Thursday, 28 July 2016

POST GAMBAR PRODUK


Tak perlu risau untuk post gambar produk. Asalkan niat kita untuk menjual.
Ini yang saya belajar semasa menadah Kitab Pelita Penuntut.
Di bawah posting kita tulislah ayat yang menunjukkan kita menjual.
Terima kasih kepada yang selalu berkongsi resepi percuma. Kalian berniat baik kerana tahu tidak semua mampu untuk menyediakan bayaran untuk kelas.
Terima kasih juga kepada guru yang sudi berkongsi ilmu berbayar. Sudah tentu bayaran itu adalah untuk menampung pelbagai kos saraan juga kos sewa kedai, staff dan lain-lain.
Sedangkan Imam Syafie pun pergi berguru pasti akan bertanyakan bayaran upah untuk menimba ilmu kepada guru-gurunya terlebih dahulu.
Katakanlah sesuatu yang baik kerna ia melambangkan peribadi diri yang luhur.
Ingat Allah banyak-banyak dalam setiap perbuatan dan kata bicara samada melalui santapan di bibir ataupun tinta yang indah.
Bak kata Tuan Guru semasa saya menadah Kitab Fekah.
"Kita belajar bukan untuk diri kita atau keluarga kita sahaja. Tapi untuk orang ramai. Jangan risau, jika kita tegur orang tak mahu terima..tak mahu dengar. Tanggungjawab kita di sisi Allah sudahpun selesai".
Saya menulis kerna Allah. Mudahan Allah mengampuni dosa-dosa kita. Amin Robbal 'Alamin.
.
Roti Arab Wholemeal

KISAH IMAM AHMAD, PENJUAL ROTI DAN ISTIGHFAR

Suatu ketika Imam Ahmad bin Hanbal pergi bermusafir lalu apabila malam menjelma beliau singgah di sebuah masjid dalam satu perkampungan bertujuan merehatkan badannya.

Namun penjaga masjid itu tidak mengenali Imam Ahmad. Penjaga masjid itu tidak membenarkan beliau berehat di masjid itu walaupun beberapa kali diminta dan dirayu oleh Imam Ahmad.

Imam Ahmad akur lalu beliau beredar dari masjid tersebut. Sampai di luar masjid Imam Ahmad bertembung dengan seorang penjual roti yg sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

Si penjual roti menegur Imam Ahmad dan mereka berbual seketika. Setelah mengetahui kisah Imam Ahmad tidak dibenarkan berehat di masjid, penjual roti itu lantas mengajak dan mempelawa Imam Ahmad untuk bermalam di rumahnya.

Sampai sahaja di rumah si penjual roti melayan Imam Ahmad selayaknya sebagai seorang tetamu. Dihidangnya makan dan minum dan berbual seketika tanpa dia mengetahui bahawa tetamunya itu seorang imam yg hebat iaitu Imam Ahmad bin Hanbal. Selepas itu si penjual roti menunjukkan tempat tidur utk Imam Ahmad berehat dan dia pun meminta diri kerana perlu menyiapkan rotinya yg akan dijual keesokan hari.

Imam Ahmad memerhatikan sahaja si penjual roti yg berhati mulia itu melaksanakan pekerjaannya dari awal hingga dia siap membakar rotinya. Suatu perkara yang menarik perhatian Imam Ahmad, sepanjang melakukan pekerjaan membuat roti itu si penjual roti tidak putus melafazkan istighfar di bibirnya. Sementara tangan si penjual roti ligat membuat kerja, bibirnya pula dibasahkan dengan istighfar tanpa henti dan tanpa jemu.

Lantas Imam Ahmad bertanya kepada si penjual roti:

"Aku melihat engkau melaksanakan pekerjaanmu sambil melafazkan istighfar tanpa henti. Apakah sudah lama engkau mengamalkan yang sedemikian? Apakah pula hasilnya yg engkau dapat?"

Jawab si penjual roti:

"Itulah amalan ku (istighfar) telah sekian lama aku lakukan tanpa henti dan tanpa jemu."

"Dan faedah yg aku dapati daripada amalan ku itu, tiada satu pun doa yg aku pohon kepada Allah melainkan akan diperkenankan oleh-NYA. Melainkan satu sahaja hajat dan doa ku yg masih belum Allah berikan."

"Apakah hajat mu yg belum diperkenankan Allah itu?" tanya Imam Ahmad lagi.

Jawab si penjual roti:

"Aku sangat berhajat utk bertemu dengan imam yg hebat di zaman ini iaitu Imam Ahmad bin Hanbal."

Terkejut dan terkedu Imam Ahmad mendengar jawapan si penjual roti. Lantas beliau berkata: 

"Rupanya ini semua perancangan Allah yg sgt hebat. Saya tidak dibenarkan berehat di masjid kerana untuk datang ke sini demi memenuhi doa dan permintaan mu."

"Apakah maksud mu wahai tetamu aku muliakan?" tanya si penjual roti dgn penuh kehairanan.

"Akulah Imam Ahmad bin Hanbal yg kau doa dan pohon pada Allah utk bertemu." jawab Imam Ahmad dengan linangan air mata.

Subhanallah...

Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud:

"Barangsiapa memperbanyak istighfar (mohon ampun kepada Allah), nescaya Allah menjadikan baginya pada setiap kesedihannya jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada kelapangan dan Allah akan memberinya rezeki (yang halal) dari arah yang tiada disangka-sangka.”

