Semalam anakanda Muhammad Fathillah sempat balik untuk menerima Anugerah Khas Sempena Maulidur Rasul di Masjid kami..
Anugerah ini atas kejayaannya menjadi Huffaz Termuda di samping penerima Anugerah Cemerlang beberapa lagi pelajar cemerlang UPSR & PT3
Hari ini, selepas menerima Anugerah. Terus bergegas untuk balik ke rumah Ustaz.
Cuti Tahfiz biasanya dia jarang balik. Terutama sekarang ini, dia sedang membuat persiapan untuk Syahadah.
Ustaz banyak membantu walaupun cuti tahfiz. Pelajar ada yang tak nak balik untuk menghafal Al-Quran.
Rindu sangat pada Muhammad Fathillah menerpa di hati ibu.
Ibu doakan mudahan Muhammad Fathillah di beri ingatan yang kuat, di permudahkan segala urusan dan di beri ketenangan di hati.
Amin..
Saturday, 26 December 2015
KISAH SEMALAM
Yang Ibu Impikan..balik dengan membawa Al-Quran di dalam dada anak-anak Ibu.
Alhamdulillah, syukur kepada Allah..
Anugerah di dunia di berikan juga buat anak-anak Ibu..
Jika dulu, Ibu berpeluang mendengar Muhammad Fathillah mengalunkan hafazan Al-Qurannya di hadapan orang ramai.
Kali ini, bagaikan Ibu bermimpi mendengar kemerduan suara anak Ibu..Muhammad Ammar mengalunkan hafazannya dengan tenang.
Tiba-tiba terasa air mata yang berlinang. Berubahnya anak Ibu..
Alhamdulillah,
Muhammad Fathillah ( 13 tahun ) mendapat Anugerah Huffaz Termuda 2015.
Dan, Muhammad Ammar ( 11 tahun ) mendapat Anugerah Pelajar Terbaik (Rendah) 2015.
Ammar baru 11 bulan di sana dan sudahpun menghafal 10 juzuk.
Selamat bercuti buat anak ibu..
Ingat pesan Ustaz;
Sehari meninggalkan Al- Quran..10 hari Al-Quran akan meninggalkan kamu.
Hanya Muhammad Fathillah sahaja yang tidak balik bercuti kerana mempersiapkan dirinya untuk Syahadah.
Alhamdulillah..
Tahniah dari Ibu & Ayah
Sunday, 13 December 2015
ROTI TAWAR JAGUNG
Bahan2:
Tepung High Protein- 250 gram
Gula- 30 gram
Garam- 3 gram
Marjerin- 25 gram
Susu Tepung- 15 gram
Bread Improver- 3 gram
Yis- 4 gram
Jagung Dalam Tin- 62 gram
Ais Kiub- 40 gram
Air- 60 gram
Cara2:
1) Masukan bahan kering ke dalam bowl seperti tepung high protein, gula, garam, susu tepung, bread improver, jagung dalam tin dan yis.
2) Masukkan pula bahan basah seperti ais kiub dan air.
3) Mix sehingga elastik. Jika memakai mixer jenama The Baker 5 liter (Red Colour). Mix menggunakan speed rendah 1 hingga 3 selama 20 minit. Kemudian guna speed 4 selama 15 minit.
4) Jika mix menggunakan mixer heavy duty. Mix 20 minit atau sehingga elastik mengikut jenama mixer. Jika jenama Taiwan, doh akan cepat elastik. Elastik tu bermakna doh licin, berkilat dan tarik tak putus.
5) Jika menggunakan BM; Masukkan bahan cecair di bawah dahulu barulah di ikuti bahan kering. Ais Kiub tidak perlu letak tapi gantikan dengan Air Biasa.
6) Selepas elastik, keluarkan dari bowl dan bulatkan. Rehatkan 15 minit dahulu.
7) Selepas itu barulah canai memanjang dan bentukkan seperti membuat loaf. Cuma untuk Roti Tawar Jagung di hujung kedua-dua doh perlu lah di buat runcing.
8) Perap sehingga dua kali ganda.
9) Selepas perap, ambil pisau dan lorekkan di atas doh.
10) Sapu jagung dalam tin dan letak jagung di atas doh.
11) Masukkan di dalam oven dan bakar dengan suhu 160'c atas bawah sehingga masak. Suhu bergantung pada oven masing-masing.
Soalan Exam:
1) Pakai tepung gandum boleh tak, kak Jannah?
