Friday, 2 December 2016

BAKAL MENIMANG CAHAYA MATA KE 6

Assalamualaikum & Selamat Pagi.

Sudah lama saya tidak menulis di blog.

Berita gembira. Alhamdulillah, saya bakal menimang cahaya mata ke 6.

Ha..memang tak sangka. Kami akan mempunyai anak lagi.

Sebab kami suami isteri bercadang hendak menimang cahaya mata setakat 5 orang saja.

Hendak membesarkan anak yang mana ada.

Di tambah pula saya hendak fokus pada pengajian di Pondok.

Tapi...siapa saya untuk menidakkan kuasa Allah. Kita mampu merancang tapi perancangan Allah yang terlebih baik.

Saya memang tidak menyedari yang saya mengandung tau. Tiada alahan lansung ataupun mengidam.

Saya masih boleh duduk berjam-jam di Pondok Pengajian tanpa rasa loya atau pening.

Ajaibkan kuasa Allah. Dia tahu, saya memang cintakan ilmu dan kitabNya. Kerna itu Allah memudahkan segalanya. Alhamdulillah, apa lagi yang patut di ucapkan selain kalimah ini.

Kandungan 5 bulan baru saya menyedari. Itupun di sebabkan saya sakit di tepi perut kiri dan kanan.

Saya ingatkan sakit buah pinggang. Tetapi, apabila terasa pergerakan di dalam perut. Saya berasa hairan. Eh, takkan saya pregnant.

Jadi, sebelum balik Sungai Petani untuk check dekat Ayah saya yang merupakan seorang Doktor.

Saya trylah check sendiri. Hasilnya positif, mengandung,

Semasa check kandungan. Doktor beritahu, anak sudahpun besar dan aktif sangat bergerak.

Kali ini, Doktor yang check saya bernama Doktor Halimah yakni Doktor Sakit Puan di Hospital Amanjaya Specialist Centre.

Ini kali pertama saya berurusan dengan beliau. Sebelum ini kelima anak saya di Hospital Pakar Metro.

So far, Doktor ini baik, penuh senyuman & lembut tutur bicara.

Hospital Amanjaya Specialist Centre (AMC) pun ok sangat. Layanan dari staff nurse membuatkan hati kita sejuk sangat.

Hmm...nanti saya akan update terkini berkaitan Hospital ini. Mana tau, ada yang bercadang untuk bersalin di Hospital ini.

Ok, sampai di sini saja saya menulis. Saya perlu membuat persiapan untuk pulang ke Sungai Petani. Cuti sekolah sudahpun bermula.

Jumpa lagi, Daa...




Friday, 18 November 2016

ROTI HANGIT

Seorang anak menceritakan:

Setelah sepanjang hari ibu ku melakukan pelbagai kerja yang meletihkan. Ibuku meletak di hadapan ayahku roti bakar, tetapi roti hangit sepenuhnya.

Ayahku menghulur tangan, mengambil cebisan roti sambil tersenyum manis ke arah ibuku.

Kemudian ayahku mengajukan soalan kepadaku, bertanya bagaimana sekolah aku hari itu.

Aku sudah lupa apa jawapan aku padanya. Tetapi yang aku terbayang sampai saat ini, bagaimana aku melihat ayahku menyapu roti dengan butter dan jem, lalu memakannya tanpa bersisa.

Saat aku bangun meninggalkan meja makan aku mendengar ibuku memohon maaf kerana roti hangit ketika dia membakarnya.

Dan aku tidak akan lupa jawapan ayahku terhadap permohon maaf ibuku: "Sayang, jangan risau tentang itu.. Memang terkadang abang teringin makan roti yang dibakar lebih lama sedikit, biar ada rasa hangit sedikit.

Ketika lewat malam, saat aku ingin mencium ayah sambil mengucap selamat malam. Aku bertanya, 
betulkah ayah suka makan roti dibakar sampai hangit."

Ayahku merangkul aku ke dada nya dan berbisik ayat-ayat yang perlu diteliti:

"Anak ku, hari ini ibumu telah melakukan kerja-kerja berat dan ibumu sangat letih.

Lagi pun.. Roti yang dibakar lebih daripada biasa, hatta rentung sekalipun tidak akan membawa kepada mati.

Hidup ini memang penuh dengan kekurangan, tidak ada orang yang sempurna tanpa ada aib.

Kita perlu belajar membiasakan diri menerima kekurangan pada setengah urusan, kita perlu bersikap terbuka dengan keaiban orang lain.

Ini antara perkara penting dalam membina hubungan dan akan menjamin hubungan kekal utuh.

Jangan sampai roti yang hangit sedikit menjadi punca berkecai hati yang baik. Berilah keuzuran kepada orang lain. Abaikan perkara-perkara remeh.

Asyik membantah akan mematikan kelazatan sesuatu perkara.

Sebab itulah pokok yang ditiup angin berterusan akan kehilangan daun dan berguguran buahnya.

Begitulah perumpamaan seseorang yang selalu terdedah kepada kritikan pedas, dia akan menjadi manusia nagetif.

Pujilah kebaikan orang sekeliling kamu, langkauilah kesilapan mereka.

Percakapan yang cantik umpama anak kunci, ia akan menutup mulut tetapi ia membuka hati.
.
.
(C/p: Whatsap)

MAAF DARI KALIAN, MENJADI SEBAB AKU & KALIAN MASUK SURGA

Pada suatu hari, Rasulullah SAW sedang berkumpul dengan para sahabatnya.

Di tengah para sahabatnya, tiba-tiba Rasulullah saw. tertawa ringan sampai-sampai terlihat gigi depannya. Umar r.a. yang berada di di situ, berkata, ‘Demi engkau, ayah dan ibuku sebagai tebusannya, apa yang membuatmu tertawa, wahai Rasulullah?’

Rasulullah SAW menjawab, ‘Aku diberitahu bahwa pada hari kiamat nanti, ada dua orang yang duduk bersimpuh sambil menundukkan kepala mereka "dihadapan" Allah.

Salah satunya mengadu kepada Allah sambil berkata, ‘Ya Rabb, ambilkan kebaikan dari orang ini untukku karena dulu ia pernah berbuat zalim kepadaku’.

Allah SWT berkata, ‘Bagaimana mungkin saudaramu ini bisa melakukan itu, karena tidak ada kebaikan di dalam dirinya?’

