Tuesday, 5 November 2024

ROTI PURI (TIADA YIS)

Bahan:

215 gram- Tepung Gandum

140 gram- Air Biasa

5 gram- Garam

15 gram- Gula

1 st- Minyak Masak

5 gram- Double Action Baking Powder


Cara: 

1) Campurkan tepung gandum, garam, gula, double action dan minyak masak. 

2) Tuang air sedikit demi sedikit sambil uli. 

*Boleh uli menggunakan tangan. Jika uli guna mixer, uli sekejab saja. Tidak perlu uli sampai doh berkilat ataupun licin. Agak doh boleh tarik sikit saja seperti dalam gambar dan doh tidak melekat di tangan. 

3) Bolehlah di buat bulat berapa gram yang di kehendaki (Saya buat tak timbangpun).

4) Siap semua bolehlah di canai sehingga nipis. Tabur tepung untuk mudahkan proses canai. 

5) Setelah minyak di panaskan. Bolehlah mula di goreng sambil di curahkan minyak pada doh.

(Sila lihat video cara goreng)

https://www.facebook.com/share/p/15KKCZdxBy/

6) Toskan minyak dan boleh lah di hidangkan dengan gulai ataupun sambal ikan bilis. 

7) Jika hendak frozenkan. Canai nipis doh dan lapikkan plastik untuk elakkan doh melekat antara satu sama lain. Bila nak makan, keluarkan dan biarkan sebentar sebelum di goreng. 





No comments:

Post a Comment