Jawapan: Boleh saja nak pakai pun. Cuma kalau guna tepung high protein ni doh akan jadi lembut walaupun sehingga seminggu.
2) Uit, seminggu? Macam mana nak bagi roti tahan seminggu?
Jawapan: Pertama; Masak sehingga garing atau berwarna perang terutama di bahagian bawah roti.
Kedua; Kena betul2 sejuk sebelum di packing. Roti ni kadang2 di luar sejuk. Di dalam masih suam.
3) Ooo...lagu tu...
Jawapan: Ya, la...nak lagu mana lagi...
4) Kak Jannah, jagung tu kan nak pakai jagung apa?
Jawapan: Pakai jagung berkrim yang orang duk buat apam balik tu...
5) Sebab apa kena pakai ais kiub? Air ais tak boleh ka?
Jawapan: Jika pakai ais kiub roti kita akan lebih gebu. Lagi satu, bila dah lama2 mix..doh kita akan panas. Jadi, bila letak ais kiub..doh kita akan sejuk dan yis pun tak sempat naik dalam mixer. Doh yang cantik adalah doh yang sejuk.
6) Ooo...lagu tu..
Jawapan: Ya, la...nak lagu mana lagi..
7) Kalau nak buat sekilo, boleh tak?
Jawapan: Boleh saja..hampa double adunan. Yang saya buat ni 250 gram. Boleh dapat sebiji roti.
8) Gula tu..gula halus atau gula biasa?
Jawapan: Saya ni suka pakai gula biasa. Sebab kos rendah..budget. Lagipun bila kita mix elastik gula akan hancur. Jangan risau..
9) Bread improver tak letak tak pa ka?
Jawapan: Tak letak pun tak pa...jadi jugak. Tapi, lambat lah naik..kena tunggu lama..
10) Tak mau pakai marjerin tak pa ka?
Jawapan: Ikut suka hati hampa lah....pakai shortening pun boleh.
11) Ooo...lagu tu...
Jawapan: Ya, la...nak lagu mana lagi...
12) Yis tu yis kering atau basah?
Jawapan: Yis kering lah cek..
13) Kak Jannah, nak tanya. Jangan marah arr...kalau lorek atas doh tu..doh tak jatuh ka?
Jawapan: Hampa jangan duk loqlaq pi lorek kuat2.. Slow la...
14) Perap dua kali ganda tu berapa minit?
Jawapan: Tengok kepada kepanasan cuaca hari tu..kalau panas cepatlah naik..dalam setengah jam pun tak sampai. Kalau malam yang agak2 romantik tu..sejam lah gamaknya doh nak naik..OT lah hampa na...
15) Suhu oven europa berapa?
Jawapan: Yang saya bagi tu umum..untuk semua oven. Tapi, macam yang saya habaq. Oven ni suhu tak sama...lain2 oven..lain2 suhu..saya yang ada 8 bijik oven pun jenuh kena hafal.
16) Kak Jannah, sebab apa nama resepi ni Roti Tawar Jagung?
Jawapan: Sebab sesuai untuk di cicah dengan gulai.
17) Nak resepi gulai utaqa?
Jawapan: Boleh.....boleh sangat2 sayang....boleh tanya Mr. G yang hensom tu na...cek ni tokey roti bukan roti gulai...
18) Kak Jannah....nak share boleh tak?
Jawapan: Hampa share la..Kak Jannah halalkan dunia akhirat. Buatlah business sebab roti ini yang terbaru. Selalu roti tawarkan jenis yang kosong.
Cuma nak minta jasa baik hampa. Mention kan nama Kak Jannah sebagai tuan punya resepi. Sekurang2 nya sejuk hati perut den ni. Dari pagi cek duk ngadap oven.
19) Ooo...lagu tu...
Jawapan: Hish..hampa ni...hampa nak lagu mana lagi...
20) Terima kasih, kak Jannah. Esok bagi resepi percuma lagi tau...
Thursday, 3 December 2015
CHOCOLATE TOAST BREAD
Bahan-Bahan:
1000 gram Tepung High Protein
100 gram Gula
16 gram Garam
15 gram Yis
10 gram Bread Improver
30 gram Susu Tepung
110 gram Marjerin
200 gram Ais Kiub
400 gram Air
1 1/2 Sudu Besar Chocolate Emulco
40 gram Chocolate Chips
30 gram Kismis
Cara-Cara:
1) Masukkan bahan kering seperti garam, tepung high protein, gula, bread improver, susu tepung dan yis. Mix sebati dahulu 3 minit.