Orang itu berkata, ‘Ya Rabb, kalau begitu, biarlah dosa-dosaku dipikul olehnya’.

Sampai di sini, mata Rasulullah SAW berkaca-kaca. Beliau Rasulullah SAW tidak mampu menahan tetesan airmatanya. Beliau menangis.

Lalu, beliau Rasulullah berkata, ‘Hari itu adalah hari yang begitu mencekam, di mana setiap manusia ingin agar ada orang lain yang memikul dosa-dosanya’.

Rasulullah SAW melanjutkan kisahnya.

Lalu Allah berkata kepada orang yang mengadu tadi, ‘Angkat kepalamu..!!'

Orang itu mengangkat kepalanya, lalu ia berkata, ‘Ya Rabb, aku melihat di depanku ada tempat yang terbuat dari emas dan istana-istana yang terbuat dari emas dan perak bertatahkan intan permata.

Istana-istana itu untuk Nabi yang mana, ya Rabb? Untuk orang jujur yang mana, ya Rabb? Untuk syahid yang mana, ya Rabb?’

Allah berkata, ‘Istana-istana itu diberikan kepada orang yang mampu membayar harganya’.

Orang itu berkata, ‘Siapakah yang bakal mampu membayar harganya, ya Rabb?’.

Allah berkata, ‘Engkau mampu membayar harganya’.

Orang itu terheran-heran, sambil berkata, ‘Dengan cara apa aku membayarnya, ya Rabb?’.

Allah berkata...

‘Caranya engkau maafkan saudaramu yang duduk di sebelahmu, yang kau adukan kezalimannya kepada-Ku’.

Orang itu berkata, ‘Ya Rabb, kini aku memaafkannya’.

Allah berkata..

'Kalau begitu, ambil tangan saudaramu itu, dan ajak ia masuk surga bersamamu’.

Setelah menceritakan kisah itu, Rasulullah saw. berkata, ‘Bertakwalah kalian kepada Allah dan hendaknya kalian saling berdamai, sesungguhnya Allah mendamaikan persoalan yang terjadi di antara kaum muslimin’.

Kisah di atas terdapat dalam hadits yang diriwayatkan oleh Imam al-Hakim, dengan sanad yang shahih.

Pekerjaan hati yg nilainya tinggi di hadapan Allah adalah minta maaf, memberi maaf, dan saling memaafkan.

Semoga lelah kita hari ini bernilai ibadah, bermanfaat utk sesama, dan diberkahi Allah dalam menjalani hidup...

Aamiin Ya Robb
.
.
(C/P dari group whatsap)

DOSA MENGUMPAT

Apa itu mengumpat? 

Mengumpat adalah apabila engkau menyebut akan seseorang itu. Jika di dengari oleh orang yang engkau umpat. Dia akan menjadi benci.

Dosa orang yang mengumpat adalah seperti berzina 30 kali dengan satu kali mengumpat.

Kita perlu meminta maaf kepada orang yang kita umpat. Barulah dosa kita di ampunkan.

Jelas tak? 

Sekarang ni saya sedang belajar bab mengumpat di dalam kitab Pelita Penuntut.

IKAN MASIN



Alhamdulillah, dah kering betul ikan masin ni.

Seperti yang saya janjikan. Saya berikan resepinya.

Minta maaf tau. Sebab sayapun baru first time buat. Kalian lebih mahir lagi.

Bahan:

Ikan di bersihkan (Ikan apapun tak pa. Jangan ikan hat anak duk buat mainan tu dah la).

Garam halus

Air

Cara:

1) Saya rendam ikan selama seminggu dalam air garam.

Sukatan garam:

-Setengah dari timbangan ikan. Maknanya, jika timbang ikan 200 gm. Garam letak 100 gm saja.

-Garam tu goi ikan. Selebihnya letak dalam bekas berisi ikan tu.

-Kemudian boleh tuang air dalam bekas ikan. Air tu agak-agak boleh apuih ikan tu.

-Masa ni saya letak dalam peti sejuk. Air garam makin lama makin likat dan garam meresap dalam ikan.

2) Kemudian boleh jemur selama seminggu.

-Sebelum jemur tu. Sapu minyak sikit dekat badan ikan. Bahagian luar dan dalam ikan. Untuk elakkan lalat hurung ikan.

-Sekarang ni musim hujan. Jadi selama 2 hari saya jemur dalam peti sejuk. Lagi 3 hari jemur di luar rumah.

Cara jemur ikan dalam peti sejuk:

Letak ikan atas tray. Biarkan dalam peti sejuk. Tak perlu tutup tray tu.

In Syaa Allah, memang peti sejuk tu takkan bau hanyir ikan. Mungkin sebab garam yang banyak dan meresap dalam ikan. Jadi tak berbau.

3) Selepas kering. Barulah boleh di goreng.

*Apuih-tutup
*Goi-gaul

In Syaa Allah, nanti saya nak buat lagi ikan masin. Kali ni, cara lain dari yang saya bagi kat atas. Bila siap. Saya tunjuk na.
.

JANGAN BIARKAN IBU BERSEDIH

Hari ini Ibu bercuti. Bolehlah Ibu melawat anak-anak Ibu di Tahfiz. 
Anak-anak paling risau jika Ibu bersedih.
Setiap kali selepas solat berjemaah bersama ketika anak-anak pulang bercuti.
Ayah akan berikan tazkirah ringkas untuk kami. Betapa wajibnya mengembirakan hati Ibu.
"Doa Ibu cukup mustajab. Jangan biarkan Ibu bersedih. Jika Ibu tidak redha terhadap kamu. Semua kerja buat kamu tidak lagi bermakna".
Di sebabkan itulah, anak-anak jika buat salah pada Ibu.
Mereka tidak bertangguh untuk minta maaf.
Sambil mencium dahi mereka. Ibu akan berkata.
"Ibu maafkan seikhlas hati Ibu. Ibu sayang kamu.." Mata anak pasti berlinang dengan air mata.
.
.
Bagi rakan-rakan yang masih mempunyai insan bernama Ibu.
Jika kalian berada di dalam kesusahan dan kesedihan. Pergilah menghubungi Ibu kalian untuk memohon kemaafan dan mintalah Ibu kalian berdoa agar segala urusan kalian di permudahkan oleh Allah SWT.
.
.
Ibu teringat lagi. Apabila anak-anak Ibu di Tahfiz akan memasuki pertandingan. Mereka akan menghubungi Ibu beberapa minggu sebelum pertandingan, 4 hari sebelum pertandingan dan pagi sebelum pertandingan.

