jenis ubat kutu. Sebelum beli yang macam dalam gambar di atas tu. Saya beli yang lain. Tapi kurang berkesan. Lagi satu, sikat yang di berikan tak rapat macam sikat yang dalam gambar di atas.

Kiranya, satu kepala anak yang penuh kutu dan telur..dalam 10 minit memang clear satu kepala.

Alhamdulillah..memang puas hati.

Sekarang ni, saya selalu standby di rumah ubat kutu ni. Anak perempuan yang duk asramapun saya pesan. Bila gatal saja kepala. Terus lumur ubat kutu tu.

Duk asrama...faham-faham sajalah. Mudah berjangkit.

Saya harap, perkongsian tentang ubat kutu ni dapatlah membantu Ibu-Ibu yang sedang mencari alternatif untuk hilangkan kutu dan telur di rambut anak-anak.

Susah hati kan..kalau tengok anak-anak asyik tergaru kepala.