2) Masukkan bahan basah seperti marjerin, ais kiub, air dan chocolate emulco.
3) Mix sehingga 20 minit sahaja. Sebelum hampir 20 minit, masukkan chocolate chips dan kismis. Sebatikan saja untuk elakkan chocolate chips dan kismis hancur.
4) Setelah mix, keluarkan dari bowl dan bahagikan doh kepada 360 gram.
5) Canai seperti kita buat roti benggali/ loaf.
6) Letakkan doh ke dalam loyang 7x4x4.
7) Perap sehingga doh naik 3/4 sebelum melebihi paras akhir loyang.
8) Selepas doh naik. Spraykan air biasa ke atas roti. Untuk mengelakkan permukaan roti kering.
9) Masukkan ke dalam oven yang di panaskan terlebih dahulu. Suhu 180'c atas dan bawah atau mengikut tahap kepanasan suhu oven masing-masing. Untuk makluman, suhu mestilah tinggi. Bakar selama 30 minit atau sehingga masak.
* Oven tidak boleh buka selagi belum 30 minit. Jika sudah 30 minit baru boleh buka. Jika setelah 30 minit, roti tak masak..boleh pusing tray dan tambah lagi 15 minit sehingga roti nampak sedikit lekang dan garing.
10) Selepas siap di bakar, roti mestilah SEGERA di keluarkan roti
dari loyang. Jika tidak, roti akan mengecut, berbentuk pinggang ramping atau jatuh.
dari loyang. Jika tidak, roti akan mengecut, berbentuk pinggang ramping atau jatuh.
** Saya cadangkan rujuk post saya terdahulu berkaitan cara untuk handle doh aneka roti loaf atau seangkatan dengannya ya.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Ilmu Allah ini eloklah kita kongsi bersama. Buatlah untuk jualan dan makan bersama keluarga tersayang. In Syaa Allah, memang sedap.
TIPS MEROTI BAHAGIAN 2: LOAF/BENGGALI
Bagi peminat Loaf/Benggali pasti akan mengalami saat kesukaran kerna roti akan menjadi 'pinggang ramping' apabila di keluarkan dari loyang.
Sedikit perkongsian dari kami di Chepir. Lain orang lain caranya ya. Jom kita kaji:
1) Masa menguli
~ Kami suka menguli menggunakan mixer hanya untuk 20 MINIT sahaja. Agak doh tersebut licin, berkilat dan elastik sedikit.
~ Tidak perlu elastiknya seperti membuat bun atau roti manis.
2) Doh terlebih perap
~ Kena kenalpasti doh yang di gunakan berapa gram dan hanya boleh perap setinggi mana pada loyang.
~ Doh yang terlebih perap juga akan menyebabkan doh jatuh.
3) Buka tutup oven
~ Buat roti jenis ini. Seeloknya selagi tidak cukup 30 minit. Tidak perlulah buka pintu oven.
~ Bila dah 30 minit. Bukalah pintu oven untuk lihat roti atau untuk pusingkan tray roti jika perlu.
3) Suhu
~ Kebiasaan suhu yang di gunakan adalah suhu yang tinggi iaitu 180'c ++ untuk suhu atas dan bawah. Selama 30 minit atau lebih.
~ Ada satu oven di kedai kami menggunakan suhu 200'c untuk atas bawah.
4) Masa pembakaran
~ Boleh guna suhu 180'c dengan masa 30 minit. Tapi sekarang ini, kami suka masak sehingga 45 minit.
~ Kerna, lagi lama roti di masak lagi garing di bahagian luar dan lagi lama ketahanan roti kita. Lagi gebu roti kita.
~ Jika roti kita masak tidak perang. Roti hanya akan bertahan 3 hari sahaja.
~ Terutama jika kita supply di kedai runcit yang biasanya rak kita di letak di hadapan dan di luar.
5) Selesai pembakaran
~ Selesai sahaja roti di masak. Terus keluarkan dengan SEGERA dari loyang dan letak roti di atas jaring/redai.
~ Biarkan selama 1 jam sebelum packing atau di potong. Kadang roti sejuk di luar tapi masih suam di bahagian dalam.
** Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Sharelah untuk rakan tersayang. Seronok bila kita dapat hasikan roti untuk santapan keluarga.
Lebih-lebih lagi Roti ini adalah makan kesukaan Nabi kita iaitu Nabi Muhammad SAW.