Hanya satu pinta mereka.
Agar Ibu dapat berdoa supaya anak-anak Ibu dapat melakukan dengan baik dalam pertandingan dan segala urusan mereka di permudahkan oleh Allah SWT.
Dan...
MasyaAllah, dengan izin Allah. Doa Ibu mustajab.
Anak-anak pasti akan balik dengan membawa piala kemenangan.
.

KHATIB CILIK-MUHAMMAD FATHILLAH BIN YUSRI



Terjumpa keratan akhbar tahun 2009 di Stadium Alor Setar ketika seorang anak kecil (7 tahun) yang di beri gelaran khatib cilik di jemput untuk membaca khutbah di pentas bersama Allahyarham Dato' Dr. Haron Din.

Teringat Allahyarham Dato' bertanyakan cita-cita si khatib cilik ni. Petah dia berkata. Hendak jadi Doktor yang Hafiz Al-Quran.

Allahyarham Dato' bertanya lagi. Sebab apa nak jadi Doktor? Si kecil jawab. "Fathillah nak bantu orang islam yang kena tembak..kena bom". Dato' terus peluk dan mencium dahinya.

Lepas seorang..seorang lagi ulama yang mendoakan dirinya untuk menjadi Al Hafiz pergi meninggalkannya.

Semua umat Islam bersedih dengan pemergian murabbi, Allahyarham Dato' Dr. Haron Din termasuk kami sekeluarga.

Selamat tinggal murabbi ummah. Engkau tetap di hati kami selamanya.

CABARAN ANAK 10 JUZUK

Cabaran bagi ibu bapa yang anak sudah melepasi 10 juzuk.

Anak ini akan minta untuk di keluarkan dari tahfiz.

Dulu kami hanya mendengar Biras yang membuka tahfiz bercerita pengalamannya handle anak muridnya.

Kemudian bila jadi dekat anak sendiri. Baru tahu.

Sebab bila sudah 10 juzuk. Anak di tahfiz kena mengulang semula bacaannya.

Masa tu anak ni akan rasa down sebab kena mengulang. Dah tengah laju menghafal. Kena mengulang pulak.

Kadang anak ni akan di beri ujian jatuh sakit..malas..kuat tidur dan sebagainya.

Sebenarnya, jika mengulang bagus untuk menguatkan lagi ingatannya dalam menghafal.

Muhammad Fathillah Al Hafiz pun macam tu lah dulu. Sebulan dia jatuh sakit bila dah 10 juzuk.

Tapi, syukur biras dah pesan awal.

Jadi kami bagi semangat. Dia teruskan. Akhirnya, mendapat anugerah huffaz termuda dalam usia 13 tahun.

Jika ibu bapa tewas. Ikut anak. Keluarkan juga dari tahfiz. Kesian dekat anak tau.

Jika anak teruskan juga. Selepas tu dia akan makin cintakan Al-Quran.

Balik baru ni. Ammar mula bersuara.

"Ayah..ada kawan Ammar dah keluar dari Tahfiz bila 10 juzuk..".

Sebelum dia menghabiskan kata. Kami memberi semangat.

Sebab boleh agak apa ayat seterusnya. Hihi..

(Ammar pernah mendapat Anugerah Pelajar Cemerlang kerana kepantasannya menghafal Al-Quran. 
Ammar sekarang sedang mengulang).
.
"Ammar..mulianya seseorang jika Al-Quran di dalam dadanya". Nasihat ayahnya.
.
Mula-mula Fathillah..kemudian Ammar. Selepas ini, kena berdepan dengan Solleh pulak. Sebab dia bakal mengikut jejak abangnya.
.
Hai anak...tahu kah kamu. Allah akan pakaikan Ibu mahkota di Syurga jika kamu menghafal Al-Quran.

Tak nak kah tengok Ibu bahagia masa tu?
.
Hai anak..tahukah. Kamu boleh berikan syafaat kepada orang di sekeliling kamu. Jika kamu menghafal Al-Quran.

Tak nak kah bantu kami di akhirat nanti?
.

IKAN PEKASAM





Alhamdulillah, menjadi juga ikan pekasam ni. Terima kasih kepada semua kawan saya yang sudi ajar saya. Memang ranggup ikan ni bila di goreng.

Seperti yang di janjikan. Ini resepinya.
.
Bahan:

Ikan tawar

Garam

Beras yang di goreng perang dan di blander sederhana halus

Asam keping
.
Cara:

1) Ikan di siang dengan bersih.

2) Toskan ikan yang di basuh bersih.

3) Lumur ikan dengan garam. Sukatan garam 10% dari timbangan ikan.

4) Perap 3 hari ( saya perap dalam peti sejuk ).

5) Selepas melalui proses perapan, bolehlah di cuci sekali lagi dengan air dan toskan.

6) Kemudian bolehlah di lumurkan dengan beras goreng yang telah di blander.

7) Mulai susun ikan yang di lumurkan di dalam balang. Kemudian letak asam keping sebanyak 2 keping. Susun semula ikan di atas lapisan pertama tadi di ikuti dengan asam keping. Begitulah seterusnya sehingga habis. Baki beras yang ada boleh di taburkan di bahagian atas sekali.

8) Perap kali kedua selama 14 hari di luar (bukan di dalam peti sejuk).

9) Selepas matang. Bolehlah di goreng.

Selamat mencuba !

KISAH SEORANG KANAK SEMASA THOWAF

Di zaman para arifin.

Ada seorang anak kecil yang di bawa oleh orang tuanya untuk melaksanakan ibadah haji.
Ketika ia di bawa..

Setiap putaran thowaf dan sampai kepada hajar aswad anak ini menjerit jerit dan pengsan. Di putaran kedua...ketiga...sama seperti itu.

Anak itu selalu menjerit-jerit dan pengsan.

Hingga orang tuanya tidak bisa menyelesaikan thowafnya.

Lalu oleh orang tuanya...anak ini di bawa kepada seorang alim di mekah pada saat itu dan orang tuanya berkata..

"Wahai syeikh...saya tidak bisa menyelesaikan ibadah haji saya jika anak saya terus seperti ini. Tolong beri saya nasihat..kerna setiap kali thowaf..anak saya melihat ke langit..ia menjerit dan pengsan".

