Manjakani dalam botol ni dah siap kisar. Ambil 5 biji manjakani dan basuh bersih kemudian toskan. Bila dah kering, baru sangai kejab dalam kuali.
Kemudian, masukkan biji manjakani tu dalam lesung batu dan tumbuk kasar bagi pecah biji tu. Kemudian, baru masukkan dalam blander kering dan kisar halus. Jika rajin, nak terus tumbuk halus guna lesung batu pun boleh.
Jika nak makan. Ambil secubit pun dah cukup. Memang pahit berdengung lah. Tapi banyak sangat khasiatnya. Baik untuk wanita.
Cara makan, pelbagai yang saya tengok. Ada yang suka campur dalam air dan ada yang campur dalam nasi panas. Macam saya suka campur dalam maajun. Tu pun kena kunyah dan telan cepat.
Jika nak buat air cebok pun boleh. Nanti lapang saya share kan caranya. Nak kena ambil gambar campuran lain untuk di buat air cebok ni. Yang ni saya amalkan sejak anak sulung. Bukan saja dalam pantang. Lepas berpantang pun amalkan juga.
No comments:
Post a Comment