Oh ya, sebelum terlupa. Roti loaf/benggali tidak boleh di jadikan doh frozen. Untuk di uli keesokkan harinya.
Tapi kalian boleh buat doh frozen untuk di campur sedikit dengan doh baru (adunan tepung) untuk menjadikan roti lebih gebu dan cepat naik.
Terima kasih kerna sudi membaca sehingga ke bait yang terakhir.
Jumpa lagi di Tips yang akan datang..!!
Wednesday, 2 December 2015
TIPS UNTUK YIS KERING
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, bertemu kita lagi. Dah lama nak share tentang yis kering.
Tips yang saya nak share ni simple sangat. Bagaimana hendak tahu yis kering tu masih lagi hidup atau tak.
Memang simple bagi kita yang tahu. Bagi beginner yang baru nak mula buat roti. Mesti tidak tahu bagaimana nak check kan.
Baik, ada 2 cara bagaimana hendak tahu yis tu masih hidup atau tak.
Pertama, masukkan sudu plastik dalam yis kering. Jika melekat seperti gambar di atas maknanya yis tu masih elok.
Keduanya, Masukkan sedikit yis kering yang di campurkan dengan sedikit gula dan air panas suam ke dalam mangkuk.
Kemudian tutup. Setelah 5 minit yis tu akan berbuih. Seperti di dalam gambar di atas. Itu tandanya yis masih lagi elok.
Jika tidak berbuih maknanya, kena say hi hi bye bye dekat yis tu lah.
Cara penyimpanan yis kering ni. Kebiasaannya di simpan di dalam bekas tertutup dan di simpan di dalam peti sejuk. Supaya tidak masuk angin.
Ha...gitulah ceritanya tentang yis kering.
Harap semua faham penerangan panjang lebar dari saya.
Kalau ada yang tak faham..jangan risau, boleh bertanya.
Jom kita..pergi check yis masing-masing.
BANANA BREAD WITH CHOCOLATE & CHEESE
Tepung high protein- 500 gm
Gula- 100gm
Garam- 8 gm
Yis- 6 gm
Bread improver- 5 gm
Marjerin- 55 gm
Susu tepung-15 gm
Kuning telur- 1 bj
Pisang emas- 2 bj
Ais kiub- 100 gm
Air- 150 gm
BAHAN OLESAN:
Susu tepung 10 gm di campur dgn air suam 25gm.
CARA:
1) Masukkan tepung, gula, bread improver, susu tepung, marjerin, pisang emas, kuning telur, garam, yis, ais kiub & air.
2) Mix guna speed slow bagi sebati sahaja. Kemudian tukar kepda speed medium. Uli sampai doh berminyak, licin & jika di tarik tidak terkoyak. Saya uli 20 minit. Masa uli bergantung kpd jenis mixer. Saya guna yg Star Japan, 20 minit sahaja.
3) Sesudah itu, uli mengikut yg di sukai. Dalam gambar ni, saya guna loyang 6 inci, setiap doh 28 gm. Bun saya timbang 50 gm. Dalam cup panjang 45 gm.
4) Biarkan sampai naik. Selepas itu, sapu bahan olesan iaitu susu tepung & air suam tadi.
5) Paipkan chocolate filling & parut cheddar.
6) Masukkan ke dalam oven yg di panaskan dahulu. Menggunakan suhu 160'c api atas dan 164'c api bawah. Suhu bergantung kpd oven masing-masing.
SELAMAT MENCUBA!!
Tuesday, 1 December 2015
DONUT
Assalamualaikum semua sahabat saya. Alhamdulillah, sekian lama nak buat donut dengan resepi sendiri. Akhirnya berjaya terhasil juga. Boleh cuba resepi donut ni. Lembut sangat di dalamnya. Bahan dan cara seperti di bawah ya.
BAHAN-BAHAN:
Tepung Roti- 500 gram
Gula- 40 gram
Garam- 8 gram
Yis- 6 gram
Susu Tepung- 30 gram
Double Action- 5 gram
Ubi Kentang- 50 gram (Rebus dan lenyek halus)
Shortening- 100 gram
*Kuning Telur- 2 biji
*Ais Kiub- 100 gram
*Air- 175
( Yang bertanda * satukan sekali dalam satu bekas )
CARA-CARA:
1) Masukkan Tepung Roti, Garam, Gula, Susu Tepung, Double Action dan Yis ke dalam bowl.
