Assalamualaikum..
Alhamdulillah, sebelum ini saya share tentang yis basah di fb. Tapi jenuh juga nak scroll bila posting makin ke bawah.
Jadi, saya salin semula di blog ni. Semoga bermanfaat untuk semua, In Syaa Allah.
Sekarang ini, kos bahan mentah semuanya naik. Jadi kita boleh ambil alternatif dengan tukar kepada yis basah yang sememangya murah.
Yis basah: 500 gram baru Rm3. Gunalah jenama apapun tak pa. Boleh beli di kedai runcit dan sesetengah bakery pun ada jual.
Berikut adalah bahan, cara dan sedikit info:-
BAHAN:
Yis Basah
Gula (agak-agak sukatannya)
Air Panas Suam (agak-agak sukatannya)
NOTA TENTANG YIS BASAH:
Sukatan yis basah mestilah di double kan dari sukatan yis kering. Jika yis kering 11 gram. Yis basah mestilah 22 gram. Akan tetapi, saya suka kurangkan lagi 2 gram dari 22 gram tu. Menjadikan 20 gram yis basah. Kerana, saya lihat jika guna 22 gram. Struktur roti nampak berongga.
CARA-CARA:
1) Keluarkan yis basah dari freezer. Biarkan yis lembut seketika di dalam suhu bilik.
2) Masakkan air panas.
3) Bila yis sudah lembut, masukkan di dalam bekas.
4) Letakkan gula sedikit (gula boleh juga di ambil dari sukatan gula yang akan di masukkan ke dalam roti/donut/apam dan sebagainya).
5) Tuangkan air panas dan campurkan dengan air suam di dalam bekas yang berisi yis basah dan juga gula tadi.
6) Kacau hingga yis hancur.
7) Tutup bekas
8) Bila yis basah sudah berbuih. Itu tandanya yis basah masih elok di gunakan dan boleh terus di masukkan ke dalam adunan tepung.
INFO BERKAITAN YIS BASAH:
1) Saya sudah cuba gunakan yis basah selama sebulan. Alhamdulillah, saya lihat struktur roti kita lagi moist dan aromanya cukup wangi yang mana berbeza dengan aroma penggunaan yis kering.
2) Sebelum menggunakan yis basah, saya dapat tahu beberapa kilang roti termasuk kilang roti yang pernah saya kunjungi menggunakan yis basah sahaja. Kerana itu, harga roti mereka boleh di jual dengan harga yang rendah.
3) Yis basah perlu di masukkan gula dan air panas suam supaya kita dapat test samada yis basah masih hidup atau mati.
4) Perlu di ingatkan, hanya air panas suam yang perlu di tuang di dalam bekas berisi yis basah dan gula. BUKAN air panas yang baru di jerang. Kang mati yis kalian.
5) Tempat penyimpanan yis basah adalah di dalam freezer.
6) Apabila sudah beli yis basah. Kalian boleh potong yis basah kecil-kecil dan masukkan di dalam tuppaware bertutup. Bila nak guna, hanya keluarkan yis dari freezer, tunggu yis lembut dan hanya perlu cedokkan saja dan boleh mula timbang yis tersebut. Mudahkan..
Jom cuba..!!!
Susahnya nk cari yis basah
ReplyDeleteAssalamualaikum macam mana nak dptkan yis basah ni?
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Maaf ya, baru perasan komen ni. Saya beli di kedai runcit yis basah ni.
DeleteAlhamdulillah, terima kasih atas perkongsian maklumat ini.
ReplyDeleteAlhamdulillah, sama-sama.
Delete