"Ibu...kenapa hari jadi Solleh. Tak pernah ada kek?"
"Ibu..kenapa hari jadi Solleh. Solleh tak pernah dapat hadiah?"
Jawab Ibu dengan senyuman.
"Kalau Solleh nak kan kek. Ibu akan buatkan setiap hari".
"Kalau Solleh nak kan hadiah. Ayah & Ibu akan belikan setiap hari".
"Setiap tahun. Ayah & Ibu tumpang buat kenduri untuk Solleh di Pondok, Masjid & Surau untuk Solleh.
Hadiah dari Ayah & Ibu adalah dengan membawa Solleh kepada orang alim ulama untuk di doakan.
Doa mereka mustajab, Solleh.
Selamat Hari Lahir buat anak Ibu & Ayah. Yang di lahirkan pada 12 Rabiulawal. Pagi Isnin beberapa tahun yang lalu.
.
.
Nama Solleh di beri oleh Almarhum Tuan Guru Haji Salleh.
"Mu letak nama aku." Kata Almarhum Tuan Guru kepada suami apabila meminta Tuan Guru memberi nama kepada anak.
Setiap tahun. Kami akan membawa Solleh kepada Tuan Guru untuk di doakan. Sehinggalah maulid terakhir pada awal tahun ini.
Tapi hari ini..
Tiada lagi doa dari Ulama terkemuka yang sudah meninggalkan kita.
Kali ini..Solleh beruntung kerna di doakan oleh dua orang alim yakni Baba Li dan Baba Kholi Mat.
.
.