2) Mix sehingga sebati sahaja. Kemudian masukkan Shortening. Mix sehingga sebati sekali lagi.
3) Apabila sudah sebati masukkan Kuning Telur, Ais Kiub dan Air yang di campurkan sekali tadi ke dalam bowl.
3) Mix semua bahan selama 20 minit ( Doh tidak boleh lebih dari 20 minit untuk mengelakkan donut serap minyak selepas di goreng).
4) Apabila sudah siap di mix. Keluarkan doh dari bowl dan mula menimbang 50 gram setiap biji.
5) Selesai proses menimbang. Doh perlu di bulatkan dan leperkan sedikit. Terus lubangkan menggunakan nozel. Letak di atas tray yang di sapu minyak atau di tabur tepung untuk menggelakkan donut melekat di tray.
6) Perap 30 minit sahaja. Jika lebih perap nanti doh susah nak di angkat dan akan serap minyak apabila di goreng.
7) Panaskan minyak yang di campur dengan 3 sudu shortening.
8) Apabila minyak sudah panas. Angkat donut dan masukkan ke dalam kuali.
9) Selepas masukkan sebiji donut terus terbalikkan segera donut tersebut. Curah minyak atas donut. Supaya bawah donut licin dan makin besar.
10) Barulah masukkan donut kedua. Ulang langkah yang sama hingga doh donut habis.
11) Apabila donut sudah suam. Bolehlah gaul dengan campuran gula yang akan di berikan di bawah.
SUKATAN GULA UNTUK SALUT:
Gula Castor 500 gram + Gula Ising 300 + Gula Perang 1 sudu besar. Gaul sebati ketiga jenis gula. Salutkan pada donut yang sudah suam. Campuran gula perang agar salutan donut lagi berlemak.
SOALAN:
1) Kak Jannah kenapa pakai tepung high protein?
Jawapan: Sebab kak nak donut yang lembut. Kalau nak tukar ke tepung gandumpun boleh. Rasa kedua tepung pada donut memang beza. Donut yang guna tepung high protein lagi sedap dan lembut.
2) Gula apa nak kena pakai, Kak Jannah?
Jawapan: Pakai gula biasa saja yang guna untuk bancuh air. Tak perlu blander halus gula tu.
3) Garam kasar atau garam halus?
Oh, mestilah garam halus. Kalau garam kasar..nangis sapa yang makan donut hampa..hihi..
4) Yis jenama apa nak guna ni?
Jawapan: Kak guna Saf Instant. Kalau tak dak kat tempat hampa. Guna yis apapun boleh. Mauripan pun boleh. Sebab kita terus makan donut ni. Tak packing macam roti.
5) Eh, tak ada bread improver ka?
Jawapan: Ya, Kak tak pakai bread improver. Bread Improver fungsinya nak membantu mempercepatkan kenaikan doh. Kat tempat kak panas..jadi kak tak letak.
Kalau hampa nak letak..boleh letak 10 gram untuk sekilo tepung.
6) Ooo..pakai shortening ya.
Jawapan: Ya, kali ni donut yang kak share guna shortening. Hasil struktur dalam donut lagi putih.
7) Nak guna marjerin boleh tak?
Jawapan: Ikut resepilah ya. Kalau guna marjerin nanti kena tukar sukatan bahan yang lain pula. Nanti kak share lagi resepi donut yang guna marjerin ya.
8) Susu tepung apa nak pakai?
Jawapan: Tak kisahlah nak guna susu tepung apapun. Asal jangan ambil susu anak dah la ya. Kesian dekat anak..Hihi...
9) Sebab apa kena guna kuning telur saja, Kak Jannah?
Jawapan: Sebab kak nak struktur donut lagi halus. Kalau guna semua..nanti sedikit kasar. Tapi tak ada masalah apa-apa kalau nak letak semuapun. Donut tetap menjadi, In Syaa Allah.
Telur tu kak guna gred B.
Telur tu kak guna gred B.
10) Air tu maksudnya Air Ais atau Ais Suam?
Jawapan: Air Suam saja. Sebab kita dah campur dengan Ais Kiub. Nanti sejuklah dia. Fungsi Ais Kiub adalah untuk menggebukan donut.
Kalau guna bread maker Ais Kiub tak payah letak tau. Gantikan dengan Air Suam.
11) Double Action tu apa?
Jawapan: Double Action Baking Powder. Boleh beli di bakery.
