Perbualan bersama staff satu ketika dulu.
Aminah: Akak, saya selalu dengar orang cakap. Kalau sekali makan donut akak. Mesti akan datang lagi. Dah jadi macam ketagih. Diaorang cakap lembut, gebu dan sedap.
Saya: Aminah, akak nak pesan. Kena ingat sampai bila-bila. Apabila dengar sahaja orang cakap macam tu. Aminah hanya cakap, Alhamdulillah. Syukur pada Allah.
Aminah....
Semua rasa lembut, gebu atau apa sahaja yang baik semuanya datang dari Allah.
Aminah bagi apa saja resepi pada akak. Akak akan goreng dan yakin akan jadi gebu, lembut dan sedap.
Nak tahu sebab apa? Sebenarnya lembut, gebu dan sedap bukan sebab resepi.
Tapi sebab akak minta pada Allah nak donut seperti itu.
Akak ada pengalaman donut yang di goreng tidak gebu dan lembut.
Akak merayu pada Allah selepas solat supaya berikanlah donut akak seperti asal.
Alhamdulillah, Allah kabulkan doa akak. Sejak dari itu baru akak tahu. Donut yang lembut, gebu dan sedap adalah pemberian teristimewa dari Allah untuk akak.
Kerna itu lah, tidak pernah sehari pun akak lupa untuk bersedekah dengan hasil keuntungan menjual donut ini.
>> Alhamdulillah, sekarang ini 34,944 telah kami goreng untuk sebulan.
>> Secara jujur saya cakap. Semua ini saya tidak akan dapat jika Allah tak beri. Niat saya di sebalik perkongsian ini. Supaya kita sentiasa mengaitkan kehidupan kita dengan Allah. Mintalah apa sahaja kepada Allah, nescaya akan Allah makbulkan. Samada cepat atau lambat.
>>Akan tetapi, adat dalam perniagaan. Bermacam ujian dan dugaan akan kita hadapi. Nasihat saya hanya satu. SABAR !!
Cubaan akan ditimpakan oleh Allah kepada seorang hamba sesuai dengan kadar keimanan dan kecintaannya kepada Allah, sebagaimana yang dipertanyakan Sa’ad bin Abu Waqqash ra, “Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berat cubaannya? Rasulullah SAW menjawab, “Para nabi, kemudian orang-orang yang di bawahnya lagi. Seorang hamba akan diuji sesuai dengan kemampuan agamanya, apabila agamanya kuat, maka cubaannya kuat pula, dan jika dalam agamanya terdapat kerapuhan, maka dia mendapat cubaan sesuai dengan kemampuan agamanya. Cubaan tiada hentinya akan mendera seorang hamba hingga membiarkannya berjalan di muka bumi, sedang dia tidak mempunyai suatu dosa pun.” (HR Tirmidzi dinilai shahih oleh Al Albani).
#Chepir
No comments:
Post a Comment