Thursday, 21 January 2016
MASAKAN AIR TANGAN IBU..
Assalamualaikum & Morning.
Mesti ramai yang hairan. Saya ni nak share resepi apa pula ni. Ada lauk pauk atas meja.
.
Sebenarnya kalau nak sharepun..tak ada sukatan yang betul. Semua main campak-campak saja..Hihi..
.
Baru ni sempat masak untuk anak-anak pergi sekolah.
Nasi goreng, gulai ikan, telur itik dan kacang buncis goreng. Nasi putih masih dalam periuk belum keep warm lagi.
Sebenarnya topik yang saya nak share ni. Berkaitan Masakan Air Tangan Ibu..
.
Sebagai seorang Ibu pastinya kita ni sibuk sangat. Perlu bekerja, masak, membasuh, mengemas, mengambil dan menghantar anak ke sekolah, menguruskan pelbagai lagi urusan rumahtangga. Fuhh..memang Super Woman lah kita ni kan..
.
Kadang dalam kesibukan kita terlepas nak memasak untuk family. Ala...beli sajalah..Hihi..senang kerja kita kan..beli saja.
Tapi kita lupa air tangan pengikat kasih antara suami isteri..anak ibu..
.
Sebenarnya, memang sempat jika kita merancang waktu dengan baik.
.
Saya pun macam kalian juga. Sibuk juga. Tapi saya bersyukur sebab suami suka makan di rumah. Dan dia pun ada hobi memasak.
.
Jika saya sibuk sekalipun. dia akan masak untuk family terutama kalau cuti sekolah. Memang dia akan concour dapur.
.
Tapi, sebagai Ibu..kita perlu mencari dan merancang jadual agar kita dapat memasak untuk keluarga.
.
Alhamdulillah, sekarang ni saya selesa dengan memasak pada awal jam 5 pagi hingga 6 pagi.
Dulu saya risau juga, menganggu masa nak solat sunat. Saya cuba juga buat. Rupanya nampak bagus dan tersusun jadual.
.
Syaratnya, perlulah lena awal. Di sebabkan kita kena bangun awal. Jam 3.45 pagi dah boleh bangun. Untuk mandi dan bersihkan diri.
Jam 4 pagi dah boleh solat sunat, mengaji dan berzikir. Pada jam 5 pagi hingga 6 pagi kita dah boleh memasak sarapan dan pakej dengan makan tengahari. Masaklah banyak..jadi untuk malam pun dah tak perlu masak.
Tambahan Subuh masuk lewat jam 6.13 pagi untuk Kedah. Kita ada masa lagi nak zikir kejab dan mengaji sebelum masuk waktu.
.
Try buat..percayalah memang terurus rumahtangga kita.
Macam saya sendiri. Anak-anak dan suami pun dapat bawa bekal ke sekolah.
Petang-petang tak ada keja apa. Saya akan buat kuih. Kalau sibukpun..saya tetap akan goreng kuih yang di frozenkan sebelum ni.
.
Sebenarnya saya menulis ni bukannya nak menunjukkan saya Ibu yang hebat. Saya pun banyak try n adjust jadual masak saya untuk family.
Bila dah selesa dengan jadual ni. Saya share di sini. Mudahan bermanfaat untuk semua.
.
Sampai jumpa lagi dalam karya saya yang lain.
Assalamualaikum..
.
TU MENGUAP IBUUU...
Hai, Acik..
Pagi tadi sebelum pergi Pasti.
Ibu ajar Siti Iqra'.
Ibu bagi petua..
Kalau ejaan 'A'..kena buka mulut.
Kalau ejaan 'Ba'..kena tutup mulut dulu. Kemudian cepat-cepat buka mulut.
Siti pula cakap dekat Ibu..
"Kalau tutup mulut dulu. Kemudian buka mulut. Tu menguap Ibuuu. Huargh..ngantuknya Siti.."
Ibu: Siti..Siti..5 orang anak yang Ibu ajar ngaji. Sorang ni saja yang akai jenuh ni. Malam ni kita sambung bagi lancar..Hihi..
wink
Monday, 18 January 2016
CERITA ANAK DI TAHFIZ
Anak memasuki pertandingan Hafazan Al Quran yang mewakili Tahfiz.
Alhamdulillah, sudah selesai giliran masing-masing.
Ingat pesan Ibu, wahai anak-anak...
Kemenangan bagi Ibu bukanlah mendapat No 1, 2 atau 3..
Kemenangan bagi Ibu adalah dapat membaca dengan fasih, tenang dan tidak lupa apa yang telah di hafal.
Doa Ibu, Ayah, Kakak, Adik & Rakan-Rakan Ibu sentiasa mengiringi anak-anak Ibu ini..
Wednesday, 13 January 2016
TAHUN 2016
Assalamualaikum..Hai semua..