(HR. Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Majah)

BERKATNYA MENGADAP KIBLAT

Ketika anak-anak masih bersekolah. 
Saya cukup gemar meminta anak menyiapkan kerja sekolah atau mengulangkaji pelajaran dengan mengadap kiblat.
Tak tahulah sebab apa..
Ketika itu, saya tu hanya fikir..
Jika kita hendak solat, mengaji dan berdoa kena mengadap kiblat.
Apa salahnya, jika anak-anak mengulangkaji pelajaran pun mengadap kiblat.
Ini kisah 9 tahun yang lepas. Anak-anak saya pun sudah besar remaja.
Dan bagi yang baru mengikuti kisah anak-anak saya.
Anak-anak saya hampir kesemuanya menghafaz Al-Quran dan ada yang sudah menamatkan 30 juzuknya. Alhamdulillah.
Setelah sekian lama..
Barulah saya tahu..
Mengapa perlu mengulangkaji pelajaran dengan mengadap kiblat.
Saya akan kongsikan di bawah.
Kisah ini saya dapat semasa menadah Kitab Pelita Penuntut.
Sama-samalah kita hayati bersama.
Di riwayatkan bahawasanya, terdapat dua lelaki yang menuntut ilmu fekah.
Setelah beberapa tahun. Kembalilah mereka ke kampung halaman.
Tapi..bila balik, hanya seorang sahaja yang alim fekah dan seorang lagi tidak.
Jadi, ulama-ulama fekah yang lain tertanya-tanya.
Kenapa kedua mereka pergi menuntut ilmu di tempat yang sama. Tapi seorang saja yang alim.
Merekapun bertanya kepada kedua-dua lelaki tersebut tentang kelakuan mereka di sana.
Rupa-rupanya, lelaki yang alim fekah ini ketika mengulang-ngulang bacaannya. Dia gemar mengadap arah kiblat.
Manakala, seorang lagi pula membelakangkan kiblat.
Maka bersetujulah ulama-ulama fekah yang lain.
Bahawasanya, lelaki yang alim fekah itu menjadi alim fekah kerana berkatnya mengadap kiblat.
Jadi, kepada Ibu & Bapa di luar sana. Marilah sama-sama kita membantu anak-anak untuk mendapatkan keberkatan dalam menuntut ilmu.
Semoga bermanfaat untuk semua.
.
.
Jangan lupa tau. Malam ni, sebelum tidur. Kita Solat Sunat Taubat dulu. 
Tidurlah awal. Agar kita boleh bangun untuk Tahajjud bersama-sama.
Jumpa lagi. Assalamualaikum.
#KeluargaIbuJannah #KeluargaAlHafiz

TIPS SEMASA MENGANDUNG: NASIHAT LUQMAN UNTUK ANAKNYA - SIRI 1


Sejak kebelakangan ini di wall fb terpapar gambar anak-anak kepada rakan yang baru lahir.

Tersenyum saya..

Alhamdulillah..mereka adalah amanah Allah untuk kita. Jagailah dan didiklah mereka berlandaskan ajaran Islam.

Teringat bilamana saya di sahkan mengandung.

Kami banyak berjumpa dengan Orang Alim untuk meminta petua berupa nasihat untuk anak dalam kandungan sehingga di lahirkan.

In Syaa Allah..saya akan kongsikan berperingkat dalam penulisan saya.

Salah satunya..Nasihat Luqman Untuk Anaknya.

Saya akan meletakkan walkman yang di rakam suara suami yang membaca Nasihat Luqman tersebut.

Saya akan meletakkan di perut..kadang di sisi saya ketika berbaring. 
Tidak pernah seharipun saya terlepas moment indah ini. Berkali-kali saya on kan walkman tersebut dalam sehari.

Selepas bersalin. Saya akan meletakkan walkman tersebut tidak jauh dari bayi saya (memperlahankan volume). Agak yang anak kita boleh dengar.

Nasihat ini bagaikan kita sudah tanamkan kepada mereka sejak kecil.

Percaya tak..selepas 13 tahun berlalu.

Anakanda saya Muhammad Fathillah memberitahu kami.

Dia masih ingat nasihat Ayah kepadanya.

Terkejut kami..

Subhanallah..

Tidak terjangkal dek akal..tetapi kuasa Allah mengatasinya.

Saya gemar membaca nasihat Luqman yang indah ini.

Menusuk di kalbu..memberi sebuah erti dari kita untuk mereka.

Marilah kita sama-sama hayatinya.
.
.
Didalam Al-Quran. Surah Luqman dari ayat 13-19, juga tersebut didalam beberapa kitab. Diantaranya tersebut didalam "Tafsir Ruhul Ma'ani", jilid ke 21, halaman 83, dan kitab "Hidayatullah Mursyidin" oleh Guru Besar Syekh Ali Mahfuz yang ertinya sebagai berikut :

1. Hai anakku! ketahuilah sesungguhnya dunia laksana lautan yang dalam, banyak manusia yang karam kedalamnya.Kalau engkau ingin selamat, supaya jangan karam, layarilah dia dengan sampan yang bernama taqwa, isinya ialah iman dan layarnya ialah tawakal kepada allah.