Orang 'alim ini lalu bertanya pd orang tua nya "Apa yang kau berikan pada anakmu ini?".

Lalu orang tuanya menjawab..."Saya ajarkan ia ilmu agama...saya juga menjaga apa yang ia makan sehingga saya menanam sendiri semua kebutuhan makanan untuk anak saya...kerna saya tak mahu memasukan sesuatu yg syubhat apalagi yang haram kepada tubuh anak ku ini".

Syeikh itu berkata, "Cuba kamu beli kurma 1/2 kg di pasar..lalu kau curi 1 buah kurma".

Orang tuanya tak mau...tapi syeikh itu berkata lagi.."Jika engkau menginginkan nasihat dari ku maka lakukanlah..jika tak mau tak apa-apa".

Orang tua itu mengiyakan dan berangkat ke pasar. Lalu syeikh menanyakan mana kurma yang ia beli dan mana yang ia curi.

Lalu syeikh memasukan kurma 1 buah hasil curian itu kepada mulut anaknya.

Orang tuanya marah...dan syeikh itu berkata..."Cuba ajak anakmu lagi thowaf dan selesaikan ibadah haji kalian" .

Orang tua itu berangkat dan anaknya tidak lagi menjerit dan pengsan ketika thowaf..sehingga ia bisa menyelesaikan ibadah haji nya. Lalu kembali menemui syeikh.

Syeikh bertanya bagaimana dgn ibadah hajimu wahai fulan?

Orang tua itu menjawab,

"Alhamdulillaah lancar hingga selesai".

Lalu syeikh berkata,

"Seharusnya engkau tidak berkata alhamdulillaah...tapi harusnya Innalillaah...kerana anakmu seperti itu..ia menatap langit ketika thowaf lalu menjerit dan pengsan...itu terjadi kerna anakmu melihat berjuta juta malaikat ikut thowaf di sana...Allah membuka arsy dan alam malakut utk ia saksikan sehingga ia menjerit dan pengsan. Hanya karena 1 butir kurma haram. Allah putuskan ikatan ia dengan Allah sehingga ia tak dapat lagi melihat alam malakut tersebut".

Ya Allah....sudah berapa banyak makanan yang syubhat atau mungkin yang haram yang tak sengaja termakan dan masuk ke dalam tubuh kita?

Tidak hairan jika hubungan kita dengan Allah selalu terhijab kerna adanya hal syubhat di dalam tubuh kita. Astaghfirullaaahal 'adziim.

Petikan tausiyah Ustaz Quraisy Baharun senin kelmarin.
(Copy paste dari group whatsap family).

PENYAKIT HATI YAKNI DENGKI

Takut sangat hari ini. Bila belajar bab penyakit hati di dalam kitab pelita penuntut.

Ya Allah..mudahan kita tidak tergolong dalam kalangan manusia begini.

Rupanya..orang yang mempunyai penyakit dengki ini.

Dia bukan saja akan mendapat seksaan di akhirat.

Tetapi di dunia lagi dia terseksa.

Mengapa?

Kerna dia dengki akan nikmat ilmu, harta atau kemegahan yang di berikan Allah kepada manusia lain.

Dia tidak senang. Dia rasa terseksa melihat kesenangan dan kegembiraan orang lain.

Sehingga seksaan di hatinya tanpa di sedari berkekalan di dunia hingga matinya.

Tidurnya tidak lagi lena...

Memikirkan bagaimana hendak menjatuhkan manusia lain.

Padahal, manusia yang di dengki itu. Tidur malamnya lena kerna mensyukuri nikmat pemberian dari Allah swt.

Tidak sempurna iman seseorang. Jika dia tidak mengasihi insan lain sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri.

Kadangkala kita sibuk mencari ilmu hatta ilmu agama sekalipun. Tapi kita lupa untuk membersihkan hati kita terlebih dahulu.

(Kitab Pelita Penuntut)
.
Mengapa kita perlu menjadi seperti begini yang terseksa hingga ke mati.

Sedangkan rezeki yang di berikan Allah sudah pun tertulis.

Rezeki kita tidak akan menjadi rezeki orang lain.

Rezeki orang lain tidak akan menjadi rezeki kita.

Nasi yang hampir di suap ke dalam mulut. Tidak akan menjadi kekeyangan kita. Jika sudah tertulis. 
Nasi itu milik anak kita.

Ikan yang di kail tidak akan memenuhi baldi kita. Jika sudah tertulis jorannya terlepas dari tangan kita.

Permata di celahan batu di tepian pantai. Akan menjadi milik kita. Jika sudah tertulis ia milik kita.

Renung-renungkan lah..
.

PENYAKIT HATI YAKNI RIAK

Tiga benda besar bagi penyakit hati adalah dengki, riak dan 'ujub.

Jika ketiga ini pun kita tidak boleh tanggani. Maka penyakit hati yang lain pun sukar untuk di ubati.

Semalam saya dah kongsikan tentang dengki.

Kali ini saya hendak kongsikan tentang riak.

Riak ini adalah syirik qhofi yang bermakna syirik tersembunyi.

Biasanya riak ini apabila kita hendak orang berikan kita pangkat.

Supaya kita merasa megah sehinggakan orang segan serta hormat kepada kita.

Ramai yang tidak sedar bahawa perkara yang membinasakan diri kita sendiri adalah kasih kepada kemegahan.

Kadang Allah berikan ilmu yang sedikit untuk kita. Tapi itupun kita hendak riak.

Yang akan membuatkan kita sedar bahwa kita berpenyakit hati yakni riak.

Apabila kita mendalami ilmu agama.

Jika tidak..sampai bilalah kita tidak sedar.

Kerna riak ini tidak sakit tapi membuatkan kita berasa seronok.

Yalah kan...orang sanjung kita..hormat kita...puji kita.

Contohnya terdekat dalam beribadat.

Kita cerita dekat orang bahwa kita rajin beribadat supaya orang kagum dan sanjung kita.

Ada satu kisah di zaman Nabi Muhammad SAW.

Seorang ini mati syahid semasa berperang. Tapi dia di masukkan ke dalam neraka.

Orang ini bertanya kepada Allah kenapa dirinya di masukkan ke dalam neraka.

Sedangkan dirinya mati dalam perang fisabilillah.

Maka berkata Allah.

"Engkau berkehendak bahwa di katakan yang engkau berani dan engkau telah di katakan sedemikian itu".

