Sunday 19 March 2017

AL-QURAN & DOH ROTI



Pernah dengar kan..

Mendidik anak sejak dari dalam kandungan.

Apabila mengandung..baik untuk kita berbual dengan anak dalam kandungan. 

Bagi nasihat supaya menjadi anak yang soleh dan solehah dan pelbagai lagi yang baik. 

Setiap kali mengandung. Saya suka membaca Al-Quran dan terjemahannya sekali.

Bila membaca terjemahan. Ibarat nasihat saya untuk anak yang sedang berada di dalam perut.

Setiap bulan saya akan khatam Al-Quran. Bermakna, sehari satu juzuk saya akan baca.

Semasa mengandungkan anis. Saya sempat khatam 7 kali. Belum sempat menghabiskan yang ke 8 kali. Saya sudah selamat melahirkannya (Anis lahir semasa kandungan 8 bulan).

Begitu juga anak yang lain. Saya akan khatam Al-Quran sebulan sekali.

Pernah juga di tanya. Bagaimana saya buat. Sedangkan ada Ibu yang bekerja.

Sayapun bekerja semasa mengandungkan anak-anak.

Yang saya buat.

Sentiasa berkeadaan dalam wuduk dan ada masa lapang terus membaca Al-Quran walaupun 5 minit.

Saya akan tidur awal dan akan bangun pada jam 3 pagi.

Semasa dekat dengan due bersalin.

Memang saya tak boleh tidur langsung.

Tapi saya usahakan juga tidur walaupun sejam. Di sebabkan akan bangun untuk solat dan mengaji.

Alhamdulillah, hasilnya anak-anak cukup minat mengaji sehinggakan dalam usia 6 tahun sudahpun pandai meminta Ayah dan Ibu menghantar ke Tahfiz.

Saya sentiasa berdoa setiap kali selepas solat dan semasa berbual dengannya.

Supaya menjadi anak yang cintakan Al-Quran dan kitabNya.

Gambar di atas semasa menunggu doh Roti Arab Wholemeal di perap.

No comments:

Post a Comment