Friday 20 November 2015

RESEPI ROTI & BUN

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Di bawah adalah resepi baru saya untuk semua. Resepi ini boleh di pelbagaikan pattern rotinya. Boleh di buat roti manis dan juga bun.

[ RESEPI ROTI & BUN ]

Tepung High Protein- 1000 gram

Yis- 12 gram

Garam-15 gram

Gula-120 gram

Marjerin-100 gram

*Susu Pekat- 50 gram

*Ais kiub-200 gram

*Air-350 gram

(Yang bertanda * perlu timbang dan campurkan sekali dalam satu bekas)

Cara:

1) Masukkan Tepung High Protein, Garam, Gula dan Yis ke dalam bowl.

2) Masukkan pula campuran bahan basah yang bertanda * seperti Susu Pekat, Ais Kiub dan Air ke dalam bowl tadi.

3) Mula-mula guna speed yang paling slow untuk uli dengan sebati sahaja. Kemudian masukkan marjerin. Uli sebati semula.

4) Kemudian terus tukar kepada speed medium sehingga doh elastik dalam 20-25 minit.

5) Keluarkan doh dari bowl dan mula menimbang berapa gram yang di perlukan.

Tips:
5.1) Untuk doh roti manis: Boleh terus timbang dan bulatkan. Selepas itu, boleh terus masukkan ke dalam loyang.

5.2) Untuk bun: Timbang berapa gram yang di perlukan. Dan perap selama 15 minit dahulu. Untuk mengelakkan doh mengecut semasa proses mencanai. Selepas perap 15 minit, barulah boleh canai dan membuat bentuk yang di sukai.

6) Perap sehingga adunan 2 kali ganda dalam anggaran 40 minit (bergantung kepada keadaan cuaca di tempat masing-masing).

7) Sebelum di bakar. Doh boleh di sapu, 10 gram susu tepung yang di campur 25 gram air suam. Sapu di atas doh. Kemudian barulah di letakkan sebarang hiasan. Contohnya, bijan putih.

8) Bakar suhu 160'c atas 164'c bawah bagi oven industri. Bagi oven biasa boleh guna suhu 160'c atas bawah. Untuk makluman: Suhu perlulah mengikut oven masing-masing.

9) Selepas bakar, roti perlukan di sejukkan di atas redai sebelum di packing.

SOALAN SPOT UNTUK EXAM:

1) Kak Jannah, boleh tak guna tepung gandum?

Jawapan: Boleh guna. Tapi hari ke 4 dah mula berderai jika guna tepung gandum sepenuhnya. Melainkan customer beli dan terus makan. Bolehlah guna.

Kalau nak campur pun boleh. 800 gram tepung gandum campur 200 gram tepung high protein.

2) Yis jenama apa nak pakai?

Jawapan: Pakailah yis jenama apapun tak pa. Cuma elakkan Mauripan kerana hari ke 4 dah mula bau
kurang enak dalam packaging kita.

3) Garam kasar ka garam halus nak pakai ni, kak jannah?

Jawapan: Garam halus yang hampa guna nak masak tu la.

4) Gula apa tu kak jannah?

Jawapan: Gula biasa yang hampa duk bancuh ayaq tuuu..

Terus masukkan dalam bowl. Tak perlu nak blander gula bagi halus.

5) Gula castor boleh tak?

Jawapan: Kos tinggilah pulak. Guna gula biasa pun dah cukup.

6) Pakai marjerin apa?

Jawapan: Pakailah marjerin apapun boleh. Cap Pelangi pun boleh. Jangan Cap Hujan dah la. Banjir nanti.

7) Jawapan: Belilah susu pekat yang murah. Nak buat susu pekat sendiri pi google resepi.

Soalan: Eh, belum tanya lagi. Kak jannah dah jawab?

Jawapan: Hahaha..saya tau lah..apa dalam kepala hampa tu..

8) Kak Jannah, ais kiub tu nak tunggu cair dulu ka..baru nak masukkan susu pekat dan air?

Jawapan: Tak payah nak tunggu ais kiub tu cair. Ais kiub yang ketul kecik tu memang di perlukan untuk membuatkan doh dalam bowl sejuk.

Doh yang bagus adalah doh yang apabila di keluarkan dari bowl adalah sejuk.

Jika doh panas bermakna..yis dah mula naik dalam bowl. Sementara nak tunggu timbang dan buat bentuk. Doh mulalah nak mengembang sebab yis dah naik. Sebab tu struktur roti kita berongga.

Bila kita masukkan ais kiub dalam bowl tadi. Doh akan sejuk. Tak sempat yis nak naik. Jadi sempatlah kita nak bulatkan dan buat bentuk.

9) Nak pakai air apa?

Jawapan: Pakai ayaq bertapis lah elok. Sebab jangkahayat sesuatu produk lebih dari sehari.

10) Ooooo...

Jawapan: Tutuplah mulut tu sikit. Kang lalat salah masuk gua..

11) Terima kasih, kak jannah. Esok bagilah resepi donut..hihi..

Jawapan: Banyak cantik..

12) Nak share boleh..

Jawapan: Sharelah hampa. Buat makan-makan untuk family..buat niaga.

13) Kak Jannah..Kak Jannahhh...Bila nak tulis cerita hantu?

Jawapan: Haish..hampa ni. Saya tulis satgi..mulalah hampa nak pi bilik ayaq pun kena teman.

14) Terima kasih, Kak Jannah.

Jawapan: Sama-sama.

# Saya menghalalkan ilmu yang di beri. Mudahan bermanfaat untuk semua.


No comments:

Post a Comment