Wednesday 20 January 2016

MASAKAN AIR TANGAN IBU..



Assalamualaikum & Morning.

Mesti ramai yang hairan. Saya ni nak share resepi apa pula ni. Ada lauk pauk atas meja.
.

Sebenarnya kalau nak sharepun..tak ada sukatan yang betul. Semua main campak-campak saja..Hihi..
.

Baru ni sempat masak untuk anak-anak pergi sekolah.

Nasi goreng, gulai ikan, telur itik dan kacang buncis goreng. Nasi putih masih dalam periuk belum keep warm lagi.

Sebenarnya topik yang saya nak share ni. Berkaitan Masakan Air Tangan Ibu..
.

Sebagai seorang Ibu pastinya kita ni sibuk sangat. Perlu bekerja, masak, membasuh, mengemas, mengambil dan menghantar anak ke sekolah, menguruskan pelbagai lagi urusan rumahtangga. Fuhh..memang Super Woman lah kita ni kan..
.

Kadang dalam kesibukan kita terlepas nak memasak untuk family. Ala...beli sajalah..Hihi..senang kerja kita kan..beli saja.

Tapi kita lupa air tangan pengikat kasih antara suami isteri..anak ibu..
.

Sebenarnya, memang sempat jika kita merancang waktu dengan baik.
.

Saya pun macam kalian juga. Sibuk juga. Tapi saya bersyukur sebab suami suka makan di rumah. Dan dia pun ada hobi memasak.
.

Jika saya sibuk sekalipun. dia akan masak untuk family terutama kalau cuti sekolah. Memang dia akan concour dapur.
.

Tapi, sebagai Ibu..kita perlu mencari dan merancang jadual agar kita dapat memasak untuk keluarga.
.

Alhamdulillah, sekarang ni saya selesa dengan memasak pada awal jam 5 pagi hingga 6 pagi.

Dulu saya risau juga, menganggu masa nak solat sunat. Saya cuba juga buat. Rupanya nampak bagus dan tersusun jadual.
.

Syaratnya, perlulah lena awal. Di sebabkan kita kena bangun awal. Jam 3.45 pagi dah boleh bangun. Untuk mandi dan bersihkan diri.

Jam 4 pagi dah boleh solat sunat, mengaji dan berzikir. Pada jam 5 pagi hingga 6 pagi kita dah boleh memasak sarapan dan pakej dengan makan tengahari. Masaklah banyak..jadi untuk malam pun dah tak perlu masak.

Tambahan Subuh masuk lewat jam 6.13 pagi untuk Kedah. Kita ada masa lagi nak zikir kejab dan mengaji sebelum masuk waktu.
.

Try buat..percayalah memang terurus rumahtangga kita.

Macam saya sendiri. Anak-anak dan suami pun dapat bawa bekal ke sekolah.

Petang-petang tak ada keja apa. Saya akan buat kuih. Kalau sibukpun..saya tetap akan goreng kuih yang di frozenkan sebelum ni.
.

Sebenarnya saya menulis ni bukannya nak menunjukkan saya Ibu yang hebat. Saya pun banyak try n adjust jadual masak saya untuk family.

Bila dah selesa dengan jadual ni. Saya share di sini. Mudahan bermanfaat untuk semua.
.

Sampai jumpa lagi dalam karya saya yang lain.

Assalamualaikum..
.







No comments:

Post a Comment