2. Orang-orang yang selalu menyediakan dirinya untuk menerima nasihat maka dirinya akan mendapat penjagaan dari allah, orang yang biasa dirinya insaf dan sabar kerana menerima nasihat orang lain, tandanya orang itu akan sentiasa menerima kemuliaan dari allah, berasa hina diri dalam beribadat dan bertaat kepada allah ta'ala akan menimbulkan rasa lebih dekat kepada allah dan lebih menghindarkan diri kepada maksiat.

3. Marahnya orang tua dalam mendidik anaknya, tak ubahnya seperti pupuk bagi tanam-tanaman.

4. Hai anakku! Jauhkanlah dirimu dari berhutang sesungguhnya berhutang itu menjadikan dirimu hina diwaktu siang dan gelisah diwaktu malam.

5. Hai anakku! Selalulah berharap kepada allah harapan-harapan yang hasilnya tidak akan membawa engkau untuk menderhakai allah, takutlah kepada allah dengan sebenar takut yang biasa melapaskan engakau dari sifat berputus asa terhadap rahmat allah.

6. Seorang pendusta lekas hilang air mukanya (tak dipercayai orang) dan seorang yang sudah rosak akhlaknya akan banyak gelamunnya terhadap yang salah-salah, memindahkan batu yang besar lagi berat dari tempatnya ketempat yang lain, lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

7. Hai anakku! Engkau sudah merasakan bagaimana beratnya membawa batu yang besar, besi yang berat dan lain-lain yang sangat beratnya, tapi akan lebih berat lagi dari itu, bila mempunyai tetangga yang jahat, engkau telah merasakan bermacam-macam kepahitan tapi akan terasa lebih pahit lagi bila hidup dalam keadaan fakir dan miskin.

8. Hai anakku! Engkau jauhilah bersifat dusta, sebab berdusta itu enak sekali mengerjakannya, seperti enaknya memakan daging burung, sedikit saja berdusta, akibatnya tetap akan memberi bahaya.

9. Hai anakku! Kalau bertemu dua kejadian, antara menjenguk orang mati dengan menghadiri pesta kahwin maka pergilah menjenguk orang mati, sebab akan mengingati diri pulang kekampung akhirat, sedang menghadiri pesta kahwin hanya mengingati diri kepada kesenangan duniawi saja.

10. Hai anakku! Janganlah engaku makan sampai kenyang yang berlebih-lebihan.Sesungguhnya memberikan makanan yang engkau makan sampai kenyang berlebih-lebihan itu kepada seekor anjing adalah lebih baik daripada engkau memakannya.

11. Hai anakku! Janganlah engkau terus menerus menelan kerana manisnya sesuatu, dan jangan pula lekas engkau muntahkan kerana pahitnya.(Yang manis itu biasanya mendatangkan penyakit,sedangkan yang pahit biasa menjadi ubat).

12. Makanlah makananmu bersama-sama dengan orang-orang yang bertaqwa kepada allah,rundingkanlah urusanmu kepada alim ulama' (dengan cara minta nasihat kepadanya).

13. Bukanlah baik namanya, bila engkau selalu mempelajari segala macam ilmu yang belum engkau ketahui, sedang ilmu yang telah diperolehi belum lagi engkau amalkan. Hal seperti ini tak ubahnya dengan perbuatan seseorang yang mencari kayu api, setelah dikumpulkan,lalu dipikulnya, tapi dia tak kuat membawanya , kemudian dia tambah lagi.

14. Hai anakku! Kalau engkau ingin hendak mengambil seseorang menjadi teman, maka ujilah dia lebih dahulu dengan cara membuat dia marah, kalau dia di waktu marahnya masih memberikan keinsafan (kesedaran) kepada engkau, maka bolehlah dia dijadikan teman, kalau tidak begitu, maka hendaklah engkau berhati-hati.

15. Hendaklah selalu tutur katamu baik dan wajahmu manis, engkau akan lebih disukai orang lebih disukainya dari orang-orang yang sudah pernah memberikan pemberian yang mahal-mahal.

16. Hai anakku! Kalau engkau berteman, tempatkanlah dirimu sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya, dan pasti dia akan selalu mengharapkanmu.

17. Hai anakku! Jadikanlah dirimu dalam segala tindak tandukmu, seperti orang yang tidak mengharapkan pujian seseorang dan tidak pula menimbulkan celaan orang.Dirinya bekerja kelihatan letih, tapi manusia selalu memandangnya dengan tenang.

18. Hai anakku! Usahakanlah jangan sampai keluar dan mulutnu kata-kata kasar, sesungguhnya engkau akan selamat bila engkau bersifat pendiam.Kalau akan berbicara juga, bicaralah yang akan mendatangkan manfaat kepada orang lain.

19. Hai anakku! Janganlah engkau condong ke dunia ini dan janganlah hatimu repot kerana dunia saja, kerana engkau dijadikan allah bukanlah untuk dunia. Tidak adalah makhluk yang dijadikan allah, lebih hina daripada orang yang telah terpedaya oleh dunia. Mati sebab akan mengingati diri pulang ke kampung akhirat, sedangkan menghadiri pesta kahwin hanya mengingati diri kepada kesenangan duniawi saja.

20. Hai anakku! Janganlah engkau ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang mencengangkan (menggelikan), janganlah engkau berjalan tanpa ada tujuan yang tertentu, janganlah engkau menanyakan sesuatu yang tidak berguna bagimu, janganlah menyia-yiakan hartamu, sedangkan harta orang lain engkau pelihara, kerana sesungguhnya yang menjadi hartamu ialah yang engkau usahakan, sedang harta orang lain itu belum tentu menjadi milikmu.

