Thursday 3 December 2015

TIPS MEROTI BAHAGIAN 2: LOAF/BENGGALI

Bagi peminat Loaf/Benggali pasti akan mengalami saat kesukaran kerna roti akan menjadi 'pinggang ramping' apabila di keluarkan dari loyang.

Sedikit perkongsian dari kami di Chepir. Lain orang lain caranya ya. Jom kita kaji:

1) Masa menguli

~ Kami suka menguli menggunakan mixer hanya untuk 20 MINIT sahaja. Agak doh tersebut licin, berkilat dan elastik sedikit.

~ Tidak perlu elastiknya seperti membuat bun atau roti manis.

2) Doh terlebih perap

~ Kena kenalpasti doh yang di gunakan berapa gram dan hanya boleh perap setinggi mana pada loyang.

~ Doh yang terlebih perap juga akan menyebabkan doh jatuh.

3) Buka tutup oven

~ Buat roti jenis ini. Seeloknya selagi tidak cukup 30 minit. Tidak perlulah buka pintu oven.

~ Bila dah 30 minit. Bukalah pintu oven untuk lihat roti atau untuk pusingkan tray roti jika perlu.

3) Suhu

~ Kebiasaan suhu yang di gunakan adalah suhu yang tinggi iaitu 180'c ++ untuk suhu atas dan bawah. Selama 30 minit atau lebih.

~ Ada satu oven di kedai kami menggunakan suhu 200'c untuk atas bawah.

4) Masa pembakaran

~ Boleh guna suhu 180'c dengan masa 30 minit. Tapi sekarang ini, kami suka masak sehingga 45 minit.

~ Kerna, lagi lama roti di masak lagi garing di bahagian luar dan lagi lama ketahanan roti kita. Lagi gebu roti kita.

~ Jika roti kita masak tidak perang. Roti hanya akan bertahan 3 hari sahaja.

~ Terutama jika kita supply di kedai runcit yang biasanya rak kita di letak di hadapan dan di luar.

5) Selesai pembakaran

~ Selesai sahaja roti di masak. Terus keluarkan dengan SEGERA dari loyang dan letak roti di atas  jaring/redai.

~ Biarkan selama 1 jam sebelum packing atau di potong. Kadang roti sejuk di luar tapi masih suam di bahagian dalam.

** Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Sharelah untuk rakan tersayang. Seronok bila kita dapat hasikan roti untuk santapan keluarga.

Lebih-lebih lagi Roti ini adalah makan kesukaan Nabi kita iaitu Nabi Muhammad SAW.

Oh ya, sebelum terlupa. Roti loaf/benggali tidak boleh di jadikan doh frozen. Untuk di uli keesokkan harinya.

Tapi kalian boleh buat doh frozen untuk di campur sedikit dengan doh baru (adunan tepung) untuk menjadikan roti lebih gebu dan cepat naik.

Terima kasih kerna sudi membaca sehingga ke bait yang terakhir.

Jumpa lagi di Tips yang akan datang..!!

No comments:

Post a Comment