Assalamu'alaikum wbt. Alhamdulillah, menu hari jumaat yang penuh keberkatan di Chepir, Sik ini adalah Nasi Daging Bukhari, daging masak kurma dan air asam.
Memandangkan di rumah ada banyak stok perencah dari jenama Iman yang suami saya selalu dapat. Saya gunalah perencah ini untuk menu hari ini.
First time tau, guna perencah jenama Iman ni. Selalunya saya buat perencah sendiri. Alhamdulillah, memang sedaplah. Next time, kalau nak cepat boleh guna perencah jenama Iman ni.
Beras tu saya guna beras biasa saja dan saya tak ikut sukatan beras dan air yang di beri. Main guna sukatan sendiri saja. Tapi menjadi juga kena dengan selera. Alhamdulillah.
Jemput makan. Bismillah..
No comments:
Post a Comment