Sunday 19 March 2017

SIRI 2: DI MANA KAMU..DUHAI ANAK..



Ibu merenung Tom Yam sebagai santapan berbuka puasa.
Teringat Anakanda Muhammad Fathillah yang memang menyukai masakan Tom Yam ini.
Abang & Dik Ammar berbuka apa hari ini?
Di manakah Abang hari ini? Adakah berbuka di Tahfiz atau sudah bertolak ke Padang Serai.
Ibu doakan Abang & Dik Ammar selamat, di tenangkan hatinya, di lancarkan lidah dan lisannya oleh Allah SWT semasa menjadi Imam Solat Tarawih sebentar lagi.
.
Kami tidak pernah menyesal menghantar anak ke Tahfiz dalam usia yang muda. Biarpun mereka anak yang cemerlang dalam Akademik.
Dapat melihat anak menghormati kita..menyarungkan kasut di kaki kita semasa kita hendak melangkah keluar. Membuatkan air mata berlinang di ruang mata.
.
Semuanya perlu di terapkan semasa di dalam kandungan.
Di antara petua untuk anak cerdik yang kami amalkan.
Bacaan Surah Al Insyirah selepas Solat Subuh selama 41 hari sebanyak 41 kali di telinga anak semasa di dalam pantang.
Tapi saya sudah amalkan semasa mereka di dalam kandungan.
Suami merakam di dalam Walkman Surah Al Insyirah dan juga Nasihat Luqman Untuk Anaknya (rujuk penulisan saya di dalam Siri:1).
.
Terbayang di ruang mata. Anak bagaikan menunggu bacaan dan nasihat ini.
Mereka pasti akan membuka mata dan menghayati bacaan dan nasihat Ayahnya.
Alhamdulillah..
.
Sambungan: Siri 3
Kami akan berpuasa dan juga membaca yassin apabila anak menduduki peperiksaan atau bertanding dalam pelbagai acara di Sekolah dan Tahfiz.
#KeluargaIbuJannah
#KeluargaAlHafiz 


No comments:

Post a Comment