21. Hai anakku! Siapa yang penyayang tentu akan disayangi orang pula, siapa yang tidak pandai menahan lidahnya berkata yang buruk tentu dia akan menyesal akhirnya.

22. Hai anakku! Bergaul rapatlah dengan alim-ulama', diam dan dengarlah baik-baik segala nasihatnya, sesungguhnya hati akan hidup dengan adanya cahaya hikmah (ilmu pengetahuan) sebagaimana tanah biar subur kerana air hujan, janganlah engkau membantah mereka, tentu mereka akan marah kepadanya.

23. Engkau ambillah harta benda dunia ini sekadar keperluan dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk keperluan di akhirat nantinya,jangan engkau tendang kehidupan dunia ini seluruhnya, engkau akan menjadi pengemis yang akan menambah berat tanggungjawab orang lain. Janganlah engkau berteman dengan orang bodoh dan janganlah pula dengan orang yang bermuka dua (tidak berpendirian)

Terbitan : Bahagian Pengurusan dakwah, Jabatan Agama Islam Selangor
.
.
Teringat kepada Arwah PakNgah saya. Dia seorang Jutawan dan punya anak-anak yang bekerjaya tinggi.

"Tak kiralah anak kita nak keja apapun. Bagi kenal Quran dulu. Dia tau macam mana nak hormat kita". Pesannya.

TIPS SELEPAS BERSALIN: DI MANA KAMU WAHAI ANAK- SIRI 2


Ibu merenung Tom Yam sebagai santapan berbuka puasa.

Teringat Anakanda Muhammad Fathillah yang memang menyukai masakan Tom Yam ini.

Abang & Dik Ammar berbuka apa hari ini?

Di manakah Abang hari ini? Adakah berbuka di Tahfiz atau sudah bertolak ke Padang Serai.

Ibu doakan Abang & Dik Ammar selamat, di tenangkan hatinya, di lancarkan lidah dan lisannya oleh Allah SWT semasa menjadi Imam Solat Tarawih sebentar lagi.

Kami tidak pernah menyesal menghantar anak ke Tahfiz dalam usia yang muda. Biarpun mereka anak yang cemerlang dalam Akademik.

Dapat melihat anak menghormati kita..menyarungkan kasut di kaki kita semasa kita hendak melangkah keluar. Membuatkan air mata berlinang di ruang mata.

Semuanya perlu di terapkan semasa di dalam kandungan.

Di antara petua untuk anak cerdik yang kami amalkan.

Bacaan Surah Al Insyirah selepas Solat Subuh selama 41 hari sebanyak 41 kali di telinga anak semasa di dalam pantang.

Tapi saya sudah amalkan semasa mereka di dalam kandungan.

Suami merakam di dalam Walkman Surah Al Insyirah dan juga Nasihat Luqman Untuk Anaknya (rujuk penulisan saya di dalam Siri:1).

Terbayang di ruang mata. Anak bagaikan menunggu bacaan dan nasihat ini.

Mereka pasti akan membuka mata dan menghayati bacaan dan nasihat Ayahnya.

Alhamdulillah..

( Sambungan: Siri 3 )
Kami akan berpuasa dan juga membaca yassin apabila anak menduduki peperiksaan atau bertanding dalam pelbagai acara di Sekolah dan Tahfiz.


TIPS IBU BAPA: RAMBUT TERPACAK- SIRI 3


Solleh: Ibu...Abang Ammar nak buat rambut terpacak.

Ammar sengeh sambil menjeling ke arah adiknya.

Ibu: Buatlah rambut terpacak. Satgi Ibu hantaq duk dengan landak.

Solleh dan Ammar ketawa.
Selepas di lahirkan anak memang tidak berpeluang untuk menyimpan rambut panjang.

Botak sentiasa. Untuk memberi kesegaran dan mudah untuk mengingat.

Petua: Cukur rambut 30 kali selepas di lahirkan. Tidak kisahlah sehingga umur anak berapa tahun. 
Untuk anak lelaki saja tau.
.
Masih ingatkan anda pada Khatib Cilik?

Ya..dia adalah Muhammad Fathillah bin Yusri yang pernah menjadi Johan Peringkat Kebangsaan dalam pertandingan Khutbah di usia 6 tahun.

Sekarang sudahpun berusia 14 tahun dan gambar terkini di sebelah kiri.

Dia sebelah kanan adalah adiknya.

Dia di beri gelaran Khatib Cilik kerana kelebihannya luar biasanya dalam mengingat yang di berikan oleh Allah SWT.

Sehingga dia di jemput untuk memberi ceramah di Seluruh Negara.

Kisahnya sebagai Khatib Cilik terpapar di akhbar Metro, 2 mukasurat tengah dan juga akhbar lain. Dia juga di jemput untuk memberi ceramah di Stadium Alor Setar di hadapan 10 ribu penonton.

Banyak petua yang di amalkan untuk mendidik anak-anak.

Tahukan anda..

Muhammad Fathillah mula bangun di seawal Jam 4 pagi usia 5 tahun untuk menghafal Al-Quran. 

Didikan pertama bermula di rumah.
.
Muhammad Fathillah Al Hafiz menerima Anugerah Huffaz Termuda di Tahfiznya (13 tahun) dan Muhammad Ammar menerima Anugerah Pelajar Terbaik kerana menghafal 10 juzuk dalam masa 11 bulan di Tahfiznya.

