Thursday 29 October 2015

BERIKAN SAYA EPAL ITU..

Assalamualaikum semua..

Hari ketiga demam..

Tapi makin kebah lah demam ni..kaki pun dah tak sakit.

Banyak berdiri lama..

Hmm..teringat masa kecil dulu. Saya tinggal di Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah.

Kalau demam saja. Mesti papa akan tanya. Nak makan apa?

Saya mesti nak buah epal.

Yang seronoknya. Bila papa mama belikan. Tapi saya tak terus makan.

Saya akan pegang sepanjang berbaring di katil.

Kalau empat hari demam..maka empat harilah..saya akan peluk epal tu..

Saat yang begitu indah pada masa tu..Al maklumlah, anak perempuan sorang saja.

Teringat lagi..Setiap pagi, saya suka sangat makan nasi lemak kuning dari sorang makcik ni.

Setiap hari tak pernahlah tertinggal dari makan.

Kalau mama tak belikan, mesti merajuk.

Sampailah satu hari tu. Bila bangun pagi nak pergi sekolah. Masa tu hujan lebat sangat dengan kilat sambar menyambar.

Saya tengok mama tak ada di rumah..

Dekat mana mama? Puas saya cari.

Tak lama kemudian..mama balik. Rupanya dengan hujan yang sangat lebat dan kilat sambar menyambar. Mama masih nak belikan nasi lemak kuning ni.

Sedih sangat masa tu..bukannya dekat mama nak pergi. Kena melangkah satu barisan taman untuk ke gerai tu.

Sejak dari tu lah, saya tak pernah lagi merajuk. Kalau mama masak apa..belikan apa..mesti saya akan makan..

Maafkan Jannah mama..huhu..sebak sangat saat di taip kisah ni..

Kepada papa dan mama.

Kalianlah papa mama yang terbaik. Mudahan kalian di beri kebahagiaan dunia dan akhirat. Amin..

Rasulullah ada bercerita kepada sahabatnya. Barangsiapa yang memiliki 3 anak perempuan dan menjaganya dengan baik. Maka syurga baginya.

Sahabat Rasullullah terus bertanya. Dia memiliki 2 orang sahaja anak perempuan. Adakah dia tidak akan mendapatkan keistimewaan ni. Rasulullah berkata, jika dua orang pun akan dapat juga.

Sahabat Rasulullah yang sorang lagi pun lantas bertanya..dia memiliki sorang saja anak perempuan. Adakah dia tidak akan mendapat keistimewaan ini?

Rasulullah berkata, jika sorang pun sama. Jika berjaya mendidik anak perempuan dengan baik dan menjadi anak yang soleh dan solehah. In Syaa Allah, syurga baginya.

Saya adalah anak perempuan tunggal kepada papa dan mama. Terima kasih kerana sentiasa bersabar untuk mendidik saya sehingga kini.

In Syaa Allah, saya akan sentisa berusaha ke arah yang lebih baik dan sentiasa berdoa mudahan kita semua di tempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman kepadaNya, amin..

Sayang papa & Mama..


No comments:

Post a Comment