( Kitab Pelita Penuntut )
.
Kerna itulah kita perlu ikhlas membuat kebaikan untuk Allah.

Sekarang ini zaman ber fb. Kita cerita tentang kejayaan anak..kejayaan dalam perniagaan dan sebagainya.

Sehingga ada yang bercerita tentang dirinya sudah berhijrah.

Kenapa kita perlu buat begitu?

Adakah hendak di sanjung atau di puji?

Ataupun...

Kita menulis pelbagai kisah kejayaan kerna ikhlas memberi semangat supaya semua orang boleh berjaya.

Kita menulis jatuh bangun kita dalam perniagaan kerna kita kasih terhadap rakan-rakan.

Tidak mahu mereka mengikut jejak kita yang telah melakukan kesilapan.

Kita ikhlas hendak mereka berjaya seperti kita.

Kita ikhlas mengajak mereka kembali ke jalan Allah.
.
Persoalan:

Adakah kita benar-benar ikhlas dan yakin tiada riak di hati kita?

Jawapannya ada pada diri kita sendiri.
.

KISAH SEORANG KANAK SEMASA THOWAF

Di zaman para arifin.

Ada seorang anak kecil yang di bawa oleh orang tuanya untuk melaksanakan ibadah haji.

Ketika ia di bawa..

Setiap putaran thowaf dan sampai kepada hajar aswad anak ini menjerit jerit dan pengsan. Di putaran kedua...ketiga...sama seperti itu.

Anak itu selalu menjerit-jerit dan pengsan.

Hingga orang tuanya tidak bisa menyelesaikan thowafnya.

Lalu oleh orang tuanya...anak ini di bawa kepada seorang alim di mekah pada saat itu dan orang tuanya berkata..

"Wahai syeikh...saya tidak bisa menyelesaikan ibadah haji saya jika anak saya terus seperti ini. Tolong beri saya nasihat..kerna setiap kali thowaf..anak saya melihat ke langit..ia menjerit dan pengsan".

Orang 'alim ini lalu bertanya pd orang tua nya "Apa yang kau berikan pada anakmu ini?".

Lalu orang tuanya menjawab..."Saya ajarkan ia ilmu agama...saya juga menjaga apa yang ia makan sehingga saya menanam sendiri semua kebutuhan makanan untuk anak saya...kerna saya tak mahu memasukan sesuatu yg syubhat apalagi yang haram kepada tubuh anak ku ini".

Syeikh itu berkata, "Cuba kamu beli kurma 1/2 kg di pasar..lalu kau curi 1 buah kurma".

Orang tuanya tak mau...tapi syeikh itu berkata lagi.."Jika engkau menginginkan nasihat dari ku maka lakukanlah..jika tak mau tak apa-apa".

Orang tua itu mengiyakan dan berangkat ke pasar. Lalu syeikh menanyakan mana kurma yang ia beli dan mana yang ia curi.

Lalu syeikh memasukan kurma 1 buah hasil curian itu kepada mulut anaknya.

Orang tuanya marah...dan syeikh itu berkata..."Cuba ajak anakmu lagi thowaf dan selesaikan ibadah haji kalian" .

Orang tua itu berangkat dan anaknya tidak lagi menjerit dan pengsan ketika thowaf..sehingga ia bisa menyelesaikan ibadah haji nya. Lalu kembali menemui syeikh.

Syeikh bertanya bagaimana dgn ibadah hajimu wahai fulan?

Orang tua itu menjawab,

"Alhamdulillaah lancar hingga selesai".

Lalu syeikh berkata,

"Seharusnya engkau tidak berkata alhamdulillaah...tapi harusnya Innalillaah...kerana anakmu seperti itu..ia menatap langit ketika thowaf lalu menjerit dan pengsan...itu terjadi kerna anakmu melihat berjuta juta malaikat ikut thowaf di sana...Allah membuka arsy dan alam malakut utk ia saksikan sehingga ia menjerit dan pengsan. Hanya karena 1 butir kurma haram. Allah putuskan ikatan ia dengan Allah sehingga ia tak dapat lagi melihat alam malakut tersebut".

Ya Allah....sudah berapa banyak makanan yang syubhat atau mungkin yang haram yang tak sengaja termakan dan masuk ke dalam tubuh kita?

Tidak hairan jika hubungan kita dengan Allah selalu terhijab kerna adanya hal syubhat di dalam tubuh kita. Astaghfirullaaahal 'adziim.

Petikan tausiyah Ustaz Quraisy Baharun senin kelmarin.
(Copy paste dari group whatsap family).

Wednesday, 12 October 2016

KEADAAN HARI KIAMAT

Bila langit itu terbelah.
Dan apabila bintang-bintang itu tertebaran.
Dan bila lautan-lautan itu di percampurkan.
Dan apabila kuburan itu di bongkarkan (yakni orang dalam kubur akan di bangkitkan kembali).
Nescaya, mengetahuilah masing-masing diri akan apa-apa yang di dahulukannya (perbuatan yang telah di buat pada masa hidup) dan di takhirkannya (perkara yang belum sempat di buat).
(Surah Al-Infitar: Ayat 1-5)
.
.
Inilah yang pasti akan berlaku terhadap kita semua.
Pada masa kejadian..tidak sempatlah kita fikir untuk snapkan gambar keadaan hari kiamat untuk di viralkan di fb.
Seperti mana yang kita lakukan sekarang (sehingga kadangkala perbuatan kita mengundang pelbagai perkara negatif).
.
Pada hari kiamat. Keadaan huru hara sehingga kita lupa orang kesayangan yang masing-masing lari menyelamatkan diri.
Tiada lagi suami atau isteri..yang di kasihi....
Tiada lagi anak-anak..yang di sayangi....
Tiada lagi ayah dan ibu yang di hormati....
.
Bila lautan-lautan itu di percampurkan. Beberapa proses akan berlaku:
Proses 1: Lautan di campurkan yakni air tawar dan air masin.
Proses 2: Bila di campurkan akan keluar wap.
Proses 3: Kemudian keluarlah api.
Proses 4: Selepas terpadamlah api dan mula kering. Akan terjadilah hamparan luas.
.
Bersediakan kita untuk melalui hari kebangkitan?
Sudah cukupkah amalan kita di dunia ini?
Sudah puaskah kita sujud kepadaNya?
.
Sedangkan kita masih banyak bergelak ketawa....
Walaupun kita sedar..bumi kita sudah tua.
Masa semakin pendek.
Cuaca tidak seceria sepertimana zaman kecil kita.
Kejahatan bermaharajalela sehingga membuatkan kita dalam ketakutan.
Peperangan berlaku di mana-mana.
.
Sebelum pintu taubat tertutup buat selamanya.
Marilah kita sama-sama bersujud dan memohon keampunan padaNya.
Marilah kita perbaiki ukhwah kita sesama manusia.
Marilah kita menjadi hamba Allah yang beriman dan bertakwa kepadanya.
Marilah kita....
Marilah kita....
.

