Thursday, 14 November 2024

UBAT UBATAN

Alhamdulillah, keluar saja dari kawasan Sik, saya akan bawa beg ni. Ada pelbagai ubatan dalam ni. Alhamdulillah, cukup membantu bila mana anak kurang sihat dan cedera ringan. 

Semalam, saya punggah habis cari ubatan dalam ni untuk rawat khaulah. 

Hari ni, baru nak susun elok dalam beg. Yang mana nak pakai saya dah asingkan dalam beg hitam kecil. Nanti boleh tengok gambar di bawah beg yang mana. 

Ubatan dan barangan yang perlu kita sediakan ikutlah keperluan masing-masing. Tak semestinya orang lain ada. Kita pun perlu ada tau. 

Saya ni ada anak kecil. Jadi ubatan saya lebihkan keperluan anak kecil seperti balm baby. Saya suka sapu dekat perut, dada dan belakang khaulah untuk keselesaannya selepas mandi. Lagipun wangi lah balm baby ni.

Beg murah saja tapi tebal beg ni. Setiap kali jaulah ke negara jiran mesti saya bawa sekali.

Suka dengan beg ni sebab boleh bawa masuk macam-macam barang. Poket kiri kanan depan belakang pun ada.

Semua ni ada dalam beg. Saya asingkan dalam plastik. Mudah nak ambil.

Hujung sekali ada Hand Crank Flashlight Solar. Tak tau lah pasaipa benda ni semua saya letak sekali dalam beg ni. 😅 

Pocket Mini Mat Waterproof. Hat ni tikar. Boleh duduk 2 orang. 

Macam-macam ada. 😅
Sensodyne tu ada kawan suami bagi.

Greenzhi tu boleh jadikan ubat gigi, kalau kena gigit nyamuk atau luka pun boleh sapu.

Beli siap, semua dah ada. Ada satu ubat sapu, yang tu doktor bagi masa anak masuk hospital. Saya simpan sekali dalam ni.

Saya rekemen masukkan Paraffin Grauze Dressing dalam stok ubatan kalian. 

Lepas dah siap cuci luka dan sapu ubat. Boleh tampal Grauze Dressing ni. 

Jadinya, tak melekat luka dekat kain kasa jaring yang kita guna untuk balut luka. Yang ni rekemen dari doktor juga yang pernah merawat anak. Ada banyak jenama. Yang doktor bagi jenama lain. Dah habis stok. Jadi saya beli yang ni.

Yang Island Dressing Nur Care tu saya silap beli. Ingatkan macam Paraffin Grauze Dressing. Rupanya, lain. Tapi tak pa. Saya simpan sajalah. Ada lah nanti nak gunanya.

Hand Sanitizer selalu saya bawa pergi mana-mana.

Hanger ni pun ada. Bawa masuk sekali dalam beg ubatan ni. 😅 

Sebenarnya, ada sekali pengepit baju. Saya lupa nak masukkan semula dalam beg ni. Baru ni saya pergi jaulah ke Pulau Besar Melaka. Ada bawa pengepit baju.

Sebenarnya, yang boleh terfikir nak sediakan hanger ni sebab mana tahu nak basuh kain anduh dan nak sangkut untuk keringkan.

Mask untuk kanak. Untuk dewasa dah habis. Tak beli lagi.

Yang sebelah tu, emergency blankets. Baru ni dah pakai satu masa saya demam. Bila selimut pakai ni, tak lah rasa ketaq sangat. Baki emergency blankets saya simpan semula. Letak dalam plastik kecil.

Macam-macam ada. Ada juga yang orang bagi dalam ni.

Calamine lotion tu saya guna untuk sapu jika datang balik gegata. Pergi mana pun memang saya akan bawa. Selain dari tu, kalau kena gigit nyamuk pun boleh sapu.

Ubat yang memang sedia di gunakan. Ada ubat untuk gatal, sakit belakang pinggang, cirit birit dan pelbagai lagi. 

Saya beli ikut penyakit yang pernah ada. Saya letak dalam satu beg kecil.

Ubat homeopati dan farmasi. Simpan dalam satu beg kecil.

Keluaran homeopathy untuk pelbagai kegunaan ringan seperti demam, selsema, batuk, sakit urat saraf dan sebagainya.

Asalnya beg kamera ni. Saya buat beg untuk letak ubat untuk rawat luka.

Gambar ubatan untuk cuci luka yang dik ammar punya. Dia kirim dekat paklong tadi. 

Alhamdulillah dia dah sembuh, jadinya hat lama dia bagi untuk kegunaan adiknya khaulah. 

Saya cuci luka dengan ubat homeopathy. Kemudian spray Antibacterial Solution yang botol putih tu. Spray tu pihak hospital bagi. 

Kemudian letak gauze dressing yang dalam kotak. 
Baru letak semula ubat homeopati dekat kain kasa jaring untuk tangkup luka (plain gauze swabs). 

Jika tak letak gauze dressing. Sakit masa nak buka kain kasa jaring tu. Melekat di luka.

Apapun, kalau korang luka mesti lah dapat guide dari doktor dulu tau. 

No comments:

Post a Comment