Selamat Tahun Baru. Walaupun dah masuk minggu kedua. Baru nak updated blog.
Tahun Baru..Alhamdulillah, permulaan yang baik dan anak-anak semuanya sudah mula balik ke Tahfiz, ke Sekolah dan Pasti.
Tinggallah Ibu keseorangan...
Macam tahu-tahu saja saya keseorangan di rumah. Sudah mula di beri jawatan tu..jawatan ni..di sekolah dan masyarakat kampung.
Macam blurr pula nak kena buat apa. Sebab dah lama tinggal dunia akademik. Banyak bermain tepung. Rasa macam makin kecil skop pemikiran saya ni. Huhu..
Memang kena perbaiki diri dan keluar bermasyarakat di Kampung.
Percaya tak, minggu kedua tahun baru..saya langsung tak bermain dengan tepung. Hari ni baru rasa nak sangat makan roti.
Order banyak..memang setia menanti. Tunggu saya on saja.
Syukur juga saya sekarang ni dah tak hantar ke runcit seperti dulu. Kalau tak, memang kena bising sebab kosong rak roti.
Sekarang ni, kami banyak direct customer. Maknanya, buat berdasarkan order. Orang order baru buat. Jadi kami tak tangung kerugian bahan mentah akibat customer tak beli.
Umur makin menginjak ke satu angka. Saya nak kehidupan yang tenang setiap hari. Tak nak stress dengan ligan target seperti dahulu.
Yang paling penting..banyak beramal untuk kehidupan yang kekal di alam sana. Itu yang paling penting bagi saya sekarang.
Dunia adalah tempat persinggahan sementara. Kita akan pulang semula ke kampung halaman kita..yakni..Akhirat...
Selamat Beramal..

APAM SUSU
Alhamdulillah, siap juga akhirnya.
Dari petang tadi, asyik fikir nak buat menu apa ni. Kawan-kawan rajin post gambar kuih muih..semua sedap-sedap.
Mulanya nak buat Roti Kacang Merah. Tapi hook mixer pula tinggal di kedai.
Tukar menu kepada Kuih Cara. Santan pula tak da. Waduh-waduh.
Akhirnya, menu dalam Majalah Rasa yang di pilih. Memang sedap la. Serius saya cakap.
Mulanya saya minta suami carikan Nyioq untuk makan bersama Apam Susu ni. Tapi bila di makan sajapun sedap. Tak perlu dah makan dengan Nyioq.
Bagi yang sudah membeli Majalah Rasa, Disember 2015. Boleh buka mukasurat 76. Pemilik resepi, Chef Mashitah Abdul Rahman.
Terima kasih, atas resepi yang memang..memang sedap sangat.
Okey..Resepi original di dalam Majalah Rasa. Resepi di bawah saya ada durhaka sikit. Sebab di rumah banyak peralatan dan bahan mentah yang tak ada. Jom lihat.
[ APAM SUSU ]
BAHAN-BAHAN:
190 gram tepung gandum
1 sudu teh double action
4 biji telur
225 gram gula halus
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh ovellete
4 sudu teh susu pekat
4 sudu teh minyak masak
Pewarna
** Dalam resepi asal guna semua Sudu Makan.
CARA-CARA:
1) Campurkan tepung bersama double action.
2) Satukan telur, ovellete dan esen vanilla ke dalam bowl. Putar sehingga gebu dan berwarna putih.
3) Masukkan susu pekat dan mix sebati sahaja.
4) Masukkan minyak masak dan putar sebati juga.
5) Bila sudah siap. Saya bahagikan 3 warna ke dalam bekas berasingan dan kacau sebati.
* Oren- Perisa Oren
* Pink- Pewarna sahaja
* Hijau- Pewarna sahaja
6) Kemudian, saya perapkan adunan 20 minit dulu sebelum di kukus.
7) Sementara itu, boleh panaskan periuk kukus. Saya guna Pengukus Trio. Set 20 minit untuk panaskan kukusan.
8) Kemudian bolehlah di masukkan adunan yang di perap tadi.
9) Saya kukus 10 minit sahaja.
10) Selepas itu, boleh keluarkan dari kukusan. Sedia untuk di hidangkan.
* Dalam Resepi asal adunan ini di letak dalam loyang 8". Di rumah saya tak ada loyang tu. Jadi saya letak dalam paper cup yang saya gunakan untuk muffin.
Jadi, saya cadangkan kalian mesti dapatkan Majalah Rasa Desember 2015 ini ya. Untuk Original Resepi dalam tu.
Okey siap semua.
Terima kasih kerana sudi membaca hingga ke bait yang terakhir. Saya cadangkan kalian mencuba resepi ini.
Jumpa lagi...
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Subscribe to:
Posts (Atom)