Fermenting box dan chiller sebelah tu dah rosak. Jadi, saya buat simpan botol air. Tak lah berhabuk botolnya letak di luar. Lagi satu nampak kemas tersimpan dalam satu tempat.
Jika bagi orang lain mungkin renyah kena masak air dan isi air dalam botol banyak macam ni. Bagi saya tak lah renyah. Saya kan surirumah. Ada masa terluang.
Lagipun, setiap hari kami ambil botol air dalam ni untuk diminum.
Buat FIFO, jadinya tak lah lama air tersimpan.
Lagipun mudah, bila nak pergi bermusafir. Kami angkut stok air untuk yang pergi dengan kami.
Pernah anak pergi berkelah tak jauh dari rumah dengan rakan-rakan. Terlupa nak bawa air. Jadi anak call minta izin untuk ambil. Memang ibu siap pesan, ambillah banyak bawa ke sana.
Alhamdulillah, setakat ni membantu terutama jika di rumah tak ada air paip selama beberapa hari. Kami masih ada air untuk diminum.
No comments:
Post a Comment