BERDIAM DIRI..

Bila kita ada membuat salah dan di kecam hebat.
Kita sedar salah tersebut, menyesali dan bertaubat.
Kita memilih untuk berdiam diri.
Allah akan tempatkan kita di syurga yang rendah.
.
Bila kita tidak membuat salah.
Tapi kita di fitnah.
Kita di kecam.
Kita mampu untuk menerangkan perkara tersebut.
Tapi kita memilih untuk berdiam diri.
Allah akan tempatkan kita di syurga yang tinggi.
.
.
Bukan kita tidak mahu untuk menerangkan perkara tersebut.
Samada kita betul atau salah.
Tapi kita memilih masa yang sesuai.
Di saat semuanya sudah sejuk.
.
Setiap kita melakukan kesalahan. Tapi seringkali kita senang menghukum kesalahan orang lain.
Kita lupa...
Kita punya kesalahan yang masih di sembunyikan aibnya oleh Allah.
.

Thursday, 28 July 2016

POST GAMBAR PRODUK


Tak perlu risau untuk post gambar produk. Asalkan niat kita untuk menjual.
Ini yang saya belajar semasa menadah Kitab Pelita Penuntut.
Di bawah posting kita tulislah ayat yang menunjukkan kita menjual.
Terima kasih kepada yang selalu berkongsi resepi percuma. Kalian berniat baik kerana tahu tidak semua mampu untuk menyediakan bayaran untuk kelas.
Terima kasih juga kepada guru yang sudi berkongsi ilmu berbayar. Sudah tentu bayaran itu adalah untuk menampung pelbagai kos saraan juga kos sewa kedai, staff dan lain-lain.
Sedangkan Imam Syafie pun pergi berguru pasti akan bertanyakan bayaran upah untuk menimba ilmu kepada guru-gurunya terlebih dahulu.
Katakanlah sesuatu yang baik kerna ia melambangkan peribadi diri yang luhur.
Ingat Allah banyak-banyak dalam setiap perbuatan dan kata bicara samada melalui santapan di bibir ataupun tinta yang indah.
Bak kata Tuan Guru semasa saya menadah Kitab Fekah.
"Kita belajar bukan untuk diri kita atau keluarga kita sahaja. Tapi untuk orang ramai. Jangan risau, jika kita tegur orang tak mahu terima..tak mahu dengar. Tanggungjawab kita di sisi Allah sudahpun selesai".
Saya menulis kerna Allah. Mudahan Allah mengampuni dosa-dosa kita. Amin Robbal 'Alamin.
.
Roti Arab Wholemeal

KISAH IMAM AHMAD, PENJUAL ROTI DAN ISTIGHFAR

Suatu ketika Imam Ahmad bin Hanbal pergi bermusafir lalu apabila malam menjelma beliau singgah di sebuah masjid dalam satu perkampungan bertujuan merehatkan badannya.

Namun penjaga masjid itu tidak mengenali Imam Ahmad. Penjaga masjid itu tidak membenarkan beliau berehat di masjid itu walaupun beberapa kali diminta dan dirayu oleh Imam Ahmad.

Imam Ahmad akur lalu beliau beredar dari masjid tersebut. Sampai di luar masjid Imam Ahmad bertembung dengan seorang penjual roti yg sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

Si penjual roti menegur Imam Ahmad dan mereka berbual seketika. Setelah mengetahui kisah Imam Ahmad tidak dibenarkan berehat di masjid, penjual roti itu lantas mengajak dan mempelawa Imam Ahmad untuk bermalam di rumahnya.

Sampai sahaja di rumah si penjual roti melayan Imam Ahmad selayaknya sebagai seorang tetamu. Dihidangnya makan dan minum dan berbual seketika tanpa dia mengetahui bahawa tetamunya itu seorang imam yg hebat iaitu Imam Ahmad bin Hanbal. Selepas itu si penjual roti menunjukkan tempat tidur utk Imam Ahmad berehat dan dia pun meminta diri kerana perlu menyiapkan rotinya yg akan dijual keesokan hari.

Imam Ahmad memerhatikan sahaja si penjual roti yg berhati mulia itu melaksanakan pekerjaannya dari awal hingga dia siap membakar rotinya. Suatu perkara yang menarik perhatian Imam Ahmad, sepanjang melakukan pekerjaan membuat roti itu si penjual roti tidak putus melafazkan istighfar di bibirnya. Sementara tangan si penjual roti ligat membuat kerja, bibirnya pula dibasahkan dengan istighfar tanpa henti dan tanpa jemu.

Lantas Imam Ahmad bertanya kepada si penjual roti:

"Aku melihat engkau melaksanakan pekerjaanmu sambil melafazkan istighfar tanpa henti. Apakah sudah lama engkau mengamalkan yang sedemikian? Apakah pula hasilnya yg engkau dapat?"

Jawab si penjual roti:

"Itulah amalan ku (istighfar) telah sekian lama aku lakukan tanpa henti dan tanpa jemu."

"Dan faedah yg aku dapati daripada amalan ku itu, tiada satu pun doa yg aku pohon kepada Allah melainkan akan diperkenankan oleh-NYA. Melainkan satu sahaja hajat dan doa ku yg masih belum Allah berikan."

"Apakah hajat mu yg belum diperkenankan Allah itu?" tanya Imam Ahmad lagi.

Jawab si penjual roti:

"Aku sangat berhajat utk bertemu dengan imam yg hebat di zaman ini iaitu Imam Ahmad bin Hanbal."

Terkejut dan terkedu Imam Ahmad mendengar jawapan si penjual roti. Lantas beliau berkata: 

"Rupanya ini semua perancangan Allah yg sgt hebat. Saya tidak dibenarkan berehat di masjid kerana untuk datang ke sini demi memenuhi doa dan permintaan mu."