12) Minyak nak goreng tu banyak atau sikit?
Jawapan: Sederhana saja, Jangan sikit sangat nanti donut kena kuali. Api pun sederhana. Kalau donut nampak garing sangat. Boleh tutup kejab api. Bila dah kurang panas baru buka balik api.
13) Kenapa perlu letak Shortening?
Jawapan: Rasa donut berbeza dari kita letak minyak saja
14) Kuali tu kuali biasa atau leper?
Jawapan: Mana-manapun tak pa. Tapi kalau dapat ambil yang tebal. Tak cepat panas minyak tu. Donut pun tak garing sangat.
15) Susahlah nak dapat 'ring' ( garisan putih di tengah), Kak Jannah..
Jawapan: Satu-satu perkara tak semestinya buat sekali kena jadi. Cuba lagi, lama-lama dapatlah 'ring' tu.
16) Kalau nak buat 20 gram boleh tak donut ni?
Jawapan: Boleh sangat..lagi comel. Kak buat 50 gram sebab nak cepat habis. Hihi..
Punyalah besar sampaikan makan separuhpun dah kenyang. Jadi, doh ni..terpulang pada kalian nak buat berapa gram pun.
17) Kalau nak buat topping macam mana pula?
Jawapan: Boleh double boil coklat dan celup donut. Tak perlu campur whipping cream masa double boil tu.
Masa celup tu kena pastikan donut sejuk dulu. Hiaslah dengan apapun di atas donut. Kak guna coklat Collata. Boleh beli di bakery. Kalau nak manis beli jenama Bery's.
18) Terima kasih, Kak Jannah atas resepi.
Jawapan: Sama-sama. Kak nak minta tolong hampa semua Like status Resepi Donut ni. Supaya semua orang dapat baca resepi ni.
Sharelah ya, mudahan bermanfaat untuk semua.
Saturday, 21 November 2015
SWEET STRAWBERRY BREAD
Bahan A:
Tepung High Protein-800 gram
Tepung Gandum- 200 gram
Garam-15 gram
Gula Castor- 220 gram
Bread Improver- 10 gram
Bread Softner- 1 sudu kecil
Yis- 11 gram
Marjerin- 110 gram
Bahan B:
Kuning Telur- 2 biji (Gred B)
Susu Pekat Manis- 50 gram
Stawberry Paste- 1 sudu kecil
Pewarna Pink- 1 sudu kecil
Ais kiub- 200 gram
Air- 350
Sapuan:
10 gram susu tepung + Air 25 gram
Cara-caranya:
1) Masukkan bahan A: Garam, Tepung, Gula Castor, Bread Improver, Bread Softner, Marjerin dan Yis ke dalam bowl.
2) Campurkan kesemua bahan B ke dalam bekas besar. Kacau sebati. Kemudian, barulah masukkan bahan B ke dalam bahan A.
3) Mix sebati menggunakan speed rendah (slow) hingga sehati. Kemudian barulah tukar kepada speed kedua (medium). Mix sehingga doh elastik.
4) Keluarkan, timbang 28 gram dan bulatkan doh. Kemudian masukkan ke dalam loyang 6 inci yang telah di sapu shortening terlebih dahulu.
5) Perapkan sehingga naik dua kali ganda.
6) Sapu sapuan atas roti (susu tepung 10 gram di campur dengan air 25 gram) di atas roti yang hendak di bakar.
7) Bakar menggunakan suhu 160'c api atas. 164'c api bawah. Selama setengah jam atau sehingga masak (suhu ikut oven masing-masing).
8) Apabila sudah masak, terus keluarkan roti dari loyang untuk menggelakkan dari roti mengecut.
Selamat Mencuba!!
** Biasalah,setiap kali post resepi pasti ada soalan. Mai nak tolong jawab sebelum ada yang bertanya. Hihihi...
1) Nak guna tepung high protein semua boleh tak?
Jawapan: Ikut suka hampalah nak pakai tepung apa. Nak campur seperti dalam resepi di atas pun boleh. Nak pakai tepung high protein semua pun boleh. Nak pakai tepung gandum semua pun boleh.
2) Nak guna gula biasa boleh tak?
Jawapan: Bolehhhh..ikut suka hampa.
3) Nak pakai yis apa?
Jawapan: Pakailah yis apa pun tak pa. Yis yang terbaik Saf Instant. Jangan pulak lepas ni mengamuk dekat suami suruh beli Yis Saf Instant. Tak semua bakery ada. Jadi, pakailah yis apapun tak pa.
