Sunday, 10 November 2024

DONUT PANDAN WANGI


Resepi donut pandan ni hampir sama dengan Resepi Roti & Donut viral saya sebelum ini. Ramai yang selesa dengan resepi ni. Alhamdulillah, memang lembut sangat donut pandan wangi ni. 

Ada gambar saya ambil dari resepi donut yang hari tu. Saya lupa sungguh nak ambil video cara goreng.

Saya bagi link ke video cara goreng donut biasa bahagian bawah sekali. 


DONUT PANDAN WANGI
====================
(Oleh: Nor Jannah)


Bahan A:

Tepung gandum- 500 gram

Gula kasar- 80 gram

Garam- 6 gram

Yis- 8 gram

Bread Improver- 5 gram (saya pakai Superbake)

Marjerin- 55 gram


Bahan B: Campur sekali

Pewarna hijau- 1/2 sk

Perisa Pandan- 1/2 sk

Ais Kiub- 100 gram 

Air biasa- 180 gram


[ Jika menggunakan BM ]

1) Timbang bahan B dan masukkan ke dalam bowl. Biarkan sekejab hingga ais tu hancur sikit. 

2) Baru masukkan semua bahan A.  

3) Jika BM Russell Taylor, set menu 11. Selama 30 minit. Jika BM tesco, set menu 8.

4) Selepas siap semua. Boleh mula keluarkan doh. Timbang, 40 gram. 


[ Jika menggunakan mixer ]

1) Masukkan bahan A dahulu. Di ikuti bahan B. 

2) Putar menggunakan mixer dengan menggunakan speed rendah dahulu sehingga sebati.

3) Kemudian boleh tukar ke speed medium. Putar sehingga doh elastik iaitu doh licin, berkilat dan tarik tidak putus. 


[ Cara untuk membuat donut ]

1) Timbang doh 40 gram untuk membuat donut. 

2) Bulatkan dan letak atas tray yang ditabur sedikit tepung, sapu minyak sikit atau boleh lapik dengan plastik agar donut tidak melekat di tray.

3) Perap 15 minit dulu. Baru canai atau tekan sikit dengan tangan. Buat lubang gunakan tudung botol. 

4) Sambung perap selama 20 minit lagi. 

5) Panaskan minyak dengan api sederhana. Angkat donut menggunakan sudip yang di celup minyak panas atau boleh gunakan spatula. Letak donut dalam kuali. 

6) Ulangi step ni, sehingga donut penuh dalam kuali. Tidak perlu nak kalih donut. Jika donut dah masak atau berwarna perang. Barulah di kalih. 

*Untuk mendapatkan ring di tengah, donut tidak boleh banyak kali di kalih. Cukuplah dua kali kalih saja. 

*Jika banyak kali kalih, donut juga akan menyerap minyak. 

7) Siap di goreng, toskan. 

8) Salut dengan 2 jenis gula bila donut dah suam. Gula castor 100 gram + Gula icing 80 gram. Jika tidak ada, boleh blander gula kasar separuh halus. 

Klik link untuk lihat cara goreng donut: 


Donut pandan wangi yang baru siap di goreng

Masukkan bahan B dalam bowl. 
Biarkan ais kiub cair sikit. Kacau. 
Baru masukkan bahan A.

Bahan A dah di masukkan. 
Ready untuk diputar.

Tarik tak putus. Doh macam ni yang kita nak.

Ada video dalam Bread Maker tak lepas nak upload dalam ni. Boleh klik link di bawah untuk ke fb saya untuk lihat video tu ya. 

Bulatkan 40 gram. Lepas 15 minit. Boleh tekan dengan tangan sikit. Buat lubang dengan tudung botol. 

Nak lagi mudah. Tudung botol tu sesekali kena celup dalam tepung. Baru gunakan untuk buat lubang.

Sambung perap lagi hingga doh naik. Nak tahu doh dah ready di goreng. Bila kita tekan manja doh tu. Doh akan melantun naik. 

Link untuk lihat video doh yang ready di goreng. 

Bila doh dah naik. Boleh di goreng.

Cuba lihat, saya lapik plastik atas tray. Baru letak doh. Jadi tak perlu tabur tepung dah dekat tray tu untuk elakkan doh melekat.

Yang ni tabur tepung untuk tak nak bagi donut melekat di tray. Nak sapu minyak sikit pun boleh. Tak perlu tabur tepung dah.

Siap digoreng.

Sukatan untuk salut gula ada dalam resepi. Salut masa donut dah suam. 

Masa ni gula castor pulak nak habis. Jadi saya salut dengan gula icing saja. Tapi sebaiknya korang guna 2 jenis gula tu. Supaya salutan tahan lama dekat donut tu.















No comments:

Post a Comment