Tuesday, 26 November 2024
RESEPI CUCUQ IKAN BILIS (2)
TIPS MEROTI GUNAKAN LEBIHAN DOH
Monday, 25 November 2024
RESEPI ROTI JALA LEMBUT GEDI
RESEPI CUCUQ IKAN BILIS
Friday, 22 November 2024
KELEBIHAN SURAH ALI IMRAN AYAT 26-27 BAGI ORANG YANG ADA HUTANG
Wednesday, 20 November 2024
RESEPI NASI GORENG SIMPLE
Saturday, 16 November 2024
TEH UNCANG
Friday, 15 November 2024
KOMBUCHA MANGGA
GEGATA
AMALKAN BACA SURAH YASIN
Thursday, 14 November 2024
UBAT UBATAN
Wednesday, 13 November 2024
BASIKAL - FAMILY SURVIVAL
Suami tanya saya. Birthday kali ni nak hadiah apa. Saya cakaplah, nak basikal.
Sebab pertamanya, saya tak pandai bawa motor. Hanya ada lesen kereta saja. Pergi manapun, walau dekat dengan rumah mesti bawa kereta. Kadang dapat parking jauh.
Jadinya, In Shaa Allah, adanya basikal ni memudahkan saya jugalah.
Lagi satu, saya teringin nak beli basikal sejak tengok cerita Survival Family. Ada perkara berlaku pada masa tu, menyebabkan penduduk di situ terpaksa beli basikal untuk berhijrah.
Masa tu, berebut orang nak beli basikal hingga sanggup bayar harga mahal. Itu belum harga air mineral. Berganda mahalnya. Tapi dah nak minum, beli jugalah.
Cerita ni panjang dan menarik untuk di tonton. Ibu ayah boleh buka youtube search Survival Family Japanese Movie. Dalam cerita tu, kita boleh belajar bagaimana mereka survive sepanjang berhijrah.
Banyak ilmu dan pengajaran yang kita akan dapat dalam cerita ni. Apa persediaan yang perlu kita ada. Yang penting kita perlu bertenang. Dengan bertenanglah kita mampu berfikir dengan baik.
Cuma cerita ni kurang manis di tonton oleh anak-anak. Walaupun sikit, tetapi bila ianya melibatkan bab aurat. Ia nya tetap kurang manis untuk di lihat. Cukuplah dengan bercerita sahaja kepada mereka.
RESEPI ROTI & DONUT LEMBUT
Dah jadi viral rupanya resepi ni.
Selalu saya dapat mesej ucapan terima kasih dan minta halal sebab dah jadikan resepi ni untuk tambah pendapatan bagi bantu keluarga.
Buatlah, saya pun boleh tumpang dapat saham di akhirat nanti.
Nanti hampa klik dekat gambar tu sama. Ada penerangan.
RESEPI ROTI & DONUT LEMBUT
Bahan A:
Tepung gandum- 500 gram
Gula kasar- 80 gram
Garam- 6 gram
Yis- 8 gram
Bread Improver- 5 gram (saya pakai Superbake)
Marjerin- 55 gram
Bahan B:
Telur- 1 biji gred A
Ais Kiub- 100 gram
Air biasa- 140 gram
Cara untuk uli menggunakan mixer:
1) Timbang bahan A dan masukkan ke dalam bowl.
2) Timbang bahan B dan masukkan ke dalam A.
3) Putar menggunakan mixer dengan menggunakan speed rendah dahulu sehingga sebati.
4) Kemudian boleh tukar ke speed medium. Putar sehingga doh elastik iaitu doh licin, berkilat dan tarik tidak putus.
Cara untuk membuat Roti:
1) Setelah siap, keluarkan doh dan timbang 33 gram. Bulatkan dan letak dalam loyang 5 inci sebanyak 5 biji.
2) Perap sehingga doh naik paras loyang dan bakar suhu 160'c selama 30 minit, api atas bawah. (Suhu ikut suhu oven masing-masing)
Cara untuk membuat donut:
1) Timbang doh 40 gram untuk membuat donut.
2) Bulatkan dan letak atas tray yang di tabur sedikit tepung agar donut tidak melekat di tray.
3) Perap 20 minit dulu. Baru canai, kemudian boleh lubangkan donut dengan jari atau nak guna nozel pun boleh untuk buat lubang.
4) Sambung perap sehingga naik dua kali ganda.
5) Panaskan minyak dengan api sederhana. Angkat donut menggunakan sudip yang di celup minyak panas. Letak donut dalam kuali.
6) Ulangi step ni, sehingga donut penuh dalam kuali. Tidak perlu nak kalih donut. Jika donut dah masak atau berwarna perang. Barulah di kalih.
*Untuk mendapatkan ring di tengah, donut tidak boleh banyak kali di kalih. Cukuplah dua kali kalih saja.
*Jika banyak kali kalih, donut juga akan menyerap minyak.
7) Siap di goreng, toskan.
8) Salut dengan 2 jenis gula bila donut dah suam. Gula castor 100 gram + Gula icing 80 gram. Jika tidak ada, boleh blander gula kasar separuh halus.
Jika guna bread maker @ BM:
1) Masukkan bahan cecair di bawah dulu. Bahan kering di atas.
2) Sukatan ais kuib boleh tukar ke air biasa.
3) Boleh uli dua kali untuk dapatkan hasil roti yang halus.
4) Selepas siap, boleh timbang dan ikut step membuat roti/ donut seperti di atas.
# Klik di gambar untuk lihat penerangan.
Saya halalkan ilmu yang di beri. Sharelah untuk semua. Terima kasih.