4) Marjerin tu kalau nak campur dengan shortening boleh tak?
Jawapan: Bolehhhh..110 gram marjerin di bahagi dua. Setengah marjerin. Setengah shortening.
"Tak tau nak bahagilah kak Jannah !!!". "Kalau tak tau, hampa suruh anak hampa yang darjah 6 kira". Hihihi
5) Kenapa kena pakai kuning telur saja?
Jawapan: Untuk mendapatkan struktur roti yang lebih lembut dan gebu.
6) Ala...rugilah kalau buang putih telur...
Jawapan: Kalau rugi hampa boleh buat mayonis atau base pavlova.
"Nak resepi, kak Jannah". "Boleh..boleh pengsan!!! Pi la tanya, En. Google yang hensem tu..." Hihii
7) Susu pekat nak tukar ke susu tepung boleh tak?
Jawapan: Bolehhh..ikut suka hampalah. Susu fungsinya untuk menyedapkan roti.
8) Oven Europa ada satu suhu sahaja. Macam mana?
Jawapan: Boleh guna suhu 164'c. Kena pandai adjust sendiri. Jangan ikut suhu oven saya. Saya ada 8 oven. Setiap oven berlainan suhunya.
9) Kenapa kena guna ais kuib?
Jawapan: Untuk menggebukan roti.
10) Tak nak pakai strawbery, boleh tak?
Jawapan: Bolehhh...pakai pandan, cuppucino dsb nya. Tapi kena tukar tajuk resepi.
11) Minta izin untuk share...
Jawapan: Silakan..
RESEPI ROTI & BUN
Di bawah adalah resepi baru saya untuk semua. Resepi ini boleh di pelbagaikan pattern rotinya. Boleh di buat roti manis dan juga bun.
[ RESEPI ROTI & BUN ]
Tepung High Protein- 1000 gram
Yis- 12 gram
Garam-15 gram
Gula-120 gram
Marjerin-100 gram
*Susu Pekat- 50 gram
*Ais kiub-200 gram
*Air-350 gram
(Yang bertanda * perlu timbang dan campurkan sekali dalam satu bekas)
Cara:
1) Masukkan Tepung High Protein, Garam, Gula dan Yis ke dalam bowl.
2) Masukkan pula campuran bahan basah yang bertanda * seperti Susu Pekat, Ais Kiub dan Air ke dalam bowl tadi.
3) Mula-mula guna speed yang paling slow untuk uli dengan sebati sahaja. Kemudian masukkan marjerin. Uli sebati semula.
4) Kemudian terus tukar kepada speed medium sehingga doh elastik dalam 20-25 minit.
5) Keluarkan doh dari bowl dan mula menimbang berapa gram yang di perlukan.
Tips:
5.1) Untuk doh roti manis: Boleh terus timbang dan bulatkan. Selepas itu, boleh terus masukkan ke dalam loyang.
5.2) Untuk bun: Timbang berapa gram yang di perlukan. Dan perap selama 15 minit dahulu. Untuk mengelakkan doh mengecut semasa proses mencanai. Selepas perap 15 minit, barulah boleh canai dan membuat bentuk yang di sukai.
6) Perap sehingga adunan 2 kali ganda dalam anggaran 40 minit (bergantung kepada keadaan cuaca di tempat masing-masing).
7) Sebelum di bakar. Doh boleh di sapu, 10 gram susu tepung yang di campur 25 gram air suam. Sapu di atas doh. Kemudian barulah di letakkan sebarang hiasan. Contohnya, bijan putih.
8) Bakar suhu 160'c atas 164'c bawah bagi oven industri. Bagi oven biasa boleh guna suhu 160'c atas bawah. Untuk makluman: Suhu perlulah mengikut oven masing-masing.
9) Selepas bakar, roti perlukan di sejukkan di atas redai sebelum di packing.
SOALAN SPOT UNTUK EXAM:
1) Kak Jannah, boleh tak guna tepung gandum?
Jawapan: Boleh guna. Tapi hari ke 4 dah mula berderai jika guna tepung gandum sepenuhnya. Melainkan customer beli dan terus makan. Bolehlah guna.
Kalau nak campur pun boleh. 800 gram tepung gandum campur 200 gram tepung high protein.
2) Yis jenama apa nak pakai?
Jawapan: Pakailah yis jenama apapun tak pa. Cuma elakkan Mauripan kerana hari ke 4 dah mula bau
kurang enak dalam packaging kita.
