Friday, 15 November 2024

KOMBUCHA MANGGA

 


Satu jug kombucha mangga.
Lagi 2 balang yang ada paip tu, kombucha teh biasa.
Yang hujung kanan, balang bertangkai merah. Yang tu Ibu Kombucha.


Dah lama tak buat kombucha mangga. Baru ni adik ipaq bagi buah mangga. Saya simpan sikit untuk buat kombucha mangga.

Kali ni, saya tapai 6 hari sebab terlajak gula pulak. 
Nampaknya kena guna sukatan lama lepas ni untuk kombucha. Sebalang lagi nak tunggu esok, hari ke 7. Baru nak cuba minum.

Selalu letak gula 3 senduk kecil + 2 liter air teh. Tapi baru ni, saja letak gula 4 senduk kecil. Jadi rasa manis tu masih ada.

Entahlah, mungkin saya jenis minum tak manis. Minum kopi dan teh pun tanpa gula.

Untuk kombucha, scoby akan makan gula dan teh (proses penguraian akan berlaku semasa fermentation). Lagi lama kita tapai, kadar gulanya akan rendah. Cuma kena berhati juga, kang rasa tajam atau terlalu bergas pulak kalau terlalu lama tapai. 

Kalau rasa sedikit masam dan sedikit bergas untuk rasa sensasi kesegaran tak pa dah. Saya suka minum macam tu. 

Kiranya, kali ni saya dapat juga ilmu baru bila terlajak gula ni. 😅



 

No comments:

Post a Comment