"Apakah maksud mu wahai tetamu aku muliakan?" tanya si penjual roti dgn penuh kehairanan.

"Akulah Imam Ahmad bin Hanbal yg kau doa dan pohon pada Allah utk bertemu." jawab Imam Ahmad dengan linangan air mata.

Subhanallah...

Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud:

"Barangsiapa memperbanyak istighfar (mohon ampun kepada Allah), nescaya Allah menjadikan baginya pada setiap kesedihannya jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada kelapangan dan Allah akan memberinya rezeki (yang halal) dari arah yang tiada disangka-sangka.”

(HR. Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Majah)

BERKATNYA MENGADAP KIBLAT

Ketika anak-anak masih bersekolah. 
Saya cukup gemar meminta anak menyiapkan kerja sekolah atau mengulangkaji pelajaran dengan mengadap kiblat.
Tak tahulah sebab apa..
Ketika itu, saya tu hanya fikir..
Jika kita hendak solat, mengaji dan berdoa kena mengadap kiblat.
Apa salahnya, jika anak-anak mengulangkaji pelajaran pun mengadap kiblat.
Ini kisah 9 tahun yang lepas. Anak-anak saya pun sudah besar remaja.
Dan bagi yang baru mengikuti kisah anak-anak saya.
Anak-anak saya hampir kesemuanya menghafaz Al-Quran dan ada yang sudah menamatkan 30 juzuknya. Alhamdulillah.
Setelah sekian lama..
Barulah saya tahu..
Mengapa perlu mengulangkaji pelajaran dengan mengadap kiblat.
Saya akan kongsikan di bawah.
Kisah ini saya dapat semasa menadah Kitab Pelita Penuntut.
Sama-samalah kita hayati bersama.
Di riwayatkan bahawasanya, terdapat dua lelaki yang menuntut ilmu fekah.
Setelah beberapa tahun. Kembalilah mereka ke kampung halaman.
Tapi..bila balik, hanya seorang sahaja yang alim fekah dan seorang lagi tidak.
Jadi, ulama-ulama fekah yang lain tertanya-tanya.
Kenapa kedua mereka pergi menuntut ilmu di tempat yang sama. Tapi seorang saja yang alim.
Merekapun bertanya kepada kedua-dua lelaki tersebut tentang kelakuan mereka di sana.
Rupa-rupanya, lelaki yang alim fekah ini ketika mengulang-ngulang bacaannya. Dia gemar mengadap arah kiblat.
Manakala, seorang lagi pula membelakangkan kiblat.
Maka bersetujulah ulama-ulama fekah yang lain.
Bahawasanya, lelaki yang alim fekah itu menjadi alim fekah kerana berkatnya mengadap kiblat.
Jadi, kepada Ibu & Bapa di luar sana. Marilah sama-sama kita membantu anak-anak untuk mendapatkan keberkatan dalam menuntut ilmu.
Semoga bermanfaat untuk semua.
.
.
Jangan lupa tau. Malam ni, sebelum tidur. Kita Solat Sunat Taubat dulu. 
Tidurlah awal. Agar kita boleh bangun untuk Tahajjud bersama-sama.
Jumpa lagi. Assalamualaikum.
#KeluargaIbuJannah #KeluargaAlHafiz

TIPS SEMASA MENGANDUNG: NASIHAT LUQMAN UNTUK ANAKNYA - SIRI 1


Sejak kebelakangan ini di wall fb terpapar gambar anak-anak kepada rakan yang baru lahir.

Tersenyum saya..

Alhamdulillah..mereka adalah amanah Allah untuk kita. Jagailah dan didiklah mereka berlandaskan ajaran Islam.

Teringat bilamana saya di sahkan mengandung.

Kami banyak berjumpa dengan Orang Alim untuk meminta petua berupa nasihat untuk anak dalam kandungan sehingga di lahirkan.

In Syaa Allah..saya akan kongsikan berperingkat dalam penulisan saya.

Salah satunya..Nasihat Luqman Untuk Anaknya.

Saya akan meletakkan walkman yang di rakam suara suami yang membaca Nasihat Luqman tersebut.

Saya akan meletakkan di perut..kadang di sisi saya ketika berbaring. 
Tidak pernah seharipun saya terlepas moment indah ini. Berkali-kali saya on kan walkman tersebut dalam sehari.

Selepas bersalin. Saya akan meletakkan walkman tersebut tidak jauh dari bayi saya (memperlahankan volume). Agak yang anak kita boleh dengar.

Nasihat ini bagaikan kita sudah tanamkan kepada mereka sejak kecil.

Percaya tak..selepas 13 tahun berlalu.

Anakanda saya Muhammad Fathillah memberitahu kami.

Dia masih ingat nasihat Ayah kepadanya.

Terkejut kami..

Subhanallah..

Tidak terjangkal dek akal..tetapi kuasa Allah mengatasinya.

Saya gemar membaca nasihat Luqman yang indah ini.

Menusuk di kalbu..memberi sebuah erti dari kita untuk mereka.

Marilah kita sama-sama hayatinya.
.
.
Didalam Al-Quran. Surah Luqman dari ayat 13-19, juga tersebut didalam beberapa kitab. Diantaranya tersebut didalam "Tafsir Ruhul Ma'ani", jilid ke 21, halaman 83, dan kitab "Hidayatullah Mursyidin" oleh Guru Besar Syekh Ali Mahfuz yang ertinya sebagai berikut :

1. Hai anakku! ketahuilah sesungguhnya dunia laksana lautan yang dalam, banyak manusia yang karam kedalamnya.Kalau engkau ingin selamat, supaya jangan karam, layarilah dia dengan sampan yang bernama taqwa, isinya ialah iman dan layarnya ialah tawakal kepada allah.

2. Orang-orang yang selalu menyediakan dirinya untuk menerima nasihat maka dirinya akan mendapat penjagaan dari allah, orang yang biasa dirinya insaf dan sabar kerana menerima nasihat orang lain, tandanya orang itu akan sentiasa menerima kemuliaan dari allah, berasa hina diri dalam beribadat dan bertaat kepada allah ta'ala akan menimbulkan rasa lebih dekat kepada allah dan lebih menghindarkan diri kepada maksiat.