3) Garam kasar ka garam halus nak pakai ni, kak jannah?
Jawapan: Garam halus yang hampa guna nak masak tu la.
4) Gula apa tu kak jannah?
Jawapan: Gula biasa yang hampa duk bancuh ayaq tuuu..
Terus masukkan dalam bowl. Tak perlu nak blander gula bagi halus.
5) Gula castor boleh tak?
Jawapan: Kos tinggilah pulak. Guna gula biasa pun dah cukup.
6) Pakai marjerin apa?
Jawapan: Pakailah marjerin apapun boleh. Cap Pelangi pun boleh. Jangan Cap Hujan dah la. Banjir nanti.
7) Jawapan: Belilah susu pekat yang murah. Nak buat susu pekat sendiri pi google resepi.
Soalan: Eh, belum tanya lagi. Kak jannah dah jawab?
Jawapan: Hahaha..saya tau lah..apa dalam kepala hampa tu..
8) Kak Jannah, ais kiub tu nak tunggu cair dulu ka..baru nak masukkan susu pekat dan air?
Jawapan: Tak payah nak tunggu ais kiub tu cair. Ais kiub yang ketul kecik tu memang di perlukan untuk membuatkan doh dalam bowl sejuk.
Doh yang bagus adalah doh yang apabila di keluarkan dari bowl adalah sejuk.
Jika doh panas bermakna..yis dah mula naik dalam bowl. Sementara nak tunggu timbang dan buat bentuk. Doh mulalah nak mengembang sebab yis dah naik. Sebab tu struktur roti kita berongga.
Bila kita masukkan ais kiub dalam bowl tadi. Doh akan sejuk. Tak sempat yis nak naik. Jadi sempatlah kita nak bulatkan dan buat bentuk.
9) Nak pakai air apa?
Jawapan: Pakai ayaq bertapis lah elok. Sebab jangkahayat sesuatu produk lebih dari sehari.
10) Ooooo...
Jawapan: Tutuplah mulut tu sikit. Kang lalat salah masuk gua..
11) Terima kasih, kak jannah. Esok bagilah resepi donut..hihi..
Jawapan: Banyak cantik..
12) Nak share boleh..
Jawapan: Sharelah hampa. Buat makan-makan untuk family..buat niaga.
13) Kak Jannah..Kak Jannahhh...Bila nak tulis cerita hantu?
Jawapan: Haish..hampa ni. Saya tulis satgi..mulalah hampa nak pi bilik ayaq pun kena teman.
14) Terima kasih, Kak Jannah.
Jawapan: Sama-sama.
# Saya menghalalkan ilmu yang di beri. Mudahan bermanfaat untuk semua.
Monday, 9 November 2015
SELAMAT HARI LAHIR..!
Selamat Hari Lahir buat saya..
Alhamdulillah, sudah 36 tahun.
Terfikir sejenak semalam..apa yang sudah saya lakukan di muka bumi ini selama tempoh 36 tahun.
Allah berikan saya nikmat kesihatan..udara..dan sebagainya..
Adakah saya bersyukur dengan segala nikmat pemberiannya..?
Alhamdulillah, banyak impian saya terlaksana.
Saat manis apabila anak saya Muhammad Fathillah, 13 tahun berkata;
"Ibu..abang tak ada duit nak bagi pada ibu. Tapi abang nak hadiahkan hari jadi ibu..pahala 30 juzuk Al Quran yang abang hafal untuk ibu.."
Cukuplah Nak..
Inilah hadiah terindah buat ibu..
Sebak dan Bersyukur..
Alhamdulillah, sudah 36 tahun.
Terfikir sejenak semalam..apa yang sudah saya lakukan di muka bumi ini selama tempoh 36 tahun.
Allah berikan saya nikmat kesihatan..udara..dan sebagainya..
Adakah saya bersyukur dengan segala nikmat pemberiannya..?
Alhamdulillah, banyak impian saya terlaksana.
Saat manis apabila anak saya Muhammad Fathillah, 13 tahun berkata;
"Ibu..abang tak ada duit nak bagi pada ibu. Tapi abang nak hadiahkan hari jadi ibu..pahala 30 juzuk Al Quran yang abang hafal untuk ibu.."
Cukuplah Nak..
Inilah hadiah terindah buat ibu..
Sebak dan Bersyukur..
Subscribe to:
Posts (Atom)