Tuesday 12 January 2016

APAM SUSU



Alhamdulillah, siap juga akhirnya.

Dari petang tadi, asyik fikir nak buat menu apa ni. Kawan-kawan rajin post gambar kuih muih..semua sedap-sedap.

Mulanya nak buat Roti Kacang Merah. Tapi hook mixer pula tinggal di kedai.

Tukar menu kepada Kuih Cara. Santan pula tak da. Waduh-waduh.

Akhirnya, menu dalam Majalah Rasa yang di pilih. Memang sedap la. Serius saya cakap.

Mulanya saya minta suami carikan Nyioq untuk makan bersama Apam Susu ni. Tapi bila di makan sajapun sedap. Tak perlu dah makan dengan Nyioq.

Bagi yang sudah membeli Majalah Rasa, Disember 2015. Boleh buka mukasurat 76. Pemilik resepi, Chef Mashitah Abdul Rahman.

Terima kasih, atas resepi yang memang..memang sedap sangat.

Okey..Resepi original di dalam Majalah Rasa. Resepi di bawah saya ada durhaka sikit. Sebab di rumah banyak peralatan dan bahan mentah yang tak ada. Jom lihat.

[ APAM SUSU ]

BAHAN-BAHAN:

190 gram tepung gandum

1 sudu teh double action

4 biji telur

225 gram gula halus

1 sudu teh esen vanilla

1 sudu teh ovellete

4 sudu teh susu pekat

4 sudu teh minyak masak

Pewarna

** Dalam resepi asal guna semua Sudu Makan.

CARA-CARA:

1) Campurkan tepung bersama double action.

2) Satukan telur, ovellete dan esen vanilla ke dalam bowl. Putar sehingga gebu dan berwarna putih.

3) Masukkan susu pekat dan mix sebati sahaja.

4) Masukkan minyak masak dan putar sebati juga.

5) Bila sudah siap. Saya bahagikan 3 warna ke dalam bekas berasingan dan kacau sebati.

* Oren- Perisa Oren
* Pink- Pewarna sahaja
* Hijau- Pewarna sahaja

6) Kemudian, saya perapkan adunan 20 minit dulu sebelum di kukus.

7) Sementara itu, boleh panaskan periuk kukus. Saya guna Pengukus Trio. Set 20 minit untuk panaskan kukusan.

8) Kemudian bolehlah di masukkan adunan yang di perap tadi.

9) Saya kukus 10 minit sahaja.

10) Selepas itu, boleh keluarkan dari kukusan. Sedia untuk di hidangkan.

* Dalam Resepi asal adunan ini di letak dalam loyang 8". Di rumah saya tak ada loyang tu. Jadi saya letak dalam paper cup yang saya gunakan untuk muffin.

Jadi, saya cadangkan kalian mesti dapatkan Majalah Rasa Desember 2015 ini ya. Untuk Original Resepi dalam tu.

Okey siap semua.

Terima kasih kerana sudi membaca hingga ke bait yang terakhir. Saya cadangkan kalian mencuba resepi ini.

Jumpa lagi...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

No comments:

Post a Comment