3. Marahnya orang tua dalam mendidik anaknya, tak ubahnya seperti pupuk bagi tanam-tanaman.

4. Hai anakku! Jauhkanlah dirimu dari berhutang sesungguhnya berhutang itu menjadikan dirimu hina diwaktu siang dan gelisah diwaktu malam.

5. Hai anakku! Selalulah berharap kepada allah harapan-harapan yang hasilnya tidak akan membawa engkau untuk menderhakai allah, takutlah kepada allah dengan sebenar takut yang biasa melapaskan engakau dari sifat berputus asa terhadap rahmat allah.

6. Seorang pendusta lekas hilang air mukanya (tak dipercayai orang) dan seorang yang sudah rosak akhlaknya akan banyak gelamunnya terhadap yang salah-salah, memindahkan batu yang besar lagi berat dari tempatnya ketempat yang lain, lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

7. Hai anakku! Engkau sudah merasakan bagaimana beratnya membawa batu yang besar, besi yang berat dan lain-lain yang sangat beratnya, tapi akan lebih berat lagi dari itu, bila mempunyai tetangga yang jahat, engkau telah merasakan bermacam-macam kepahitan tapi akan terasa lebih pahit lagi bila hidup dalam keadaan fakir dan miskin.

8. Hai anakku! Engkau jauhilah bersifat dusta, sebab berdusta itu enak sekali mengerjakannya, seperti enaknya memakan daging burung, sedikit saja berdusta, akibatnya tetap akan memberi bahaya.

9. Hai anakku! Kalau bertemu dua kejadian, antara menjenguk orang mati dengan menghadiri pesta kahwin maka pergilah menjenguk orang mati, sebab akan mengingati diri pulang kekampung akhirat, sedang menghadiri pesta kahwin hanya mengingati diri kepada kesenangan duniawi saja.

10. Hai anakku! Janganlah engaku makan sampai kenyang yang berlebih-lebihan.Sesungguhnya memberikan makanan yang engkau makan sampai kenyang berlebih-lebihan itu kepada seekor anjing adalah lebih baik daripada engkau memakannya.

11. Hai anakku! Janganlah engkau terus menerus menelan kerana manisnya sesuatu, dan jangan pula lekas engkau muntahkan kerana pahitnya.(Yang manis itu biasanya mendatangkan penyakit,sedangkan yang pahit biasa menjadi ubat).

12. Makanlah makananmu bersama-sama dengan orang-orang yang bertaqwa kepada allah,rundingkanlah urusanmu kepada alim ulama' (dengan cara minta nasihat kepadanya).

13. Bukanlah baik namanya, bila engkau selalu mempelajari segala macam ilmu yang belum engkau ketahui, sedang ilmu yang telah diperolehi belum lagi engkau amalkan. Hal seperti ini tak ubahnya dengan perbuatan seseorang yang mencari kayu api, setelah dikumpulkan,lalu dipikulnya, tapi dia tak kuat membawanya , kemudian dia tambah lagi.

14. Hai anakku! Kalau engkau ingin hendak mengambil seseorang menjadi teman, maka ujilah dia lebih dahulu dengan cara membuat dia marah, kalau dia di waktu marahnya masih memberikan keinsafan (kesedaran) kepada engkau, maka bolehlah dia dijadikan teman, kalau tidak begitu, maka hendaklah engkau berhati-hati.

15. Hendaklah selalu tutur katamu baik dan wajahmu manis, engkau akan lebih disukai orang lebih disukainya dari orang-orang yang sudah pernah memberikan pemberian yang mahal-mahal.

16. Hai anakku! Kalau engkau berteman, tempatkanlah dirimu sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya, dan pasti dia akan selalu mengharapkanmu.

17. Hai anakku! Jadikanlah dirimu dalam segala tindak tandukmu, seperti orang yang tidak mengharapkan pujian seseorang dan tidak pula menimbulkan celaan orang.Dirinya bekerja kelihatan letih, tapi manusia selalu memandangnya dengan tenang.

18. Hai anakku! Usahakanlah jangan sampai keluar dan mulutnu kata-kata kasar, sesungguhnya engkau akan selamat bila engkau bersifat pendiam.Kalau akan berbicara juga, bicaralah yang akan mendatangkan manfaat kepada orang lain.

19. Hai anakku! Janganlah engkau condong ke dunia ini dan janganlah hatimu repot kerana dunia saja, kerana engkau dijadikan allah bukanlah untuk dunia. Tidak adalah makhluk yang dijadikan allah, lebih hina daripada orang yang telah terpedaya oleh dunia. Mati sebab akan mengingati diri pulang ke kampung akhirat, sedangkan menghadiri pesta kahwin hanya mengingati diri kepada kesenangan duniawi saja.

20. Hai anakku! Janganlah engkau ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang mencengangkan (menggelikan), janganlah engkau berjalan tanpa ada tujuan yang tertentu, janganlah engkau menanyakan sesuatu yang tidak berguna bagimu, janganlah menyia-yiakan hartamu, sedangkan harta orang lain engkau pelihara, kerana sesungguhnya yang menjadi hartamu ialah yang engkau usahakan, sedang harta orang lain itu belum tentu menjadi milikmu.

21. Hai anakku! Siapa yang penyayang tentu akan disayangi orang pula, siapa yang tidak pandai menahan lidahnya berkata yang buruk tentu dia akan menyesal akhirnya.

22. Hai anakku! Bergaul rapatlah dengan alim-ulama', diam dan dengarlah baik-baik segala nasihatnya, sesungguhnya hati akan hidup dengan adanya cahaya hikmah (ilmu pengetahuan) sebagaimana tanah biar subur kerana air hujan, janganlah engkau membantah mereka, tentu mereka akan marah kepadanya.

23. Engkau ambillah harta benda dunia ini sekadar keperluan dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk keperluan di akhirat nantinya,jangan engkau tendang kehidupan dunia ini seluruhnya, engkau akan menjadi pengemis yang akan menambah berat tanggungjawab orang lain. Janganlah engkau berteman dengan orang bodoh dan janganlah pula dengan orang yang bermuka dua (tidak berpendirian)

Terbitan : Bahagian Pengurusan dakwah, Jabatan Agama Islam Selangor
.
.
Teringat kepada Arwah PakNgah saya. Dia seorang Jutawan dan punya anak-anak yang bekerjaya tinggi.

"Tak kiralah anak kita nak keja apapun. Bagi kenal Quran dulu. Dia tau macam mana nak hormat kita". Pesannya.