Alhamdulillah..semuanya dari Allah.
.
.

TIPS SEMASA MENGANDUNG - SIRI 4

" Ya Allah..jadikanlah anak aku ahli Al-Quran.."

Teringat lagi..bilamana kandungan berusia 4 bulan yang mana mula di tiubkan ruh kepada anak yang di kandung.

Pada masa ini, akan tertulis segala berkaitan anak..kematiannya..rezekinya.. jodohnya..

Tak henti saya berdoa.

Mudahan anak yang di kandung menjadi anak yang soleh dan solehah, di murahkan rezekinya, di beri kesihatan yang baik, di berikan jodoh yang baik untuknya, di permudahkan segala urusannya di dunia dan di akhirat, di kasihi oleh semua insan, di lindungi dari sebarang bahaya dan niat tidak baik manusia terhadap diri mereka, kuatkanlah iman dan takwa mereka, jadikanlah mereka anak yang tetap dalam mengerjakan ibadat kepadaMu dan meninggalkan segala laranganMu serta jadikanlah anak ini anak yang mencintai Al-Quran dan kitabMu.

Sepanjang mengandung tidak putus saya mendoakan agar anak yang di kandung menjadi ahli Al-Quran. Yang mencintai Al-Quran dan kitabMu.

( Sambungan..)

ANAK MENJADI IMAM SOLAT TARAWIH



Berkat tunjuk ajar dan doa, Ustaz. Dia di pinang lagi untuk menjadi Imam Tarawih.

Sepatutnya dia balik ke rumah semalam.

Tapi di pujuk oleh Ajk Masjid untuk menjadi Imam sehari lagi.

Mereka suka dengan dia. Rupanya setiap hari dia membaca satu juzuk semasa menjadi Imam Tarawih, 20 rakaat.

Siapa sangka di balik suara yang garau. Dia baru berusia 14 tahun. Anak yang menghabiskan usia kecilnya sehingga remajanya di Tahfiz. 

"Selagi tidak ada 30 juzuk dalam dada. Jangan balik ke rumah", tegas Ibu.
(Kecuali balik bercuti seketika. Bukan balik terus).

Ini kata-kata Ibu apabila anak-anak hendak ke Tahfiz.

Rupanya..walaupun habis 30 juzuk. Dia masih tidak dapat balik ke rumah. Dia seringkali mengikut Ustaz untuk pelbagai program.

Hari ini..dia bakal menjejak kaki di rumah setelah setahun tidak pulang.

Ibu tersenyum sambil menyiapkan tempat tidurnya.
.
.
Muhammad Fathillah Al Hafiz

Alhamdulillah..

KISAH SEDIH SEORANG SUAMI SELEPAS HARI RAYA

Isteri: "Abang buat apa tu?"

Suami: "Sedang baca buku."

Isteri: "Habis, kenapa abang menangis?"

Suami: "Penghujung cerita dalam buku ni amat menyedihkan sekali."

Isteri: "Buku apa yang abang baca?"

Suami: "Buku akaun bank abang...."

NASIHAT DI TANAH PERKUBURAN


Cuti anak-anak dah nak habis.
Pagi tadi selepas suami dan anak-anak ke Masjid untuk solat subuh.
Si Ayah bawa anak ke suatu tempat dalam suasana yang masih gelap dan dingin.
Di sini Ayah banyak menasihati mereka.
Sebelum melangkah pergi. Satu soalan yang di tanya Ayah.
"Anak-anak..Ibu dan Ayah sanggup bersusah payah untuk kalian. Asalkan kalian mahu mengaji.
Sekarang Ayah hendak bertanya kembali.
Apa yang anak-anak boleh berikan apabila Ibu dan Ayah sudah berada di sini?"
Anak-anak tunduk sambil memegang batu nisan milik arwah Toknya. Kelihatan manik-manik halus di bibir mata mereka.
Suasana di Tanah Perkuburan masih sunyi dan sepi. Sesekali embun malam menitis pada batu nisan yang sudah usang.
Wahai anak-anak. Bukan harta yang Ibu dan Ayah dambakan. Cukuplah doa seorang anak yang Ibu dan Ayah dambakan.

TIPS IBU BAPA


Tadi masa hantar anak ke Pasti.
Sempat bual dengan kawan yang anaknya ada exam percubaan upsr hari ni.
Saya bagi semangat padanya.
Sempat juga berkongsi tips. Minta anaknya lebih banyak mengaji supaya hilang stress & tajamkan minda.
Teringat kepada Anis. Bila Anis nak exam. Suami mesti akan pesan supaya perbanyakkan mengaji dan bangun untuk solat sunat. Minta kepada Allah agar tenang dan dapat menjawab dengan baik. 
Jika tak nak nyanyuk pun kena rajin mengaji tau.
Juga bagi yang mengandungpun elok perbanyakkan baca Al-Quran.
Alhamdulillah, semasa mengandungkan Anis. Saya dapat khatam 7 kali.
Tak sempat nak habiskan yang ke 8. Sebab Anis di lahirkan tak cukup bulan. Semasa kandungan 8 bulan Anis dah keluar. Hihi..

