Pagi ni, gigih saya siapkan roti jala. Gulai tu hat jiran bagi kenduri kahwin kelmarin. Gulai ayam campur rias pisang. Kalau di sik, ini lah menu utama untuk kenduri kahwin.
Buat sikit sajapun, anak-anak tak balik cuti lagi. Jadinya, hangpa tak bolehlah datang rumah saya. Roti jala dah habis sekali dengan gulai tu. 🤭
Meh tengok resepi di bawah:
[ RESEPI ROTI JALA LEMBUT GEDI ]
1 1/2 cwn tepung gandum
1 cwn air
1/2 cwn susu segar/susu cair/santan
2 sb minyak
1/2 sk garam
1 biji telur
1/2 sk double action baking powder
1 sk pewarna kuning
1/2 sk esen vanilla
Cara:
1) Campur dan blander semua bahan di atas sehingga halus.
2) Masukkan dalam botol atau acuan jala tu.
3) Boleh mula jala atas kuali yang non stick.
4) Biarkan beberapa saat. Terus angkat. Tak payah dah nak balikkan atas kuali.
5) Terus angkat dan boleh mula gulung. Bolehlah dihidangkan bersama gulai.
Selamat mencuba!
Resepi lama di fb yang di kongsi semula:
No comments:
Post a Comment