Buat lagi la cucuq ikan bilis ni. Hat mana tak suka bulat. Nak hat bertanduk. Boleh guna resepi yang saya share kelmarin.
Ada 2 bahan saja yang lain. Tepung gandum 1 3/4 cawan (resepi kelmarin 1 1/2 cawan) & telur kena letak sebiji (resepi kelmarin tak ada telur).
Cucuq ni memang lembut sangat-sangat bila makan. Saya bancuh semalam, pagi ni baru goreng. Tapi kalau korang nak bancuh pagi ni, goreng terus pagi ni pun bolehhh.
CUCUQ IKAN BILIS (2)
1 3/4 cwn tepung gandum
1 biji telur
1 cawan air panas
5 sb ikan bilis yang di tumbuk kasar
1 bj bawang besar di potong dadu
1/2 sk garam
1/2 gula
sedikit serbuk kunyit (optional)
Cara:
1) Campur dan gaulkan semua bahan di atas kecuali air panas.
2)Selepas sebatikan, boleh buat lubang di tengah. Tuang air panas.
3) Terus kacau dan adunan akan cepat likat.
4) Ambilkan adunan tu dan bulatkan. Sebelum nak bulatkan adunan ni. Ambil sedikit tepung dan tabur atas tangan. Baru bulatkan. In Syaa Allah, adunan tak melekat.
Adunan ni lembik, jadi tak lah dapat bulat sangat seperti resepi satu lagi.
5) Bulatkan sampai habis. Sambil tu pergi panaskan minyak.
6) Lepas siap. Terus goreng dalam minyak yang panas. Api sederhana.
Kalau nak campur bahan lain pun boleh seperti cabai merah, dan daun sup/bawang.
Siap di hidangkan!
Perkongsian lama saya di fb:
No comments:
Post a Comment