KISAH LUCU: JALI

Cer baca kisah lawak ni. Saya ambil dari group whatsap. Boleh gelak besaq. Hihi..
.
.
Ada sorang nie..salesman vacum cleaner...nama Jali. Sebut jer nama dia semua org kenal..femes sebab jualan dia paling top.

Satu hari tu Jali gi jual vacum umah makcik Bedah. Tok! tok! tok!..Jali ketuk pintu. Makcik Bedah pun buka la pintu...tanya.."Ya, ada apa nak?"

Jali pun tanpa menjawab...zasssss!!! ditaburnya taik kambing atas karpet dlm umah makcik Bedah.

Terkejut ternganga makcik Bedah tgok taik kambing atas karpet..merah padam mukanya. "Nape kamu buat gini nak..rumah makcik niee???" tengking makcik Bedah.

Jali dengan konfiden jawab..."makcik jgn risau ..jgn khuatir. Vacum cleaner saya ada.Kalau dalam masa 5 minit tak cuci dgn vacum cleaner taik kambing ni...saya akan makan sebijik sebijik" jawab Jali.

Makcik Bedah pun tersengih2 tiba2 dan dia terus masuk ke dapur dan kuar semula sambil membawa sudu ngan garpu.

Jali masih eksen kat situ lagi. "Saya dah ckp dah makcik..jgn risau..saya akan makan ..saya mkn kalo tak cuci".

Makcik Bedah dengan selamba kata.."makan laa nak oiii..ari ni api letrik takde kat kampung ni...ni surat TNB..Letrik tak de sampai maghrib hari niee"

Jeng! jeng! jeng!...dan masuk ke bijik yg kedua taik kambing tu ...Jali muntah hijau!

***moral ot the story...jgn over konfiden dlm hidup!

DONUT KAMPUNG MAK JEMAH



[ DONUT KAMPUNG MAK JEMAH - DKMJ ]
.

BAHAN:
Tepung Gandum- 270 gram

Gula biasa- 15 gram

Garam- 4 gram

Yis- 5 gram

Double Action: 1/2 sudu teh

Marjerin- 20 gram

Susu Pekat- 5 gram

Air Sejuk- 150 gram
.

Cara:
1) Sediakan semua bahan.

2) Campurkan semua bahan di dalam mangkuk. Air tidak perlu tuang semua di dalam adunan. Simpan sedikit.

3) Uli tangan sambil tuang air sedikit demi sedikit. Sekiranya doh sudah boleh di kepal. Terus stop tuang air. Uli 15 minit sahaja. Adunan lembik sedikit. Biarkan.

4) Perap adunan selama 30 minit. Lihat gambar adunan selepas 30 minit.

5) Selepas cukup 30 minit. Tabur 1 sudu tepung gandum atas doh. Untuk elakkan melekat di tangan.
6) Uli doh tadi 5 minit lagi.

7) Timbang doh 50 gram dan bulatkan dahulu. Kemudian boleh leperkan menggunakan tangan. Perap adunan 15 minit lagi.

8) Selepas 15 minit. Boleh leperkan sekali lagi dengan perlahan. Selepas itu, boleh buang lubang donut dengan menggunakan nozel yang bersaiz kecil.

9) Bentuk donut akan berkedut sedikit selepas kita buatkan lubang. Tak apa. Biarkan.

10) Perap 5 minit lagi untuk hilangkan kedut akibat donut di tebuk oleh nozel. Jangan risau ya, donut takkan jatuh. Boleh rujuk gambar..donut steady saja walaupun di tebuk. Doh pun makin licin.

11) Selepas itu, donut sudah boleh di goreng. Nak angkat donut memang susah sikit. Sebab akan melekat. Jadi boleh guna spatula untuk angkat donut.

12) Bolehlah mula di goreng dengan minyak sederhana.

13) Selepas itu bolehlah di salut dengan 2 jenis gula iaitu gula biasa dan gula aising.

* Sukatannya; jika 100 gram gula biasa. Gula aising pun 100 gram. Boleh salut apabila donut suam.

* Resepi ini akan mendapat 9 biji donut. Boleh gandakan adunan.

* Resepi ini tidak menggunakan Bread Improver dan Telur.
.

Sedia untuk di hidangkan. Donut Kampung yang akan membuatkan anda terkenang zaman kecil dulu.

Selamat Mencuba..!!
.
.
‪#‎Chepir‬

Wednesday, 27 July 2016

KULIAH HARIAN AKAN BERMULA..

Assalamualaikum..Morning..

Minggu ni masih lagi relaks tanpa kuliah.

In Syaa Allah, minggu depan dengar khabar akan mula kuliah harian. Aduh sedihnya, bila terkenang.

Tak dapatlah dengar lagi kuliah Al-marhum Tuan Guru Haji Salleh. Selalu pukul 8 pagi Tuan Guru akan mulakan kuliahnya. Sebelum tu kuliah anaknya, Sheikh Muslim.

Seronok sangat..di kupaskan satu persatu setiap baris. Tuan Guru akan minta kami menulis dan akan minta kami membaca kembali. Lalu di kupasnya setiap baris tulisan di dalam kitab tu.

Setiap pertanyaan akan di jawab dengan baik. Memang rasa tak puas nak menimba ilmu. Tup-tup dah pun habis masa.

Sebelum balik..saya suka lihat Tuan Guru berjalan masuk ke dalam rumah. Seronok tengok Ulama berjalan. Ulama adalah pewaris Nabi.

Lepas tu barulah saya balik ke rumah atau ke kedai untuk Solat Dhuha dan terus mula kerja.

