Friday 30 October 2015

KEJAYAAN ADALAH UJIAN

Assalamualaikum..

Terima kasih bagi yang mengucapkan tahniah atas kejayaan anak dapat menghabiskan hafalannya.

Sebenarnya anak adalah amanah untuk kita dari Allah swt.

Tidak ramai yang sedar..KEJAYAAN anak-anak adalah UJIAN untuk kita sebenarnya.

Janganlah kita bersikap riak dan takabul.

Segala kejayaan anak-anak kita datangnya dari Allah jua.

Apa saja ujian selepas ini. Mudahan di tempuhi dengan sabar dan tabah.

Saya pernah membaca tafsir Al Quran, surah Al Baqarah:

"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang terdahulu sebelum kamu? mereka telah di timpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta di goncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: "Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? "Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)."
[Al Baqarah:214]

Kerana itulah apa saja ujian yang kita terima perlulah di terima dengan sabar dan hati yang redha.

Jika sebelum ini, kami selalu mengingatkan  anak-anak tentang hafalan.

Selepas ini dan bila-bila pun tetap sama..

Saya juga pernah menasihati anak-anak..

Jangan riak dan sombong. Bersikap merendah diri. Ringan tulang. Jangan ingat kita ini hebat. Kerana merendah diri dan ringan tulang akan menyebabkan kita akan di sayangi oleh ramai orang dan di kasihi oleh Allah swt.

Itulah nasihat yang selalu saya berikan pada anak-anak.

Apa laluan anak selepas ini?

Anak akan mengulang kali kedua hafalan 30 juzuknya sebelum memperolehi syahadah. Jangkaan puasa tahun hadapan akan habis, In Syaa Allah.

In Syaa Allah, selepas itu dia akan ke Pondok untuk mempelajari kitab. Selama beberapa tahun.

Kami tidak mahu dia hanya boleh menghafal. Kami nak dia mempelajari ilmu Al Quran dan pelbagai kitab lain. Biarlah mengambil masa yang lama.

Asalkan ilmu yang di pelajari bermanfaat untuk dirinya dan orang ramai.

Wallahua'lam..

No comments:

Post a Comment