Thursday 17 November 2016

PENYAKIT HATI YAKNI RIAK

Tiga benda besar bagi penyakit hati adalah dengki, riak dan 'ujub.

Jika ketiga ini pun kita tidak boleh tanggani. Maka penyakit hati yang lain pun sukar untuk di ubati.

Semalam saya dah kongsikan tentang dengki.

Kali ini saya hendak kongsikan tentang riak.

Riak ini adalah syirik qhofi yang bermakna syirik tersembunyi.

Biasanya riak ini apabila kita hendak orang berikan kita pangkat.

Supaya kita merasa megah sehinggakan orang segan serta hormat kepada kita.

Ramai yang tidak sedar bahawa perkara yang membinasakan diri kita sendiri adalah kasih kepada kemegahan.

Kadang Allah berikan ilmu yang sedikit untuk kita. Tapi itupun kita hendak riak.

Yang akan membuatkan kita sedar bahwa kita berpenyakit hati yakni riak.

Apabila kita mendalami ilmu agama.

Jika tidak..sampai bilalah kita tidak sedar.

Kerna riak ini tidak sakit tapi membuatkan kita berasa seronok.

Yalah kan...orang sanjung kita..hormat kita...puji kita.

Contohnya terdekat dalam beribadat.

Kita cerita dekat orang bahwa kita rajin beribadat supaya orang kagum dan sanjung kita.

Ada satu kisah di zaman Nabi Muhammad SAW.

Seorang ini mati syahid semasa berperang. Tapi dia di masukkan ke dalam neraka.

Orang ini bertanya kepada Allah kenapa dirinya di masukkan ke dalam neraka.

Sedangkan dirinya mati dalam perang fisabilillah.

Maka berkata Allah.

"Engkau berkehendak bahwa di katakan yang engkau berani dan engkau telah di katakan sedemikian itu".

( Kitab Pelita Penuntut )
.
Kerna itulah kita perlu ikhlas membuat kebaikan untuk Allah.

Sekarang ini zaman ber fb. Kita cerita tentang kejayaan anak..kejayaan dalam perniagaan dan sebagainya.

Sehingga ada yang bercerita tentang dirinya sudah berhijrah.

Kenapa kita perlu buat begitu?

Adakah hendak di sanjung atau di puji?

Ataupun...

Kita menulis pelbagai kisah kejayaan kerna ikhlas memberi semangat supaya semua orang boleh berjaya.

Kita menulis jatuh bangun kita dalam perniagaan kerna kita kasih terhadap rakan-rakan.

Tidak mahu mereka mengikut jejak kita yang telah melakukan kesilapan.

Kita ikhlas hendak mereka berjaya seperti kita.

Kita ikhlas mengajak mereka kembali ke jalan Allah.
.
Persoalan:

Adakah kita benar-benar ikhlas dan yakin tiada riak di hati kita?

Jawapannya ada pada diri kita sendiri.
.

No comments:

Post a Comment