Itulah...dulu tak nak pulun ngaji. Bila dah tiada baru sedih..baru rasa betapa ruginya..

In Syaa Allah, peluang Allah bagi lagi. Lepas ni, mesti kena pulun mengaji di Pondok. Gurunya kali ni..anak kepada Al-marhum sendiri.

Gambar di bawah ni. Semasa kami mendapat order untuk Sambutan Maulidur Rasul di Pondok. Kami perlu siapkan Roti Benggali yang di slice kan siap-siap untuk di cicah dengan kari.

Kalau tak silap, 2 tahun yang lepas gambar ni. Dah lama sangat jadi memori saya dah pun kurang. Al maklumlah..umurpun makin meningkat. Hihi..

Baik lah kawan-kawan..

Saya nak mula kerja ni. Alhamdulillah, ada yang order Snow Cheese Cake & Cupcake Comel.

Jumpa lagi..Assalamualaikum..


Kotak untuk Roti di sponsor oleh Ayah saya.


Roti Benggali yang sudah kami slicekan.

CERITA LUCU

Pak Imam : Kenapa dengan rambut kamu tu nak?

Anak : Rebonding Pak.

Pak Imam : Rebonding tu apa nak?

Anak : Diluruskan Pak.

Pak Imam : Ouhh , macam tu.
.
Pak Imam pergi ke masjid untuk solat .

Sebelum angkat takbir , Pak Imam pandang ke belakang lalu terfikir untuk mencuba perkataan baru itu.

Mungkin jemaah lain akan respect bila dia berkata perkataan baru itu .

Lalu Pak Imam berkata :

"Rebondingkan Saf anda !!"

Jemaah lain rebah berguling2

😂 ðŸ˜‚ ðŸ˜‚
(C/p: Whatsap)

Tuesday, 26 July 2016

KISAH DI ZAMAN NABI MUSA AS

Pada satu masa dulu..

Ada sorang lelaki tua ni, di zaman Nabi Musa AS. Dia sentiasa sibuk berzikir kepada Allah tetapi mcm terganggu sikit sebab setiap hari dia asyik fikir risau pasal rezeki dia. Hari2 memang rezeki dia ada sebuku roti je.

Pada suatu hari ni, Nabi Musa lalu tempat orang tua tu. Orang tua tu pun fikir ni lah peluang yang terbaik utk dia tanya Nabi Musa untuk tanya Allah SWT tentang rezeki dia.

Dia pun tegur dan beri salam kepada Sayyidina Musa A.S, dan dengan teragak2 dia tanya.

"Oh Nabi Musa, apabila tuan bercakap kepada Allah, bolehkah tuan memohon Allah meningkatkan Rizq saya (rezeki) . Dari dulu sampai sekarang, saya dapat sebuku roti setiap hari. Saya berhajat untuk dapat lebih. Bolehkah saya dapat lebih daripada tu? Jika tuan bertanya kepada-Nya, sesungguhnya pasti Allah akan menjawab permintaan tuan dan memberikan saya lebih"

Nabi Musa pun setuju dan kemudian selepas bertanya, Nabi Musa mendapat jawapan bahawa rezeki yang telah ditetapkan dan ditakdirkan kepada org tua ni memang sebuku roti setiap hari sepanjang hayat dia.

Nabi Musa pun sampaikan kepada orang tua tu apa yang dia diberitahu.

Orang tua itu berasa sungguh gembira. Dia bertepuk tangan dengan gembira. Terkejut dengan tindak balas ini Sayyidina Musa A.S. bertanya kepadanya sebab kegembiraannya. Lelaki itu menjawab, "Jika dah ditakdirkan, maka saya tidak mempunyai apa-apa yang perlu dibimbangkan. Sekurang-kurangnya saya akan sentiasa menerima satu buku roti untuk sepanjang hidup saya!" dan dengan itu dia kembali untuk solat dan ibadat dia.

Setelah beberapa bulan berlalu, ketenangan lelaki itu meningkat dengan pengetahuan bahawa dia tidak perlu risau bimbang tentang rezekinya.

Ini membolehkan beliau memberi tumpuan lebih kepada ibadat dia terhadap Allah, yang menyebabkan dia mempunyai masa yang kurang tumpuan kepada makanan, dan juga kurang masa untuk makan.

Jadi, dari dia memakan satu buku roti sehari, dia hampir tidak berjaya makan separuh roti.

Baki roti tu kemudian diletakkan di satu sudut. Tidak lama kemudian, longgokan di sudut tu mula meningkat, sehingga ia menjadi satu timbunan besar.

Pada satu pagi, ada penggembala yang berjalan melalui kampung tersebut dan berhenti untuk bercakap dengan lelaki tua itu. Dia sedang mencari rumput kering untuk ternakan beliau tetapi tidak berjaya menjumpai apa2 makanan.

Orang tua itu berkata kepadanya: "apa kata kalau kamu bawak roti2 yang terletak dalam timbunan itu, lembutkan semuanya dengan air dan berilah makan kepada haiwan anda!" penggembala tu pun lakukan seperti apa yg dicadangkan orang tua tu dan haiwan ternakan dia pun makan semua roti tu sampai habis.

Untuk tanda berterima kasih kepada org tua tu, pengembala tu memberikan seekor kambing ternakan dan meneruskan perjalanan dia.

Masa berlalu setelah berbulan2 dan bertahun2, dan apabila Sayyidina Musa A.S. melalui lagi kawasan orang tua tu.

Dengan kagum beliau mendapati bahawa tempat orang tua itu tinggal, telah bertukar menjadi sebuah taman.

Ada pokok-pokok buah-buahan tumbuh berhampiran, dan haiwan2 ternakan meragut tidak jauh dari situ.

Terdapat sebuah ladang gandum, dan suasana kesejahteraan. Sayyidina Musa A.S. mendapat tahu bahawa semua ini adalah milik orang tua yang sama.

Nabi Musa pun menjadi hairan, kerana dia tahu apa yang ditulis dalam takdir orang tua itu - sebuku roti sehari - Sayyidina Musa A.S. pergi untuk mengetahui apa yang terjadi.

"Bagaimana ini boleh berlaku? Sebuku roti sehari adalah apa yang tertulis .. namun dia memiliki begitu banyak lagi .."

Jawapannya, sesuatu yang kita semua perlu mengambil iktibar:

Satu buku roti adalah Rizq (rezeki) yang telah ditulis untuk orang tua tu.

Pokok-pokok buah-buahan, binatang ternakan dan ladang tanaman adalah BARAKAH yang datang dari penerimaan apa yang telah tertulis untuk kehidupan dia.

Semua tu adalah ganjaran atas kepercayaan sempurna pada Allah SWT.

Barakah adalah hasil daripada peralihan dalam tumpuan dari apa yang dia mahu, kepada mensyukuri dan menikmati apa yang dia ada sehinggakan walaupun selepas makan seberapa banyak yang dia mahu, dia tetap mempunyai baki. Keperluannya telah menjadi sangat kecil.

Kelimpahan barakah ini diberikan dalam kehidupan orang tua itu disebabkan kemurahan hati dan kesediaan untuk berkongsi apa yang dia ada.

Jadi Rezeki memang ditakdirkan...

Tetapi ..

BARAKAH datang apabila kita bertaqwa kepada Allah SWT, apabila kita bermurah hati dengan apa yang kita ada, apabila kita bersyukur dan apabila kita meletakkan Ibadah & Zikir Allah SWT di atas segala-galanya.

Semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kalangan hambaNya yang bersyukur, taat dan murah & besar hati. AMEEN.

Sila kongsi kisah ini untuk manfaat bersama.
(Copy dari group whatsap).

MOTIVASI SUCCESS

Nasihat dari orang paling kaya di China.

Jack Ma ~ Pengasas www.alibaba.com

Jack Ma berkata, 
"Tolong beritahu anak-anak kamu bahawa dunia berubah setiap hari dan tiada sesiapa akan menunggu bila masa sudah berlalu.

Bila pemetik api dicipta, mancis perlahan-lahan lenyap.

Bila kalkulator dicipta, abakus juga menghilang.

Bila kamera digital direka, jualan negatif filem tidak lagi wujud.

Bila jualan langsung@penjualan secara online meningkat, pemasaran secara tradisional menurun.

Bila smartphone guna 4G
(akses internet tanpa talian) diperkenalkan kpd dunia, kita tidak perlu lagi memasang komputer di rumah.

Bila Wechat dan whatsapp
(mesej teks /suara/video bergerak) dibangunkan, mesej teks tradisional (SMS) tidak lagi sepopular dulu.

Jangan kita tuduh "siapa ambil bisnes siapa." Ia hanyalah disebabkan org lebih cepat menyesuaikan dan mengadaptasi kepada idea baru dan perubahan di dunia.

Ada org bertanya kepada Jack Ma,
"Apakah Rahsia kejayaan kamu" Dia berkata "Sangat mudah...Saya buat (bertindak) semasa kamu hanya memerhati."

Ingatlah dunia berubah setiap hari. Kalau kamu tidak berubah, kamu akan ketinggalan. Kamu Tuai apa yg kamu semai dan Bagaimana Anda Guna MASA yang Ada.

Kalau kamu habiskan masa bergaul dengan orang-orang Berjaya, kamu menjadi seorang yang BERJAYA.

Kalau kamu luangkan masa utk belajar, kamu mungkin beroleh kebijaksanaan.

Kalau kamu luangkan masa utk membaca buku untuk majukan Diri, kamu akan beroleh Peningkatan Diri.

Kalau kamu habiskan masa utk minum, kamu mungkin menjadi seorang pemabuk.

Kalau kamu habiskan masa mengomplen, kamu akan menjadi seorang yg suka menyalahkan.

Kalau kamu luangkan masa untuk mencantikkan diri kamu, kamu mungkin menafikan seorng gadis yg cantik/lelaki yg handsome.

Kalau kamu luangkan masa utk kekal sihat, kamu akan nikmati kehidupan sihat yang baik.

Kalau kamu habiskan masa menjadi seorang yg suka marah-marah, kamu mungkin menjadi org yang tidak disukai orang.

Kalau kamu luangkan masa utk belajar, kamu mungkin beroleh kebijaksanaan.

Kalau kamu habiskan masa dengan keluarga, kamu akan mewujudkan kasih sayang dan perhubungan yg aman dgn orang-orang yangg kamu sayangi.

Beza antara Orang Yang Berjaya dan Tidak ialah Bagaimana Pintarnya Anda Menggunakan Masa.

‪#‎MotivasiSukses‬
(Copy dari group whatsap)